Monday, June 11, 2012

Kelahiran Ekspres

assalamu'alaikum...

tak ramai yang tau puanAA mengandung ritu..
bila dah bersalin, ramai yang terkejut..
bukan apa, puanAA rasa, kalau anak sulung atau kedua, mungkin orang teruja nak tau..
dah masuk anak ketiga, tak payah la nak kecoh2..

alhamdulillah, 18 MEI 2012, jam 2.58pagi,
puanAA selamat melahirkan sorang lagi putera..
sekali lagi bersalin sama dengan EDD..
sekali lagi anak bulan MEI..

alkesahnya begini..

17 mei (jumaat)..
puanAA pegi & balik keje macam biasa..
tapi petang tu ada rasa lain macam sket..
maka, puanAA segera menyampaikan amanat2 penting kat kengkawan kat opis..
malam, ada rasa sakit sikit2..
tapi tahan, nak tunggu sampai betul2 sakit..
takut jadi macam sebelum ni, false alarm..

tidor macam biasa walopon terasa sakit2..
tapi dalam pukul 1 pagi, puanAA terjaga sebab sakit sangat2..
memang tak boleh tahan dah..
masuk2 barang dalam keta, dalam pukul 1.30, terus pegi spital..
sampai spital 1.45 pagi.. tak larat jalan sangat2 dah..
mak (mak mertua) berlari nak dapatkan 'wilcha'..
terus adik guard bawak pi labour room..

selesai register, cek bukaan dah 5cm..
memang betul2 nak bersalin rupanya..
patut ler sakit tak tertahan2 lagi..
misi suruh salin baju..
akhirnya, 2.58 pagi, lahirlah alang Razin..

bersalin kali ni memang ekspres..
1.30 pagi pegi spital..
2.00 pagi masuk labour room..
2.58 pagi bersalin..
4.00 pagi diusung masuk wad..

alhamdulillah, sakit yang tak lama..

9.00 pagi doktor datang cek..
semuanya ok, tengahari tu jugak kami discaj..
nasib baik tak duduk lama dalam wad lagi..

anakanda ketiga ini diberi nama AHNAF RAZIN AL-HAMEEZ..

DAY 2


0 ULASAN: