Wednesday, June 9, 2010

Empat Tahun Sudah...

assalamu'alaikum..

2 jun 2010 genaplah ulangtahun "aku terima nikahnya" kami yang ke empat..
kejap je rasanya..

02/06/2006 kami diijabkabulkan kat umah pnAA kat tanjung malim, selepas isyak..
masa tu tnA kerja kat pulau tuba, langkawi sebagai trainer, wilderness centre..
kerja ni menuntut tnA berada kat pulau tuba 5 hari seminggu..
weekend baru dapat jejak tanah langkawi..
makanya, pnAA dok dengan mertua kat aloq staq..
bermulalah episod hubungan jarak jauh kami..

10/2006 tnA dapat keje kat airfoil services, shah alam..
& diberitahu hujung tahun 2006, kilang tu akan pindah & mula beroperasi kat kota damansara..
kami putuskan untuk tempoh 2bulan, tnA dok dgn bebudak bujang dulu sampai hujung tahun & pnAA dok kat tanjung malim memandangkan payah nanti nak pindah2 banyak kali..
makanya, PJJ lagi..
kononnya, kami akan dok sama kat kota damansara nanti laa..
sekali, hujung tahun tu, kampeni kata, bahagian tnA akan pindah bulan april 2007.. pulak...
pikir punya pikir, kami cari umah sewa kat putra height untuk dok sama..
sepanjang dok kat sini, pnAA mmg boring amat..
tp yang bes nye, pertama, boleh dikatakan hari2 tak payah masak sbb tnA bawak balik makanan dari tempat keje..
makanan tu free je utk staf & selalu byk lebih..
daripada membazir, tnA bawak balik.. hihi..
ehhh ni bukan cilok tau.. mmg kampeni soh amek kalau ada lebih..
yg kedua, gaji keje kat kampeni ni waktu tu mmg bes giler la.. lebih kurang cam gaji cecikgu pedalaman sabah/s'wak..
disebabkan itulah hutang piutang kami dapat disetelkan.. alhamdulillah..

01/2007 baru tinggal sebumbung lebih kurang 1 bulan, tnA dapat pulak ofer DPLI kat UTM, skudai..
sekali lagi kami PJJ.. pnAA dok balik kat tanjung malim..
tnA balik time cuti2 sem je..

08/2007 tnA buat praktikal kat sungai mati, muar untuk 3 bulan..
kami buat keputusan untuk dok sama..
alhamdulillah, masa dok kat sini pnAA disahkan mengandung..

itulah serba sedikit kronologi perjalanan hidup kami di awal2 hidup bersama..
pejam celik pejam celik, empat tahun dah rupanya..
pnAA berdoa agar hubungan kami ini berkekalan hingga hujung nyawa..
moga hubungan kami dilimpahi mawaddah wa rahmah..
amin ya rabbal alamin...

buat suami yang dikasihi..


2 ULASAN:

kaklong said...

wah...bukan senang nk jaga satu2 hubungan kan? memang kagum dgn korang, dan aku doakan korang terus bahagia sampai akhir hayat. bila sesuatu hubungan diuji dgn dugaan2 seperti terpaksa berjauhan begitu, sebenarnya ia menguatkan lg rasa sayang tu betul x? eceh, ckp mcm org ada pengalaman. hehe

btw, br teringat balik yang hang org pertama yg aku dpt jejak balik lepas idle beberapa tahun. tahu2 dh kawin kan? :)

Mama Rayyan said...

kuatnyer azree utk hubungan jarak jauh,kami tak penah berjauhan lama2 dgn hubby,paling lama 4 hari bila dia kena g kursus.