Sunday, June 10, 2012

Sambutan Harijadi Along Ke-4

assalamu'alaikum...

ini sepatutnya n3 sebulan lepas..
sebab beday Along 11 Mei..
tapi, macam yang puanAA bgtau sebelum ni, masa tak mengizinkan untuk mengarang panjang2..

sempena beday Along yang ke-4, puanAA memang niat nak buat sambutan kat tadika dia..
saje nak seronok2, bagi Along hepi sambut beday dengan kengkawan..
cuma, puanAA harap, puanAA tak terbersalin awal..
almaklum la, EDD puanAA 18/5..
tak jauh jaraknya dengan 11/5..
lagipun, bab2 bersalin beranak ni, bukan boleh kita jangka, kan??

barang2 untuk goodie bags dah siap beli awal2 lagi..
tapi, sehari sebelum sambutan tu, baru ler puanAA packing..
dalam goodie bag tu ada..
satu air kotak laici

sebungkus blueberry swiss roll

sebungkus keropok tam tam
2 batang lollipop

jangan marra aa.. memang ini bukan ler senarai makanan yang sihat lagi menyihatkan..
tapi, budak2 dan mak budak jugak kan suka cikedis canggini.. hehehe..

goodie bags untuk kekanak ribena

beday Along tahun ni jatuh pada hari jumaat..
nasib tak berapa baik, hari khamis Along demam..
pagi jumaat tu, puanAA bgtau pada Along, tak payah sekolah ler..
tapi dia nak pegi jugak..
Along memang jarang nak ponteng sekolah..
sebab dia seronok main2 dengan kengkawan..
tambah pulak dia tahu yang hari tu ada 'something' yang ummi dia nak buat..
lagi ler dia meronta2 nak pegi sekolah..

pukul 9++, puanAA pegi tadika Along..
puanAA bawak salah satu beg besar yang berisi goodie bags, sekali, tak sampai 2 meter berjalan, belum pun masuk pagar tadika, habis semuanya terburai..
tali beg tu putus & beg tu koyak..
nasib baik barang2 tu tak masuk dalam longkang..
kebetulan ada sorang mak budak tadika tu yang baru nak balik, dia la yang tolong puanAA angkat barang..
disusuli dengan cikgu2 tadika yang tolong angkat barang jugak..
bila puanAA bawak jer kotak kek, semua bebudak menjerit..
riuh-rendah satu sekolah..

puanAA masuk kelas Along, puanAA tengok Along still tak bermaya..
rupanya baru lepas muntah..
sian anak ummi..
demam di harijadi..

kita layan gambar2 sambutan kat tadika Along..

kek oren (Along peminat tegar Dora)

semua tak sabor nakkan goodie bag

budak 2 org tepi Along tu dah berkali2 'dihalau' ke tepi oleh cikgu, tp dtg balik..

budak baju biru tu tiup satu lilin

makin lama budak tu makin dekat

dgn sebahagian cikgu Along (budak tu enteprem jugak)

goodie bags diagihkan

beday girl tak bermaya

sempena hari guru 16 mei, puanAA dah siapkan cenderahati untuk cikgu2 Along..
puanAA bgtau cikgu, Along terpaksa bagi hadiah kat cikgu awal sbb takut ummi dia terbersalin awal, sebelum hari guru..

mug yg ditampal mutiara kata & dlmnya ada coklat2

ini ler sambutan harijadi ala kadar untuk anakanda tersayang..
moga along menjadi muslim yang solehah..
jangan nakal2..
dengar cakap walid & ummi, okey..
moga along menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat..
ummi doakan along sentiasa sihat, ceria & bahagia di bawah limpah rahmat dan kasihNya..
moga perjalanan hidup along dipermudahkan & diberkati oleh Allah S.W.T.. amin...


wallahu'alam.....


0 ULASAN: