Saturday, April 16, 2011

Jam Tangan Omega Ditemui

assalamualaikum..

bagi sesiapa yang baca suratkhabar, yang amek tau pasal perkembangan semasa tanah air, kompem tau pasal jam tangan omega kepunyaan DS anwar ibrahim.. kononnya jam tangan ni ada kena mengena dengan video dot dot dot.. wallahu'alam..

puanAA pun bukannya amek tau sangat pasal jam tangan omega DSAI tu..
yg puanAA nak citer kat sini pasal jam tangan 'omega' anakanda kesayangan..

semenjak dua menjak ni, si zulfa gemor benor pakai jam walid dia..
tiap kali keluar umah je, mesti dipakainya jam tu..
ekceli minat pakai jam cik zulfa ni bermusim..
masa umor dia 1 tahun lebih dulu, dia ada gak main2 dengan jam..
lepas pakai kat tangan, dia suruh pakaikan jam kat kaki pulak..
sampai mandi pun dia bawak jam tu (pakai kat kaki)..
nasib baik la jam ummi dia tu dah rosak..
tak lama lepas tu, dia tak pandang dah jam tu..

sekarang ni, semenjak dia nampak jam tangan walid dia yg tak dipakai tu, dia amek pulak buat reta sindri..
jam tu tak rosak, masih dalam kondisi yg baik..
cuma tuanA pakai jam dia yg satu lagi..
disebabkan risau menengok zulfa ke hulu ke hilir pakai jam longgar tu, takut tercicir, tuanA cadangkan beli jam baru untuk dia..

maka, malam semalam, kebetulan kami ke boulevard utk soping sedikit barang dapur,
terus cari jam dia..

ni gambar sebelum keluar rumah, dgn jam walidnya..

pilih punya pilih, ni la jam yg menawan hati cik adik cilik ni..

mintak mahap, gambor sensored sikit.. ehehe..
ini kes lepas menerai (cuba try test) baju baru beli, then tak nak dah pakai baju yg dipakai sebelumnya tadi..
weh, gila mahal baju budak2..
semalam beli baju untuk anakanda nan dua orang (SEPASANG seorang)..
total hampir2 RM200.. aduyai..

wahai anakanda along zulfa & angah firas..
doakan lah bisnes ummi & bisnes walid sukses supaya tidaklah ibubapa kalian ini tidak mampu untuk membeli makan pakai kalian di kemudian hari.. nauzubillahi min zalik..


wallahu'alam.....




0 ULASAN: