Thursday, August 23, 2012

Bagaimana Electric Mendapat Nama?

assalamu'alaikum..

okeh, ini bukan entry berkaitan raya..
entry raya nanti kita cerita..

puanAA sesajer nak update citer pendek ni..
sementara ingat..
maybe ramai yg dah penah dengar citer ni..
bagi yang tak penah tau, silalah layanzz.....


untuk pengetahuan semua, perkataan elektric diambil daripada perkataan melayu..

alkesahnya begini..

selepas setahun Thomas Alba Edison mencipta lampu, saintis tak pernah terfikir untuk memberi nama kepada kuasa yang menyebabkan lampu tu menyala..

semasa lampu mula2 nak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu bernama Kulup Kalimantang mati2 tak percaya pada ciptaan Thomas tu..

semasa demonstrasi, Kulup pun berkata dengan kuat..
"ele... trick aje tu.. ele trick!" 

Thomas berfikir yang Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu itu menyala disebabkan 'ele trick'..

sebagai mengingati jasa Kulup yang menamakan electric, maka dicipta pulak sejenis lampu panjang yang diberi nama lampu Kalimantang..


hua hua hua
jangan mara aa..

wallahu'alam.....





Friday, August 10, 2012

Doa Ringkas Lepas Solat

assalamu'alaikum..

tiap kali lepas solat tak kira solat fardu atau solat sunat,
kita mesti berdoa..

semenjak puanAA ber-anak kecik,
memang puanAA tak sempat nak berdoa panjang2..
kadang2, tengah2 solat, yang kecik nak nenen..
yang itu terhantuk kat dinding..
berkelahi berebut itu ini..
macam2 lagi lah..

tapi macam mana sekalipun,
puanAA insyaAllah akan baca sekurang-kurangnya dua doa pendek ni..

DOA PERTAMA


ini ialah bacaan dalam solat.. 
bacaan ketika duduk antara dua sujud.. 
bermakna, sudah semestinya kita akan baca doa ni 17 kali sehari.. 


DOA KEDUA


ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada gelisah dan sedih, 
dan aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas, 
dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan kedekut, 
dan aku berlindung denganMu daripada belenggu hutang dan orang yang menindas. 


bagi puanAA, dua ayat ni, boleh dikira doa ringkas yang lengkap..
sama-samalah kita menjadikan doa ini sebahagian daripada doa harian kita..

berdoalah..
kerana Allah suka orang2 yang berdoa..


wallahu'alam.....



Monday, August 6, 2012

Kenangan Lucu Bulan Puasa

assalamu'alaikum...

puanAA nak cerita satu kesah yang pada puanAA lawak..
bila bulan puasa jer, mesti teringat citer nih..

puanAA ader sorang bespren masa sekolah rendah dulu..
kira macam BFF ler istilah orang zaman la ni..
nama panjang dia siti hawa bt arshed..

lepas abes sekolah rendah, puanAA masuk asrama..
dia pulak sekolah menengah kat kampung halaman..

tiap kali puanAA cuti, kitorang mesti jumpa punya..
tempat pertemuan tak lain tak bukan kat bawah pokok kat masjid jamek tu ha..
then kitorang merayau pusing2 pekan koboi tanjung malim nan kecik itu..

ader satu hari tu, kitorang plan nak pegi library kat oversea..
maklom la, library tu kat ulu bernam (ejaan lama), selangor..
kitorang kan orang perak..
tak ke pegi luar negeri namanya tu, kan?

sampai sana, puanAA pun baca satu majalah..
tak ingat majalah apa..
kolum jenaka yang pastinya..
puanAA tergelak baca satu citer nih..
then puanAA citer balik kat hawa..

citer nya canggini..
ada sorang lelaki ni nak pegi solat tarawih..
orang2 kat umah dia pesan suruh bawak plastik untuk tapau kueh2 moreh..
laki ni pun bawak la beberapa beg plastik, lipat2 letak dalam poket baju melayu..
tengah dok solat tarawih, plastik dia terkeluar daripada poket..
maka berterbangan ler plastik2 tu sana-sini dalam masjid ditiup angin..
lepas bagi salam, riuh rendah gak la masjid tu..
terkantoi laki tu nak rembat kuih moreh..

puanAA punya ler gelak lepas baca kesah benar tu..
kebetulan kitorang duduk dekat dengan akak librarian..
sekali akak tu cakap "budak tu adik akak"..

hallamak!! dah gelak besor dah tadi..
then kitorang gelak sama2..
daripada situ, kita pun boleh tau,
sapa sebenornyer yang 'meng-order' kuih moreh, kan?

itu ler kesah lawak yang puanAA nak citer..
jumpa lagi next entry..

salam nuzul quran..


wallahu'alam.....


Thursday, August 2, 2012

10 Langkah Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamu'alaikum..

info berkaitan breastfeeding ni puanAA dapat lama dah..
alkesahnya canggini..

masa mengandungkan Angah Firas (2010), puanAA pegi scan kat klinik Yee, Miri..
tujuan scan tu bukan utk tahu jantina baby tau..
puanAA kena scan untuk dapat surat doktor sebelum isi form utk terbang balik semenanjung (untuk bersalin)..
kalau keadaan kandungan & maknya sihat & takde masalah, baru depa bagi naik flight utk kandungan melebihi 7 bulan..

kat klinik tu lah artikel tu ditampal..
maka, puanAA copy dengan menaip pd henpon..
dari sehari ke sehari nak update dalam blog, sudahnya jadi pekasam..
sampai la henpon tu pun rosak..
kuciwa jugak sebab tak dapat nak share info tu..

nak dijadikan cerita, awal tahun lepas, tuanA demam teruk..
malas nak tunggu lama2 kalau pegi klinik gomen, dia ajak pegi klinik Yee..
untuk pengetahuan kalians, kami jarang 'melawat' klinik berbayar..
biasanya pegi spital/klinik gomen je..
dikesempatan itulah puanAA salin balik info tu..
mujur ler artikel tu ada lagi..

sorang nurse kat situ nampak puanAA menyalin..
terus dia bagi byk artikel & bahan bacaan pasal breastfeed ni..
terharu sungguh!!

okeh, berbalik pada topik asal,
kebetulan pulak, bersempena dengan minggu penyusuan susu ibu sedunia,
maka elok lah puanAA share info ni..
moga2 dapat dijadikan panduan bagi mak2 yang menyusukan atau berhajat untuk menyusukan..

10 EASY STEPS FOR SUCCESS BREASTFEEDING

B - best prenatal care to ensure your baby is healthy at birth and will not need special care

R - read all you can about breastfeeding during pregnancy

E - explain to your doctor about any breast injury, surgery or inverted nipples

A - ask to breastfeed your baby soon after delivery

S - stay in the same room as your baby

T - talk to friends who have breastfed successfully

F - feed from the breast exclusively

E - expect your milk to increase after a few days and expect to breastfeed about 8-12 times in 24 hours

E - enjoy lots of rest

D - do not give up! Give yourself and baby a chance to learn to breastfeed


wallahu'alam.....


Monday, July 2, 2012

Pelaburan Sepanjang Jun

assalamu'alaikum...

puanAA rasa, ramai yang dah ada pengalaman jual beli online.. 
tapi ada jugak orang tak berapa nak percaya shopping cara ni.. 
takut kena tipu.. 
takut indah khabar dari rupa.. 
takut tak sesuai atau tak muat.. 
macam-macam lagi lah.. 

bagi diri puanAA, takde masalah nak shopping cara ni.. 
tapi, puanAA hanya beli barang2 yang susah nak dapat kat kedai biasa je.. 
daripada masuk dari satu kedai ke satu kedai cari barang, baik la google, senang cerita.. 
dan alhamdulillah, selama ni, puanAA tak pernah ler kena tipu lagi.. 
dan alhamdulillah, semua yang puanAA beli, puas hati..  

sedar tak sedar, rupa-rupanya punya la banyak yang dah puanAA laburkan melalui alam maya dalam bulan jun ni aje.. 
memang pecah rekod la..
bukan apa, lepas abeh pantang kat aloq staq, puanAA akan balik kampung halaman sendiri pulak sekejap, sebelum balik miri.. 
disebabkan umah ayah takde akses internet, sebab tu ler puanAA setelkan urusan perabih duit masa dalam pantang ni..

meh nak share apa yg puanAA dah beli.. ehehehe.. 

Zirana 5 in 1 Slimming Undergarment
1. zirana ni puanAA pakai sepanjang berpantang sebelum pakai bengkung.. 
tapi tak pakai semua.. pakai yang bahagian perut & peha jer dulu.. 
memang sedap pakai.. 
rasa macam yg menggeleber tu dimampatkan je.. heheh..


Jubah Magnolia
2. jubah ni puanAA beli sebagai hadiah untuk adik ipor pakai, masa nikah dia nanti.. 
punya la susah nak cari jubah moden kaler putih.. 
banyak yang takde stok.. 
yang ni pun kena pre-order 2 minggu.. 
puanAA tak nak jubah yang putih 100%.. 
kalau yang macam ni, boleh la pakai lagi bebila dia suka.. 


Jubah Indira
3. jubah hitam untuk menepati tema.. 


Baju Kurung Moden
4. baju kurung untuk pakai pegi kerja.. 


Jingle Jungle Cooler Bag Set
5. memandangkan puanAA dah kerja sekarang ni, terpaksa ler ada barang2 yang diperlukan untuk simpan stok ebm bagai.. 
pam spectra memang dah beli lepas beranakkan angah Firas tahun 2010 dulu.. 
yang beli pam tu bukan apa, mula2 angah tak nak direct feeding.. 
macam2 dah try.. 
kak 'b' pun dah bengkak2.. 
akhirnya dengan persetujuan tuanA, puanAA beli ler pam letrik.. 
pakai tak sampai 2 minggu, tak lama lepas tu, angah dah 'pandai' menyusu macam biasa.. 


Fabulous Mom Sleep Bra
6. selama ni pakai bra biasa je memalam.. 
memang takde masalah pon.. 
saje je beli, nak try pakai.. 
kalau sedap pakai, boleh la beli lagi dan lagi.. ehehe..


My Dear Car Seat
7. sebelum ni, car seat tak menjadi keperluan kami sekeluarga.. 
oleh sebab puanAA nak hantar baby kecik pegi nursery, untuk keselamatan, kena ler beli jugak.. 
cari yang murah2 tak jumpa.. yang ni ler paling murah.. 
kalau beli mahal2, pakai tak lama mana pun, rugi je kan??


Autumnz Nursing Blouse
8. tambah koleksi baju menyusu.. 
asyik dok ulang pakai yang dua helai tu je.. 


Autumnz Nursing Blouse
9. baju menyusu lagi.. 


Autumnz EBM Storage Bags
10. storage bag ni, lepas ni akan masuk list barang wajib beli setiap bulan atau maybe beli borong beberapa bulan sekali.. 


Baju Kurung Pahang
11. tambah lagi koleksi.. ehehe.. 
ini ler baju pink yang pertama!!

haaa, ini ler 10 barang yang dah puanAA beli dalam tempoh sebulan.. 
bila dikira balik, semuanya seribu lebih.. 
harus menabung balik lepas ni!!

okeh, itu je untuk n3 kali ni.. 
sambung lagi nanti.. 



wallahu'alam...

Thursday, June 28, 2012

Kenduri Kesyukuran (Alang Razin)

assalamu'alaikum...

mengikut perancangan, puanAA akan menghabiskan tempoh berpantang kat Miri..
maka, awal2 lagi masa mengandung, puanAA dah mintak mak&pak mertua datang jaga puanAA & anak2 kat sini..
oleh sebab tu, kami dah tempah tiket untuk depa, pegi-balik awai2 lagi..

kalau nak diikutkan, mak&abah (mertua) akan balik aloq staq 16 julai nanti..
tapi lepas bersalin, mak ajak puanAA & anak2 balik kampung..
senang nak buat apa2 atau cari apa2 barang kat kampung berbanding Miri, katanya..

kebetulan dengan cuti sekolah, maka, puanAA pun tempah tiket balik ke aloq staq untuk semua sekali termasuk tuanA..
dan 'hangus' ler tiket yang dah kami tempah awai2 untuk mak abah balik bulan julai tu..

jom layan gambar balik kampung dulu..

Miri - KL

Alang Razin berusia 16 hari

bukan senang nak bagi budak bulat ni dok diam canggini

kesana kumari x penah lekat kat kerusi

LCCT

@ food court, jumpa buat pertama kali, saudara jauh yg tuanA 'jejak' melalui FB

Angah Firas tak berenggang dengan Paksu. maklom la, lama tak jumpa

KL - AS


cekelat yg Along Zulfa nak sampai nangeh2

giler mahal cekelat ni hokeh! lebih 10 hengget! boleh beli  nasik makan 2org

alhamdulillah, Alang Razin tak meragam langsung dalam flight..
kami selamat sampai kat aloq staq dalam pukul 9.30++ malam..
adik ipor puanAA dah siap tunggu kat sana..

okeh, sekarang kita citer bab yang sepatutnya (sila tengok tajuk)..
mak bercadang nak buat kenuri kecik..
kenuri kesyukuran & doa selamat..
syukur sebab puanAA dah selamat bersalin..
syukur Alang Razin sihat walafiat..
maka, khamis, 7 jun, satu kenuri kecil2an dibuat kat umah..
sekali dengan cukur kepala Alang Razin..

jom layan gambar lagi untuk memendekkan citer (ayat cover malas nak taip panjang2.. ngee..)

sebelum botak


meragam tak dapat pegang kamera

sebahagian juadah

makan time

bersedia utk cukur rambut

proses bermula

sambil cukur, sambil menyusu



taraa... botak sudah

alhamdulillah, majlis selesai sudah..
tinggal puanAA nak menghabiskan hari2 terakhir berpantang je lagi..

sekian untuk n3 ini..


wallahu'alam...

Monday, June 11, 2012

Kelahiran Ekspres

assalamu'alaikum...

tak ramai yang tau puanAA mengandung ritu..
bila dah bersalin, ramai yang terkejut..
bukan apa, puanAA rasa, kalau anak sulung atau kedua, mungkin orang teruja nak tau..
dah masuk anak ketiga, tak payah la nak kecoh2..

alhamdulillah, 18 MEI 2012, jam 2.58pagi,
puanAA selamat melahirkan sorang lagi putera..
sekali lagi bersalin sama dengan EDD..
sekali lagi anak bulan MEI..

alkesahnya begini..

17 mei (jumaat)..
puanAA pegi & balik keje macam biasa..
tapi petang tu ada rasa lain macam sket..
maka, puanAA segera menyampaikan amanat2 penting kat kengkawan kat opis..
malam, ada rasa sakit sikit2..
tapi tahan, nak tunggu sampai betul2 sakit..
takut jadi macam sebelum ni, false alarm..

tidor macam biasa walopon terasa sakit2..
tapi dalam pukul 1 pagi, puanAA terjaga sebab sakit sangat2..
memang tak boleh tahan dah..
masuk2 barang dalam keta, dalam pukul 1.30, terus pegi spital..
sampai spital 1.45 pagi.. tak larat jalan sangat2 dah..
mak (mak mertua) berlari nak dapatkan 'wilcha'..
terus adik guard bawak pi labour room..

selesai register, cek bukaan dah 5cm..
memang betul2 nak bersalin rupanya..
patut ler sakit tak tertahan2 lagi..
misi suruh salin baju..
akhirnya, 2.58 pagi, lahirlah alang Razin..

bersalin kali ni memang ekspres..
1.30 pagi pegi spital..
2.00 pagi masuk labour room..
2.58 pagi bersalin..
4.00 pagi diusung masuk wad..

alhamdulillah, sakit yang tak lama..

9.00 pagi doktor datang cek..
semuanya ok, tengahari tu jugak kami discaj..
nasib baik tak duduk lama dalam wad lagi..

anakanda ketiga ini diberi nama AHNAF RAZIN AL-HAMEEZ..

DAY 2


Sunday, June 10, 2012

Sambutan Harijadi Along Ke-4

assalamu'alaikum...

ini sepatutnya n3 sebulan lepas..
sebab beday Along 11 Mei..
tapi, macam yang puanAA bgtau sebelum ni, masa tak mengizinkan untuk mengarang panjang2..

sempena beday Along yang ke-4, puanAA memang niat nak buat sambutan kat tadika dia..
saje nak seronok2, bagi Along hepi sambut beday dengan kengkawan..
cuma, puanAA harap, puanAA tak terbersalin awal..
almaklum la, EDD puanAA 18/5..
tak jauh jaraknya dengan 11/5..
lagipun, bab2 bersalin beranak ni, bukan boleh kita jangka, kan??

barang2 untuk goodie bags dah siap beli awal2 lagi..
tapi, sehari sebelum sambutan tu, baru ler puanAA packing..
dalam goodie bag tu ada..
satu air kotak laici

sebungkus blueberry swiss roll

sebungkus keropok tam tam
2 batang lollipop

jangan marra aa.. memang ini bukan ler senarai makanan yang sihat lagi menyihatkan..
tapi, budak2 dan mak budak jugak kan suka cikedis canggini.. hehehe..

goodie bags untuk kekanak ribena

beday Along tahun ni jatuh pada hari jumaat..
nasib tak berapa baik, hari khamis Along demam..
pagi jumaat tu, puanAA bgtau pada Along, tak payah sekolah ler..
tapi dia nak pegi jugak..
Along memang jarang nak ponteng sekolah..
sebab dia seronok main2 dengan kengkawan..
tambah pulak dia tahu yang hari tu ada 'something' yang ummi dia nak buat..
lagi ler dia meronta2 nak pegi sekolah..

pukul 9++, puanAA pegi tadika Along..
puanAA bawak salah satu beg besar yang berisi goodie bags, sekali, tak sampai 2 meter berjalan, belum pun masuk pagar tadika, habis semuanya terburai..
tali beg tu putus & beg tu koyak..
nasib baik barang2 tu tak masuk dalam longkang..
kebetulan ada sorang mak budak tadika tu yang baru nak balik, dia la yang tolong puanAA angkat barang..
disusuli dengan cikgu2 tadika yang tolong angkat barang jugak..
bila puanAA bawak jer kotak kek, semua bebudak menjerit..
riuh-rendah satu sekolah..

puanAA masuk kelas Along, puanAA tengok Along still tak bermaya..
rupanya baru lepas muntah..
sian anak ummi..
demam di harijadi..

kita layan gambar2 sambutan kat tadika Along..

kek oren (Along peminat tegar Dora)

semua tak sabor nakkan goodie bag

budak 2 org tepi Along tu dah berkali2 'dihalau' ke tepi oleh cikgu, tp dtg balik..

budak baju biru tu tiup satu lilin

makin lama budak tu makin dekat

dgn sebahagian cikgu Along (budak tu enteprem jugak)

goodie bags diagihkan

beday girl tak bermaya

sempena hari guru 16 mei, puanAA dah siapkan cenderahati untuk cikgu2 Along..
puanAA bgtau cikgu, Along terpaksa bagi hadiah kat cikgu awal sbb takut ummi dia terbersalin awal, sebelum hari guru..

mug yg ditampal mutiara kata & dlmnya ada coklat2

ini ler sambutan harijadi ala kadar untuk anakanda tersayang..
moga along menjadi muslim yang solehah..
jangan nakal2..
dengar cakap walid & ummi, okey..
moga along menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat..
ummi doakan along sentiasa sihat, ceria & bahagia di bawah limpah rahmat dan kasihNya..
moga perjalanan hidup along dipermudahkan & diberkati oleh Allah S.W.T.. amin...


wallahu'alam.....