Friday, August 10, 2012

Doa Ringkas Lepas Solat

assalamu'alaikum..

tiap kali lepas solat tak kira solat fardu atau solat sunat,
kita mesti berdoa..

semenjak puanAA ber-anak kecik,
memang puanAA tak sempat nak berdoa panjang2..
kadang2, tengah2 solat, yang kecik nak nenen..
yang itu terhantuk kat dinding..
berkelahi berebut itu ini..
macam2 lagi lah..

tapi macam mana sekalipun,
puanAA insyaAllah akan baca sekurang-kurangnya dua doa pendek ni..

DOA PERTAMA


ini ialah bacaan dalam solat.. 
bacaan ketika duduk antara dua sujud.. 
bermakna, sudah semestinya kita akan baca doa ni 17 kali sehari.. 


DOA KEDUA


ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada gelisah dan sedih, 
dan aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas, 
dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan kedekut, 
dan aku berlindung denganMu daripada belenggu hutang dan orang yang menindas. 


bagi puanAA, dua ayat ni, boleh dikira doa ringkas yang lengkap..
sama-samalah kita menjadikan doa ini sebahagian daripada doa harian kita..

berdoalah..
kerana Allah suka orang2 yang berdoa..


wallahu'alam.....



0 ULASAN: