assalamu'alaikum...
dah seminggu lebih kat kg, umah mertua..
tapi blog tak berhapdet2..
asal nak upload gambor jer, tenet buat hal.. haisshhh..
memula tu fb pun dirasakan macam segan2 nak berfungsi..
sudahnya pnAA pun segan nak jenguk fb..
n3 kali ni nak citer pasal aktiviti sepanjang hari kami naik belon, 30 mei..
lepas subuh; basuh kain & kemas umah sket2 sblm balik.. zulfa dah jaga sejak subuh jugak..
9.00 pagi; tlg tnA marking jawapan bebudak.. ponin palo den..
10.00 pagi; membungkus segala macam barang2 yg nak di bawak balik kampong..
11.30 pagi; masak..
lps masak, siap2 mandi, solat zohor & makan..
2.15 petang; pegi airport & check in.. airport dgn umah tak sampai 10menet..
2.45 petang; dah setel check in, amek mmbr tnA kat kem & trus gi pekan, nak beli barang sket..
3.15 petang; pegi airport balik.. serahkan keta kat mmbr tnA tadi.. mmg keta selalu ditinggalkan dgn dia kalau kami balik semenanjung..
3.50 petang; masuk dalam belon.. macam besa, kami masuk dulu sbb yg berpemli diutamakan..
4.20 petang; belon naik.. on time!
ingatkan sepanjang perjalanan 2 jam lebih ni zulfa akan tido, sbb dia dah bangun awal giler pagi tadi..
skali dia segor jer, takde tanda2 nak tido..
kali ni kami request makanan budak utk zulfa.. org kata sedap..
sblm2 ni utk zulfa kami amek makanan sama yg org dewasa makan..
ni la makanan zulfa kali ni..
bun manis, butter, mufin pisang, buah, agar2, air kotak, pasta
zulfa mencincang2 agar2..
ni makanan org tua pulak..
nasik putih + ayam masak tomyam
nasik goreng ayam merah
ni pemandangan dekat2 nak landing, dlm pukul 6.10 petang..
sampai klia, sempat solat asar..
flight ke aloq staq pukul 7.55 malam..
masa mundar mandir menunggu tu, terserempak dgn eric deco deco deco yg baru kuor toilet..
pehtu terserempak pulak dgn ust. abdul hadi awang..
pukul 7.30 masuk belon & kali ni pun on time jugak..
alhamdulillah, zulfa tido jugak akhirnya, btoi2 masa take off..
hhhmm jadi la, 45 menet tido..
sampai aloq staq dlm kul 9 malam..
alhamdulillah, perjalanan kali ni zulfa tak banyak ragamnya.. sket2 je..
& pnAA pun takde masalah telinga yg teruk macam sebelum ni..
& takde jugak masalah pada perut boyot yang dikendong..