Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Kenangan Lucu Bulan Puasa

assalamu'alaikum...

puanAA nak cerita satu kesah yang pada puanAA lawak..
bila bulan puasa jer, mesti teringat citer nih..

puanAA ader sorang bespren masa sekolah rendah dulu..
kira macam BFF ler istilah orang zaman la ni..
nama panjang dia siti hawa bt arshed..

lepas abes sekolah rendah, puanAA masuk asrama..
dia pulak sekolah menengah kat kampung halaman..

tiap kali puanAA cuti, kitorang mesti jumpa punya..
tempat pertemuan tak lain tak bukan kat bawah pokok kat masjid jamek tu ha..
then kitorang merayau pusing2 pekan koboi tanjung malim nan kecik itu..

ader satu hari tu, kitorang plan nak pegi library kat oversea..
maklom la, library tu kat ulu bernam (ejaan lama), selangor..
kitorang kan orang perak..
tak ke pegi luar negeri namanya tu, kan?

sampai sana, puanAA pun baca satu majalah..
tak ingat majalah apa..
kolum jenaka yang pastinya..
puanAA tergelak baca satu citer nih..
then puanAA citer balik kat hawa..

citer nya canggini..
ada sorang lelaki ni nak pegi solat tarawih..
orang2 kat umah dia pesan suruh bawak plastik untuk tapau kueh2 moreh..
laki ni pun bawak la beberapa beg plastik, lipat2 letak dalam poket baju melayu..
tengah dok solat tarawih, plastik dia terkeluar daripada poket..
maka berterbangan ler plastik2 tu sana-sini dalam masjid ditiup angin..
lepas bagi salam, riuh rendah gak la masjid tu..
terkantoi laki tu nak rembat kuih moreh..

puanAA punya ler gelak lepas baca kesah benar tu..
kebetulan kitorang duduk dekat dengan akak librarian..
sekali akak tu cakap "budak tu adik akak"..

hallamak!! dah gelak besor dah tadi..
then kitorang gelak sama2..
daripada situ, kita pun boleh tau,
sapa sebenornyer yang 'meng-order' kuih moreh, kan?

itu ler kesah lawak yang puanAA nak citer..
jumpa lagi next entry..

salam nuzul quran..


wallahu'alam.....


Monday, August 8, 2011

Kenangan Ramadhan

assalamu'alaikum...

alhamdulillah, selesai sudah 7 hari kita berpuasa..
mudah-mudahan semua amalan dan kebajikan kita diterima olehNya..

kome ingat tak lagi bila mula2 kome puasa?
seingat puanAA, puanAA setat puasa umur 7 tahun, sama jugak dengan solat..
puanAA 'tahu' berkenaan puasa masa tadika 6 tahun..
tapi masa tu belum belajar nak puasa lagi..
puanAA ingat lagi, ada kawan2 yg puasa & ada yg tak..
kat tadika tu, bila tiba time rehat, kami akan beratur basuh tangan sorang2..
lepas tu duduk sepanjang tikar yang dibentang, sebelah boboy sebelah gegirl..
maka bila tiba bulan puasa, yang tak puasa aje beratur untuk basuh tangan (puanAA ler tu)..
budak2 yang puasa, cikgu suruh duduk jauh2..
tapi dah namanya budak kan, bukan semua mendengar kata..
ada jugak yang menjenguk-jenguk tengok member lain makan, macam2 gelagat la..
masa tu, mana ada rasa bersalah.. kesian pun tak..
kira ayat dia macam "sapa suruh ko puasa.. padan muka" ekekeke..
sebelah malam, macam biasa arwah mak & ayah bawak pegi tarawih kat masjid..
puanAA?? kompom la main masak2 main 'emak2'.. hihi..
sorang je member puanAA masa tu, skrg dah jadi bini Dato' D*J Dav*e..
puanAA masih simpan lagi kad raya yang dia bagi..

bila masuk darjah satu, puanAA mula ikut berpuasa..
puanAA pun tak ingat macam mana kekdahnya & pendekatan yang arwah mak & ayah buat sampai puanAA nak puasa..
maklom la, mak ayah puanAA bukan golongan educated..
lahir zaman2 perang jepun, sekolah pun takat darjah berapa..
nak men'saiko' kompom la tak reti..
hanya Allah saja yang dapat berikan mereka 'award' atas didikan awal ini..
pertama kali puasa ni, puanAA ponteng 2 hari.. ok la kan? heheh..
bila pegi tarawih, kurang dah main masak2..
lebih banyak jadi makmum sebab kena marah dengan arwah mak.. kekeke..
lama-kelamaan, puanAA semakin 'senang' dengan solat tarawih..
bila tiap kali puasa, rasa tarawih tu sebahagian daripada 'kewajipan'..

bermula darjah 5, arwah mak & ayah mula berbuka puasa kat masjid..
dalam hati puanAA, memang tak boleh terima..
yang pertama sebab tak biasa..
yang kedua sebab ofkos la bukak puasa kat rumah lebih selesa & meriah (walopon penghuninya 3 org aje)
tapi, ikutkan aje..
ibuk2 (puanAA je sorang budak) yang berbuka kat masjid biasanya tak ramai..
ada la dalam 4-5 orang.. semuanya pun kawan2 arwah mak..
setiap sorang akan bawak sedikit juadah, kira potluck la plus lauk pauk dari pihak masjid..
oh lupa nak bgtau, arwah mak puanAA memang 'letak' 2-3 jenis kuih kat kedai member dia kat pasar ramadhan..
biasanya arwah akan buat kuih yang jarang2 orang 'jumpa' (dulu la) atau yang orang malas nak buat..
macam kuih cara berlauk, popia basah, roti jala, singapopai..
ni rupa singapopai godek dari tenet..
konon2 nama dlm buku resepi, singapore pie
keluarga puanAA memang tak dididik membeli juadah kat pasar ramadan..
daripada lauk-pauk & kuih-muih, arwah mampu buat sendiri..
sebab tu sampai sekarang puanAA kurang 'rasa' nak ke pasar ramadhan..
walaupun banyak kali ke sana slps ketiadaan arwah, nafsu nak membeli tu seolah-olah tertutup..
bukan tak pernah beli, pernah.. beli pun bersebab..

bila dekat2 nak raya, arwah mak buat pulak kuih raya yang orang order..
biskut buah, mazola, semperit, tart nenas.. (skrg mesti dah tukar kepada nama2 canggih)
bahulu pun menimbun2..
ayah pulak tukang 'jaga api' & tukang tumbuk kacang utk dibuat putu kacang..
orang kata, putu kacang buatan arwah mak sedap..
sebab tak guna mesin.. semua ditumbuk guna lesung tumbuk..
sehari sebelum raya pulak, masak lemang yang orang order..
lemang kami spesel sebab rebus dulu guna tin minyak, lepas tu baru bakar..
sebab tu lemang tak keras & kompom masak..
kira, lemang, putu kacang & bahulu memang killer produk air tangan arwah laa..
dalam dok buat kuih raya, arwah mak sempat jugak menjahit baju raya kami..
kadang2 baju dia sendiri pun tak sempat nak dijahit..
pagi raya pakai baju yang lehernya tak siap jahit (kan terselindung dibalik tudung),
kain yang tak sempat bubuh getah, kenalah pakai tali pinggang ayah.. heheh..
macam tu la pengorbanan seorang emak..
hal/barang dia, tak jadi keutamaan, di akhir2 baru nak difikir/disiapkan..

masuk sekolah menengah, lain pulak ceritanya..
bersahur dikejutkan dengan siren..
bebudak junior & yang rajin2, akan ke dewan makan..
yang senior & yang malas2, makan megi & biskut cicah milo..
puanAA dolu kategori rajin.. ehehe..
tambah pulak arwah mak dah siap jahit 2 helai maxi bunga2 yang elok tersimpan sampai hari ni..
maka, sarung aje maxi tu utk ke dewan makan..
masa tu pemakaian jubah belum 'komersil' lagi..
hanya kakak2 STA & bebudak 'alim' je yang pakai jubah..
kalau yang lain pakai jubah, kengkononnye 'lain macam' je..
lama-kelamaan, jubah dah mula dipakai bila2..
espeseli nak ke dewan makan hari sabtu ahad atau ke ruang tamu (ruang tamu = tempat melepak bertemu ahli keluarga di hari2 coti)..
okeh, berbalik kesah puasa di ta'ayah..
yang paling seronok, ramadhan memang diisi dengan aktiviti menambah pahala (mudah2an)..
tetiap petang lepas zohor, ada tadarrus ramai2 yang dibahagikan kepada kumpulan2 kecil..
penuh & riuh lah surau dengan ayat2 suci Al-Quran..
sementara nak tunggu waktu berbuka, sekali lagi ayat2 suci Al-Quran atau nasyid2 akan memenuhi ruang angkasa..
memang sangat2 syahdu & menusuk kalbu waktu petang2 gini..
berbuka pulak ada aturannya..
lower form akan berbuka ikut kelas kat dewan makan..
meja kat dewan makan tu akan ditulis susunan kelas2 dengan kapur oleh 'tudung biru' (prefect)..
yang upper form berbuka ikut geng2 sedorm kat bilik TV..
masuk waktu berbuka, si tudung biru akan baca doa..
tengah orang senyap dok makan (sbb masa tu azan masih berkumandang), sekali satu kerusi ditolak..
semua mata kompom mencari sapakah gerangannya..
pergghh!! laju giler dia makan..
macam ada award pulak kalau orang tu makan cepat..
di zaman puanAA, orangnya tak lain tak bukan kak aziyati..
lepas berbuka, solat fardhu & solat tarawih pulak..
memang besss pengalaman puasa kat ta'ayah..

beralih ke zaman matrix pulak..
kat sini, pengalaman puasa yang paling besss bagi puanAA & the gang, keluar pegi sopping kat pasar ramadhan..
kami share duit utk beli lauk spesel & air 'luar biasa' yg tak juai kat cafe..
bila sahur, kalau rajin kami turun cafe, kalau tak, sahur dalam bilik aje..

kenangan & pengalaman puasa kat usm pun tak boleh lupa jugak..
masa 1st year, puanAA yang memperkenalkan pada kakak roommates yang dah tiga tahun kat usm, ajak berbuka kat masjid usm..
tiap2 hari, desasiswa akan bergilir2 ditugaskan buat persiapan untuk memasak kat masjid..
tapi, biasa la, penghuni satu2 desasiswa beratus2, tapi yang datang tolong siang ikan potong bawang bagai, boleh dikira dengan jari..
alhamdulillah, puanAA pernah (walaupun sekali dua je.. ngee) menolong staf2 usm menyediakan juadah berbuka puasa ni..
berbuka puasa kat masjid waktu ni dah jadi perkara yang paling besss..
makan ramai2, kenal ramai lagi kawan..
mungkin ini hikmahnya arwah mak bawak puanAA berbuka kat masjid dulu tu..

kemudian puasa berdua..
puanAA kawen pertengahan 2006..
waktu ni tuanA kerja kat langkawi & puanAA urus travel agency kat sana..
walaupun tak selalu jumpa, kadang2 kami berbuka sama2..
2007 puanAA puasa dengan ayah kat kampung, tanjung malim terchenta..
waktu ni tuanA tengah sambung belajor kat skudai..
ramadhan paling istimewa ialah pada 2008..
waktu ni tuanA praktikal kat muor 3bulan++..
inilah kali pertama kami tinggal 'betul2' sebagai suami isteri..
sebelum ni, asik PJJ je.. huhu..
kami sempat puasa sebulan kat sana..
yg istimewanya ialah, puanAA disahkan mengandung anak sulung (along zulfa)..

2008 & 2009 puasa kat miri..
tahun pertama berpuasa kat miri, banyak kali jugak kami beli kat pasar ramadhan..
kebanyakkannya kuih-muih tradisi orang sarawak.. maklom la, nak merasa..
atau kuih2 yang renyah nak dibuat..
lauk-pauk, memang jarang beli.. biasanya homemade..
bukannya terer pun & bukannya sedap pun, tapi nak jimat kos punya pasal..
waktu ni, zulfa belum sampai 6 bulan..
bila dah ada anak, memang tarawih berlubang2.. hehehe..
tak mampu nak istiqomah..

2010, berpantang dibulan puasa..
salah 'timing' nih.. hehehe..

sekarang, puanAA & anak2 ada kat umah mertua..
tuanA masih kat miri belum dapat tukar2..
mudah2an ini la tahun terakhir suami di miri.. amin..
puasa, biasa2 aja..
tapi yang sedihnya, tak dapat nak berpuasa dengan ayah kat tanjung malim..
masalah pengangkutan..
sedih jugak mengenangkan ayah yang sorang2 'mengisi' ramadhan kat sana..

untuk ramadhan 2011, apa yang puanAA harapkan,
mudah2an puanAA dapat memanfaatkan ramadhan kali ini sebaiknya, sekaligus berjaya mencapai target peribadi..
semoga segala amalan diterima, segala doa dimakbulkan olehNya..
dan puanAA berharap, mudah2an ini bukan ramadhan terakhir bagi diri puanAA..

sama-sama kita berusaha melipatgandakan amalan & mengumpul saham akhirat sempena bulan barakah ini..
selamat berpuasa..


wallahu'alam.....



Friday, July 1, 2011

The Karate Kid

assalamu'alaikum..

semalam puanAA tengok citer the karate kid kat astro 411..
ye, baru nak nengok walopon citer ni dah lama kuar..
yang bes nya bila tengok citer ni, puanAA boleh paham perasaan budak kecik tu..
maklom la, ingatan kat china masih fresh lagi..

budak tu punya 1st perception pasal china, semua kat china adalah lama, xde yg baru atau maju..
puanAA punya 1st perception pulak, palsu, tipu, tiru..
tapi bila dah sampai sana, sama macam budak tu, persepsi puanAA tak 100% betul..

then, budak tu nak cari maintainer untuk repair shower yg rosak kat umah..
tanya pada orang kat sana, sorang pun tak paham cakap omputeh..
itu tersangatlah betoi bebenor!!
masalah komunikasi memang masalah nombor 1 melainkan kita 'terer' bahasa depa..
kalau nak guna teksi atau nak tanya direction, kena sediakan nama & alamat tempat yg nak dituju yang dituleh dalam tulisan cina..
bayangkan tulisan rumi pun ramai yang tak tau & paham..
apatah lagi bahasa asing..
memang haru..

dan ada satu scene tu, budak kecik xiao dre mem'folo' beskal yg penuh dengan tong2 & botol2 kosong..
yer, itu pemandangan biasa kat sana..
mengangkut berjuta-juta lemon barang dengan beskal/moto/troli..
ada lagi satu scene, buah tembikai diikat kat seat 'penumpang' beskal..
kat sana memang ada beskal ala2 teksi..
kira, salah satu pengangkutan awam la..
kita boleh 'tahan' beskal kalau nak pegi sesuatu tempat kalau barang kita sikit tapi ofkos la tak boleh 'lari' hatta 50km/j sekalipun..

hokeh, berbalik pada citer tu..
puanAA nengok muka budak tu sebijik macam will smith..
dengan mimik mukanya, dengan lagaknya, memang sebijik!!
rupanya baru tau, memang anak si will smith pon, jaden smith..
ok, nampak benor tertinggal ketapi nya..

puanAA memang suka citer2 yg canggini..
walopun jalan citer nya lebih kurang sama dengan baaaanyak lagi citer canggini, tapi memang puanAA suka citer2 bersifat motivational yang memberi inspirasi, yang menaikkan semangat, & yang seangkatan dengannya..

kesimpulannya, puanAA memang syok layan citer ni petang semalam sambil makan goreng pisang panas..
seronok & puas..

sekalipun kita rebah, tapi kita punya pilihan sama ada untuk bangun semula atau sebaliknya..
fikir-fikirkan..


wallahu'alam...



Wednesday, May 12, 2010

Momen Melahirkan Along

assalamu'alaikum..

ok, ni n3 sambungan lagi..
lepas citer panjang pasal pengalaman mengandungkan zulfa, skrg nak citer pasal pengalaman melahirkan pulak..

kalau ikut kiraan manual, edd pnAA 13/05/08 (sama beday la dgn pnAA)..
kalau ikut scan pulak, edd pada 14/05..

pnAA cadang bersalin kat ipoh.. sbb kat ipoh kakak ipor leh tlg jaga..
maka pada 06/05, kak fiza (kakak ipor) datang amek pnAA & ayah..
sepanjang menunggu hari, takde rasa sakit atau tanda apa2 pun..
tanda2 dah dekat nak bersalin ada 3; air ketuban pecah, turun darah, sakit daripada pinggang dibawak ke perut seolah2 menegang..

dipendekkan citer, hari sabtu malam (10/05), pnAA tgk ANTM marathon daripada tengah malam sampai la ke pagi ahad (11/05)..
kira mmg tak tido la malam tu..
lepas solat subuh, ingat nak tido la..
skali tetiba rasa sakit perut.. dan sakitnya datang dalam selang 15 menet..
masa tu tak terpikir pun false alarm ke ape ke.. (lagipun time tu pnAA mmg tak penah tau pun pasal false alarm)
yang tau, rasa sakit!! terus bgtau kak fiza & dia terus suruh siap2 nak gi spital..
maka ayah & abang chor sume kelam kabut..
kak fiza gerak nana & anas (masa tu sorg 10thn, sorg lg 6thn), maklom la pagi lagi time tu, depa tgh sedap tido.. bgtau kitorg nak gi spital, suruh depa dok umah dulu..

sampai spital, time kuor keta ada sorg misi ofer wheelchair..
kak fiza tanya, "larat jalan tak?"
pnAA boleh jalan lg.. sbb kata kak fiza, berjalan akan buat baby senang sket kuor..
setibanya kat kaunter, pnAA bagi la kad merah tu.. & depa suruh duduk dulu..
masa tu rasa sakit tak la berapa sakit..

'bilik' kaunter tu hanya mak2 yg nak bersalin je boleh masuk.. so pemli pnAA tunggu kat luor..
dalam bilik kaunter tu ada satu sudut yang ditutup dengan langsir penghadang..
ada 2 katil kat situ, satu diisi, satu lagi kosong..
kat sebelah pnAA sorg pompuan cina dah siap pakai uniform nak bersalin..
pnAA tgk air ketuban dia dah pecah sbb bangku yang dia duduk tu memang basah..
terpikir jugak "aku tak pecah ketuban lg.. belum nak meletop lg kot"
tetiba suami pompuan cina tu datang bawak makanan nk bg kat bini dia..
skali misi cakap, tak boleh bg makanan tu, masuk2 je kat sini, takde makanan dibenarkan dibawak masuk..
laki tu bgtau yg bini dia tak makan apa lagi dari tadi.. tp misi tu cakap mmg tak boleh!
terus pnAA rasa riso.. "aku pun tak makan apa2 jugak.. dah la tak tido langsung.. larat ke nak teran nanti? macam mana ni?.. ermm takpe lah, lps ni kuor la gi kantin spital, makan dulu"
yg ada kat tangan pnAA masa tu hanya purse & henfon aje..
beg baju dll sume ada kat pemli yg tunggu kat luor..

lepas timbang berat (63kg masa tu), pnAA disuruh naik kat atas katil kosong kat 'bilik' kaunter tu..
pehtu datang sorg misi & sorg dokter muda cina yg ensem sambil cek2 laporan pnAA..
kan org kata, kalau nak anak comey, slalu la tgk org2 yg comey jugak.. tetambah time2 dah nak bersalin nih kan.. hihihi..
pehtu terpikir, tak nak aahh mcm cina, mata sepet.. huhu..

ok, balik pada citer, misi tu pasang amende ntah & lilit kat perut pnAA.. pehtu kuor la kertas panjang2 tuleh graf ape pun tak tau la..
lama jugak pnAA dok atas katil tu..
pehtu dokter cek bukaan rahim.. masa tu dah bukak 4cm..
bila dah setel urusan kat atas katil tu, misi bagi kat pnAA uniform..
pnAA boleh tanya "nak tukar skrg ke?"
misi tu pun jawab, "eh ye la.. nak bersalin dah ni.."
sori la misi, ai kan 1st timer.. huhu..
misi tunjuk toilet, kelam kabut pegi tukor baju mengenangkan ayat "nak bersalin dah ni" tadi..
sambil dalam hati, "betul ke ni? due ada 2-3 hari lagi" mmg tak pecaya.. tak jumpa pemli lg ni, camna? dah la satu apa pun takde kat pnAA..

lepas salin baju, misi bawak gi satu bilik..
bilik tu ialah bilik menunggu sebelum dibawak ke labor room..
ada 10 katil kat situ.. 5 katil mengadap 5 katil..
pnAA diberi katil no5 (mmg my lucky nomo la agaknya).. katil hujung..
katil no1(sebaris dgn pnAA) dah ada org tp 'berkandang' dgn langsir..
katil no6(berdepan dgn katil no1) ada sorg pompuan cina..
pompuan kat katil no1 tu beberapa kali mintak nak teran kat misi.. sbb tak tahan sakit..
sampaikan misi tinggi suara sket la, marah kat dia, tak boleh teran lg sbb bukaan dia baru 5cm..
dia kejap2 jerit2, sebut 'Allah'.. dll..

tetiba dtg misi bg kat pnAA beg barang & satu botol mineral..
botol tu diisi air rebusan genggam fatimah..
kata org, minum air ni, cepat rahim terbukak..
tapi genggam fatimah ni kena rebus betul2 time org tu dah nk b'salin supaya rahim tak terbukak sebelum waktunya & kena jemur sebaik shj org tu bersalin.. (wallahu'alam).. pnAA pun minum la sket2 seteguk2..
then datang 2 org doktor india laki & pompuan.. cek lg repot pnAA & pasang lagi benda lilit kat perut tu..
dokter tanya "baby kat bawah ke (normal)".. mana la pnAA tau!!
dokter tu kata xde rekod tuleh kedudukan baby pnAA dalam buku merah tu..
patutnya dah tuleh masa scan minggu ke 36 ritu.. maybe dokter yg scan dulu tu lupa nk tuleh kot..
depa kata, kena scan skali lg.. alhamdulillah, lepas scan, baby tak songsang.. berpeluang bersalin normal..
then dokter pompuan tu kata nak pecahkan ketuban pnAA.. dia pun cucuk la.. xde la sakit pun..
tapi lepas2 cucuk je, mencurah2 air kuor ala2 kencing atas katil gitu..
lepas tu bermula la kontraksi.. pnAA tak larat nak baring.. duduk kurang sket sakitnya..
dokter tadi bgtau yg jantung baby pnAA dah ok..
ooo itu la guna benda alah yg melilit kat perut tuh..
depa kata memula tadi jantung baby pnAA tak berapa ok, tu yg pasang kali kedua & alhamdulillah, bacaannya ok dah..
lepas tu mcm besa la kena cucuk drip, pakai tag segala..

pompuan kat katil no1 tu dah xde, dibawak ke labor room..
pompuan cina katil no6 tu bersembang2 dgn sorg dokter cina..
dia tunjuk2 balang air besor bawah katil dia & dokter tu seolah2 cakap "tak boleh minum byk air" kot (pd pemahaman pnAA yg tak paham bahasa depa ni, tak tau la betoi ke idak.. hihi)
hadoihh.. camne pulak ni, pnAA dah minum air genggam fatimah tu dah nk dekat abeh.. mmg x leh minum air ke time2 canggini..
org2 kat dalam bilik menunggu tu silih berganti..
dengar2, labor room penuh hari ni..
lebih kurang kul 2ptg, sorg misi india tanya pada tiap org sama ada nak cucuk ubat tahan sakit..
pnAA tanya dia, ubat tahan sakit ni tahan berapa lama? katanya, ubat ni bukan la bg hilang sakit sepenuhnya, cuma bg kita lali sket..
emmm, pnAA pikir sakit mmg sakit tp leh tahan lg, so tak payah lah..
misi tu mcm terkejot.. 2 kali dia tanya, betul ke x nak?
pnAA tanya lagi, bukaan rahim ni bukak habis (10cm) berapa lama utk anak sulung?
dia kata ikut individu, ada yg bukak 1cm sejam, ada yg sejam pun tak berganjak bukaannya..

kemudian misi bawak sorg kakak kat sebelah pnAA (katil no4)..
pnAA sembang2 dgn dia..
dia bakal melahirkan anak keenam..
dia tanya pnAA, anak keberapa? pnAA jawab la sulung..
dia kata, pnAA mcm relax je.. tak nampak muka riso.. padahal dia anak yg nomo 6 pun ada rasa takut lagi..
ingat kawan2, kita kena olweys positif.. jgn pikir sgt pasal sakit.. kdg2 semua tu mainan minda & emosi je..

dalam pukul 2.30, shift misi india tadi tu diganti dgn misi melayu..
pnAA dengar dia bgtau pd misi melayu tu yg pnAA tak amek ubat tahan sakit..
skali lagi, misi melayu tu pun terkejut siap dia tanya pnAA apsal x nak..
dalam 10-15 menet lepas tu, sakit pnAA mmg tak tertahan2 sgt dah..
trus mintak cucuk.. & lepas cucuk tu, pnAA ngantuk sampai tertido..

tgh sedap dok lena, tetiba dtg sakit yg amat.. rasa nak teran..
pnAA terus panggil misi bgtau nak teran padahal tak tau pun lg camne bukaan rahim..
misi tu terus tarik langsir penghadang katil pnAA & cek..
pnAA tak dibawak ke labor room katanya labor room penuh & org2 yg berisiko je yg akan diutamakan bersalin kat sana..dia bg satu jarum lagi, katanya utk teran..
dia kata dah nmpk kepala.. & dia suruh teran..
terus terang cakap, mmg masa tu tenaga x cukup..
kesan ubat tahan sakit tadi + tak makan apa2 seblum datang tadi..
mata mmg tak boleh bukak.. tp misi suruh teran..
pnAA cuba teran, then misi suruh mengiring utk senang baby kuor..
pnAA mengiring & teran.. bila dah kuor sikit, misi tu suruh baring elok2 balik & teran sekuat hati..
pnAA terus teran & alhamdullilah terasa 'benda' meluncur laju..
oh, anakku dah kuor rupanya.. jam 3.37 petang..
tak lama lepas tu, misi suruh teran skali lg utk kuorkan uri..
kali ni, teran tak sekuat hati mcm tadi & uri yg lengkap berjaya dikeluarkan..

lepas tu pnAA terus tanya misi "misi, laki ke pompuan?" dalam nada yg lemah+ngantuk..
misi tu kata "kejap ye" & kemudian bg baby pd pnAA..
itu la detik pnAA pegang anak sendiri.. mmg mcm tak percaya..
tgk2 gegirl.. agak kuciwa jugak time tu..
bukan sbb tak nak anak pompuan, sbb sebelum2 ni sumer org dah cakap anak pnAA ni laki, maka dah set kat minda yg anak ni laki.. maklom la, tak scan.. so, bila kuor, tu yg rasa sedikit kuciwa..
lepas tu misi teruskan kerja dia menjahit & pakaikan pad & salin kain pnAA..
sebelum jahit, kene cucuk bius sket..
sambil dia jahit, pnAA sempat borak2 tanya byk ke jahitan? bius ni tahan brp lama?
dia kata tak banyak & bius ni tahan seelok2 setel menjahit..
jahit tu tak la sakit pun, rasa mcm kena gigit semut je..
pnAA terpikir time tu, mcm ni je ke bersalin?
takde la sakit mana pun.. ni bukan ayat riak ye.. ni pengalaman pnAA..
mungkin berkat doa & selalu b'fikiran positif & tak memikirkan sgt pasal sakit..
lepas selesai sume, terus pnAA tertidor tak sedor apa sampai la kul 5++..

kul 5++ pnAA terjaga & tgk sebelah katil dah bertukar org.. pompuan india pulak kali ni..
dia kata masa pnAA bersalin td, dia dah ada kat sebelah..
dia kata yg pnAA bersalin tadi 'nampak' senang & cepat.. oh, ye ke?
pompuan cina kat katil no6 tadi masih ada lg..
yg ada kat situ cuma tiga org & betul2 1malaysia.. hihi..
tetiba pompuan cina tu tunjuk samting kat pintu.. (sbb dia menghadap pintu tu)..
pnAA tak paham apa2 sampai la 2 org misi tolak stretcher bawak ANAKKU..
alahai, dah siap dibersihkan & berbalut selimut..
depa suruh pnAA pindah daripada katil ke stretcher utk dibawak ke wad..
kebetulan time tu tnA pulak tipon..
maybe mmg dia nak jadi org pertama yg tahu anak dia dah selamat dilahirkan..
tnA tanya, "sakit tak?"
pnAA bgtau la, "sakit apenye.. bersalin dah pun, dpt baby girl"..
dia tak caya.. dia kata pnAA tipu sbb pnAA suka main2..
hot jugak time tu.. kita ckp betul2 dia tak caya pulak..
punya nak yakinkan dia, sampai misi tadi sound pnAA suruh sambung nanti..
yg perlu dibuat skrg ialah pnAA perlu mengesot ke stretcher sebelah..
depa tak tlg angkatkan ye kawan2.. kita kena move sindri.. katanya utk biasakan diri kita ala2 berdikari gitu..
sakitnya masa nak move tu tuhan je la yg tau..

rupanya sebelum tnA tipon pnAA, dia dah tipon kak fiza dulu..
kak fiza & abg chor masa tu on de way nak balik umah solat asar & mandi2..
ayah je yg tunggu kat spital time tu..
kak fiza pun bgtau la pnAA tak bersalin lagi.. sbb tiap kali lepas mak2 bersalin, nama mak akan dipaparkan kat LCD skrin.. nama pnAA lom 'naik' lagi..
lps tipon kak fiza, tu yang tnA tipon pnAA pulak..
alih2 pnAA bgtau yg pnAA dah bersalin dah.. tu yg dia kompius tuh..
lps dia tau yg pnAA dah bersalin dah, dia tipon balik kak fiza bgtau yg pnAA dah bersalin..
kak fiza & abg chor pun terkejut.. depa siap2 & bawak skali nana&anas gi spital sama..

balik pada citer, misi 2 org tu pun tolak pnAA ke wad..
depa tanya ada GL tak? pnAA bgtau ada pada pemli..
so, depa singgah jap kat ruang menunggu tu sambil jerit panggil nama pnAA utk cari pemli pnAA..
2-3 kali jugak misi tu panggil, takde sapa pun.. heran jugak pnAA waktu tu.. mana pegi my pemli?
kemudian nampak ayah datang diiringi sorg laki (tak kenal) bawak beg..
rupa2nya ayah eksaited dgr nama pnAA, trus berlari sampai lupa beg tu..hihi.. mujor la laki tu tlg bawakkan.. klu tak, tertinggal je la beg tu kat situ sampai sudah..
kemudian nampak mata ayah merah tgk anak bongsunya selamat melahirkan cucu dia yg ketiga..
depa tanya pasal GL & ayah bgtau GL tu tak boleh pakai sebab tnA belum sah jawatan.. baru gred DC..
GL gred DC tu hanya sah utk kegunaan tnA sorg je.. bila dpt DG baru sah utk sepemli..
maka pnAA ditempatkan kat wad kelas 3..

ayah iqamatkan zulfa..
tak lama lepas tu abg chor sampai..
kak fiza kata muka pnAA pucat giler.. tak nampak mcm pnAA..
habeh waktu melawat, tinggal la pnAA sorg 'belajor' menguruskan anak..
nasib baik ada mak2 lain, leh intai2.. hihi..
misi2 pun banyak membantu..
ni la bagusnya bersalin kat Hospital Rakan Bayi..
mak & baby 'diperdulikan'.. dipantau & diajor menyusukan anak (bg mak2 baru)..
Hospital Rakan Bayi mmg tak benarkan kita bawak botol susu, puting, susu formula..
hanya menggalakkan brestfeeding & kat hospital rakan bayi, mak & anak tak 'dipisahkan'..
bila zulfa start melalak, trus panik.. apa nak buat ni? camne nk bg dia stop melalak? bila pikir2 balik, lawak pun ada.. pengalaman pertama menguruskan baby.. huhu..

waktu melawat malam, pemli pnAA datang lagi..
kak fiza bancuh milo dalam flask & bg biskut empat segi..
masa tu, cicah biskut+milo kul 2-3 pagi rasa sedap yang amat.. seolah2 itu la makanan paling sedap di abad ini.. betul cakap, mmg tgh2 penat, takde selera, makanan2 canggitu je yg tekak paling suka..

kak fiza bgtau, pemli mertua pnAA on de way dari aloq staq..
depa akan tido kat hotel dekat2 spital.. hotel fairpark..
keesokan harinya, pagi2 lg sorg dokter datang cek tetiap mak & baby..
alhamdulillah, pnAA & baby sume ok, dan boleh discaj..
tengahari tu, time melawat, sume pemli datang & pnAA & zulfa pun dibawak balik ke rumah..

Azhan Zulfa An-Najla selamat dilahirkan pada 11 MEI 2008 jam 3.37 petang di Hospital Ipoh..
kebetulan, 11mei tu hari ibu..

ini la pengalaman pnAA melahirkan zulfa..
yg pd pendapat pnAA, kelahiran yg dipermudahkan olehNya..
mudah2an kelahiran anak2 yg seterusnya pun pnAA harap 'sesenang' melahirkan zulfa, amin...



Tuesday, May 11, 2010

9 Bulan Mengandungkan Along

Assalamu'alaikum..

n3 ni adalah n3 menunaikan janji (seperti mana yg dijanjikan dlm n3 sebelum ni).. huhu..
nak citer sket pengalaman mengandungkan Along..

pnAA disahkan mengandung masa kami dok kat sungai mati, muar, johor..
tnA menjalani praktikal latihan mengajor kat sana 3 bulan..
itulah kali kedua kami tinggal sebumbung utk tempoh yg lama..
sbb sebelum2 tu kami pun PJJ jugak.. kerana masalah tempat kerja..

waktu tu bulan puasa..
seminggu sebelum tu, mmg pnAA ada muntah, sekali..
tapi tak syak apa2 sbb plus cirit-birit..
so, pnAA anggap salah makan la kot..
pastu, minggu seterusnya muntah sekali lagi..
hari tu mmg penat yang amat.. badan lembik semacam je.. maybe sbb bulan posa kot..
bila tnA balik dari skolah, dia ajak pegi klinik..
akhirnya dapat tahu yg pnAA pegnan..
MA kat situ ucapla tahniah & tnA kata timekasih..
tp pnAA macam blur giler.. terkesima kat situ..
MA tu pun agaknya leh perasan yg pnAA mcm bengong2 sket.. mmg sesuatu yg tak dijangka..
daripada klinik tu, tnA ajak terus ke bazar ramadan..
tak payah masak katanya (yuuhaa!!) sbb tgk pnAA mcm tak larat je..

sepanjang 9 bulan
januari 2008 tnA dapat porting ke miri..
pnAA tak ikut sbb masa tu pnAA dah 5 bulan..
kalau pnAA ikut pun, dapat dok sama 2 bulan je sbb lepas drpd tu tak boleh naik flight balik semenanjung dah..
so, kami pikir biorlah tnA dok dgn budak2 bujang dulu sampai pnAA datang miri.. leh jugak jimat duit..
maklom la, sewa umah kat sini paling murah rm500 (bertuah kalau dapat)..
umah bujang yg tnA sewa tu rm600, dok berempat.. kan byk dah boleh jimat.. hihi..
maka, sekali lagi kami PJJ.. pnAA dok tanjung malim dgn ayah.. tq byk2 ayah sbb jaga Lee..

sepanjang mengandungkan zulfa, alhamdulillah takde yg buruk2 @ pelik2 berlaku..
muntah2 pun boleh dibilang dgn jari .. mmg takde alahan yg dasat2..
maybe sbb pnAA dah telan ubat muntah (dokter bagi) masa sahur & muntah2 ni kalau tak silap pnAA jadi dalam sebulan lebih je, itu pun bukan hari2.. syukur sgt2..

bab makan, pnAA suka makan yg pedas2..
selera makan, toksah cakap la, selalu 100%..
sbb tu membesor dgn jayanya..
pnAA byk makan sayor hijo espeseli brokoli sbb penah sekali HB dpt 11(blum bahaya lg pun)..
tp sbg langkah berjaga2, sediakan payung sblm hujan..
buah2 pulak mmg santapan wajib..
pnAA minum ovaltine tetiap ptg..
pnAA saja compare'kan nutrition info antara ovaltine, milo, vico..
bg pnAA, ovaltine mcm ok sket.. (sila jgn terpengaruh, ini adalah pandangan bukan pakar & takde tauliah pon ye)
teh, kopi, neskopi, air gas mmg x sentuh langsung!! meggi, junk foods, fast foods pun tak makan!!
tetiap mlm pulak minum anmum perisa coklat (maklom la, ai x lalu susu original)..
kira kesimpulannya, bab makan mmg tip top la..
sume yg berkhasiat & memenuhi gizi seimbang (agaknye la kot-pd pandangan pnAA)..
tq ayah utk sume sayur2an, buah2an, lauk-pauk (bahan mentah) yg ayah beli kat market.. (bukan beli makanan siap ye, masak kat umah laa..)

bab suplemen, sepanjang pegnan, pnAA makan CNI royal jelly..
kakak ipor yg sajes.. utk kesihatan mak & anak katanye..
oklah, pnAA try aje.. dan alhamdulillah maybe berkat makan royal jelly ni,
pnAA mmg olweys bertenaga.. tido siang mmg jarang la..
dan ubat2 yg dapat kat klinik mmg pnAA telan sampai ke sudah..
ada org kata, ubat klinik tu makan sampai 7@8 bulan je sbb takut nnt baby besor, payah nak bersalin nnt.. wallahu'alam..

bab amalan masa pegnan pulak, pnAA rasa, sama mcm yg mak2 lain amalkan..
khatamkan quran seberapa byk yg boleh, selalu sembang2 dgn baby & usap2 perut dan banyakkan membaca.. (maybe mak2 lain ada amalkan benda2 lain lg)..
setiap hujung minggu pnAA akan tipon tnA.. pastu letak gagang kat pewot, bg tnA cakap2 dgn baby..
bgtau kat baby yg bapak die jauh, keje.. so, baby kena berdikari.. bla bla bla..

tiap minggu bermula minggu ke 20 (sbb time tu baby dah boleh mula mendengor) pnAA akan ajor baby tentang ilmu tauhid, feqah dll..
cthnya minggu 20 citer pasal rukun islam, minggu 21 citer pasal rukun iman pertama dan seterusnya..
sepanjang minggu tu, tetiap hari citer benda yg sama..
kira skrip dah boleh hapai la..
kalau rukun iman tu ada nasyid yg bersesuaian, so nyanyikan sekali..
cthnya, utk rukun iman percaya kpd Allah, pnAA nasyidkan asma ul-husna & sifat 20..
kalau rukun iman percaya kepada malaikat, pnAA nasyidkan nama2 malaikat yg pnAA belajor masa tadika dolu..
tetiap minggu kena ajor apa yg dah pnAA rancang sampai la bercerita kisah2 tauladan/sirah, ajor ABC & ali ba ta..
pnAA tak reti nk ajor yg berat2 macam mak2 lain.. ini je yg termampu dek akal..

tetiap malam jumaat pulak, pnAA akan sampaikan pesan pnAA pd baby..
ada 5 pesanan sumenya..
1) jadi muslim yg beriman & bertaqwa. takut kpd Allah dgn melaksanakan suruhanNya & meninggaklan laranganNya
2) jadi insan yg berilmu pengetahuan luas & berkemahiran
3) jadi insan yg berakhlak mulia dgn mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w
4) suka menolong org lain yg memerlukan bantuan tak kira bantuan kewangan, tenaga, buah fikiran
5) bisnes minded
tiap satu pesanan tu akan pnAA eksplen, huraikan kebaikan & kenapa pnAA nak dia jd canggitu..
mudah2an pesanan ni akan 'didengari' olehnya & dipraktikkan bila dia besor nnt, amin....
pnAA jugak tak lupa doa yg baik2 utk baby, doa bagi mudahkan bersalin dan yg seangkatan dengannya..

ini la yg pnAA amalkan masa pegnan..
kalau mak2 lain ada cadangan amalan2 masa pegnan, kongsi2 la dgn pnAA..
mana yg boleh pnAA buat, akan pnAA praktik utk anak2 akan dtg.. (anak2 tuuu.. heheh)

masa zulfa dalam perut, kami bahasakan diri dia ALONG sejak dari mula..
mmg la dah ada simpan nama utk laki & pompuan, tp kami tak tau jantina..
pnAA mmg tak scan jantina baby dalam perut pun dulu..
makanya, skrg kami panggil dia Along..

berciter pasal jantina, ramai yg kata baby pnAA nnt laki..
kalau ikut tanda-tanda jantina anak pun, mmg byk menyebelahi lelaki..
cuma kakak ipor pnAA kata gegirl sbb pnAA rajin buat kuih..
agaknya sbb seblom2 ni pnAA jarang buat kuih, tu yg bila sesekali buat kuih dah org labelkan rajin.. hihi
tapi masa dok kat muar mmg pnAA rajin baca buku2 resepi.. siap scan lg sbb maleh menyalin..
kat taman perumahan kami dok dolu tu ada mini library..
kalau ada masa kami gi lepak sana baca2 apa yg nak baca..
tp kebanyakan yg gi library tu budak2 skolah rendah (sedih jugak, library dah dekat dgn umah, tp xde org dewasa pun yg dtg)..
selalunya mmg kami berdua je yg dewasa + adik jaga library tu.. tp ok la, sbb takde saingan utk berebut buku2 utk org tua.. heheh..

utk pengetahuan yuoll, pnAA hanya beli 2 buku ttg pegnancy..
mmg tak penah terpikir pun majalah pa&ma (apsal ek?)..
tak penah beli langsung!! besanya mak2 yg pegnan akan beli pa&ma utk rujukan, kan?..
pnAA banyak google maklumat kat tenet..
disebabkan pc kat umah tak boleh guna walopun tenet ada, terpaksa la gi cc..
cc tu kat dalam kawasan mesjid.. walopun ade beberapa je pc nya & environment tak ekslusif pun, tp pnAA selesa kat ctu..
lagipun murah & senang nak park keta..
pnAA pegi dgn ayah.. sambil pnAA layan tenet, ayah dok dlm mesjid.. besanya pnAA pegi 2 minggu sekali.. mana yg penting2 pnAA print..
nasib baik time tu lom ada lg fesbuk kan.. klu tak, mau hari2 gi cc.. hihi..

sepanjang pegnan jugak, emosi pnAA jarang tak stabil walopun berjauhan dgn tnA terchenta..
pnAA mmg byk pikir yg positif (betoi!! alhamdulillah)..
pnAA jarang marah2 (ye la, nk marah kat sapa kan?) , jarang mengeluh..
bukan apa, takut nnt bagi kesan tak elok kat baby nnt..

cuti skolah seminggu bulan 3 (pnAA 7bulan ++), tnA balik semenanjung..
tu je la time tnA tgk keadaan mak buyung..
sempat la jugak merasa baby tendang2..
time tu kaki pnAA dah mula bengkak.. mmg bengkak giler sampai sume org heran..
org kata, byk ayor..
klu duduk tgk tv, mmg letak kotak kat depan & pnAA lunjurkan kaki..
masuk 8 bulan lebih, tak boleh sembahyang berdiri, terpaksa duduk atas kerusi sbb tak boleh nak duduk tahiyyat, kaki sakit yg amat!!

kalian, sume yg pnAA citer ni adalah benar, bukan utk menunjuk2..
mmg ini yg pnAA buat, yg pnAA amalkan, yg pnAA lalui..
kesimpulannya, sepanjang 9 bulan mengandungkan zulfa, mmg pnAA puas hati dgn pemakanan seharian, keadaan emosi/mental & amalan2 yg pnAA amalkan..
pnAA tau, mak2 lain tentu ada yg jauh lebih baik tentang apa yg dilakukan sepanjang pegnan contonye bersenam ke, byk bersedekah ke, mengajor ke, gi kelas2 apa2 ke dan lain2 lagi..
tapi pada kaca mata (chewah!) pnAA, pnAA rasa dah buat yg terbaik sepanjang tempoh tu & secara peribadi, pnAA bg GRED A utk pengalaman mengandungkan zulfa..

fuhhh... panjang giler!! rasanya cam tak seswai nak sambung pengalaman melahirkan zulfa kat sini..
insyaAllah entri seterusnya pulak ek..

memandangkan sekarang pnAA tengah mengandungkan Angah, insyaAllah akan ada entri pengalaman mengandungkan Angah pulak yg pada pendapat pnAA grednya tak sebagus Along.. kenapa?
nnt pnAA citer sbb skrg kita citer pasal yg diraikan dulu, si beday girl.. maka sume citer hari ni pasal dia.. huhu..


Monday, September 7, 2009

Bangga

TAJUK UTAMA (utk n3 Bangga)
kembang hidung sekejap..
sebab ....

info tambahan
pnAA penah keje kat Eco Station mentara cuti sem..
bes!! tapi penat giler bile weekend & time posa..
(pnAA penah gak keje kat kilang SONY perai dgn siti rabunah&adiknye mase cuti sem usm)

pnAA keje time cuti2 sem sbb nak kumpul duit utk kawen..
maklom la, lepas abih blajo nak trus kawen..
nak mengharap'n duit pencen ayah, ape la sangat..
rase segan nak 'meminta' dari abg sindri..
so, berkat gaji dari ctu lah,
sume persiapan kawen,
langsir (jahit sindri), cat umah, sewa pelamin, khemah, catering, brg hantaran dan lain2 lg yg berkaitan,
m'gunekan gaji yg pnAA dapat..
langsung x melibatkan duit adik beradik/sedara mara..
sbb tu, walopun majlis ala kadar, tapi puas..
sbb pembiayaan adalah hasil penat lelah sendiri..



Friday, August 7, 2009

KMNS; Teksi Sapu Tak Diiktiraf

ni lagi satu kesah yg mmg x boleh lupa..

mcm biasa, pnAA & enZura ke pekan pilah..
kami mmg selalu b'sama2 ke mana2..
mmg jarang ada geng lain yg ikut kalau kami ke pekan..
bkn apa, yg sorg tu mmg mak dia tak bg keluar merayau2.. risaukan keselamatan.. masa tu tgh 'hot' citer suzaili penganalisis komputer yg mati dirogol dlm bas..
yg sorg ni pulak, asal hujung minggu je mmg xde, balik rumah manjang..
maka nampak lah sgt mcm kami ni kaki outing.. mmg yer pon

dipendekkan citer, kami pun nak balik lps puas ronda2..
kami pun pegi ke satu tempat untuk menunggu teksi sapu..
tak lama menunggu, kami pun nampak satu kereta & kami pun 'lambaikan' tangan nak tahan teksi sapu tu.. disebabkan jalan tu one way, maka kereta tu pun buat u-turn & tunggu di seberang sana, & menyebabkan kami terpaksa pulak melintas jalan..

bila dah sampai dekat dgn kereta tu, masing2 mcm dh bleh baca fikiran masing2, maka pnAA masuk ikut pintu sblh kiri & enZura masuk ikut pintu sebelah kanan.. dah masuk kereta, apa lagi kan? tutup pintu la pulak.. elok2 je lepas kami serentak tutup pintu kereta tu, pemandunya berpaling ke belakang memandang kami.. dan kami pun baru berkira2 nak bgtau "blok A3".. tapi melihatkan muka pemandu tu mcm lain mcm, kami dua2 terdiam.. & serentak dgn aksi terdiam itu td, pnAA & enZura saling berpandangan.. tanpa bahasa, hanya suara hati, maka kami pun paham bahawa kereta itu bukan kereta yg menjalankan aktiviti mengambil penumpang (teksi sapu), tp kereta biasa yg mungkin sedang menunggu isteri, anak, atau saudaranya.. dengan sepantas kilat kami keluar drp kereta itu.. & berderailah tawa kami..

semuanya mmg btul2 kebetulan..
kami 'tahan' kereta tu & kebetulan kereta tu buat u-turn..
kebetulan kereta tu berhenti pulak btul2 berdepan dgn tmpt kami 'tahan'.. kalau berhenti kedepan @ kebelakang sikit drp tmpt kami 'tahan' mungkin kami pun tak pikir itu teksi sapu..

ini antara kesah yg mmg buat kami gelak guling2.. pnAA kalau teringat2 kesah ni, mmg kompom gelak kasi pecah punyer..


KMNS; CC & Femli Angkat

tiap2 dua mggu, pnAA & encik zura (encik ialah gelaran yg geng kami beri'n kpd semua org) akan keluar ke pekan kuala pilah utk ke cyber cafe.. b'makna kami akan ke cc 2 kali dlm sebulan.. mmg dh jd tabiat, kemaruk nk b'chatting.. semua cc kat pilah kami dh penah pegi..

satu pagi, mcm biasa kami nk pegi cc..
kami naik teksi sapu ke pekan.. bgtau pd pakcik tu nk pegi cc 'A'..
nk jd citer, cc 'A' penuh dek budak2 kmns..
kebetulan pakcik teksi sapu tu masih ada lg kat kawasan tu, maka kami pun mntk pakcik tu bawak kami ke cc 'B', cc 'C', cc 'D', hingga habeh semua cc kami dh jenguk tp semuanya penuh..
kemudian pakcik tu cadangkan kami pegi ke cc 'E'.. tapi kami x penah sampai sana.. lagipun tak tau cara nak balik nanti.. then pakcik tu kata dia boleh amek kami, bgtau je pukul berapa nak balik.. so, kami pun ke sana.. nasib kami baik, cc yg ni ade lg 2-3 PC yg kosong.. kami pun bgtau kat pakcik tu kami nak balik dlm pukul 1ptg.. kira2 2jam utk chatting..

sampai waktu yg dijanjikan, kami pun keluar dr cc.. tgk2 pakcik tu dh sedia menunggu..
nama pakcik tu pakcik baha..
dalam keta, pakcik baha tanya kami dh makan ke blom.. kami cakap la blom..
pakcik baha bawak kami entah ke mana.. pnAA riso sebenonye..
rupa2nya pakcik baha bawak kami ke kedai makan.. makan free!! ehehehe..
tp dalam hati pnAA, dup dap dup dap jugak.. baru kenal, dh belanja makan!
habis makan kami balik.. dlm p'jalanan, pakcik baha kata nk bawak kami jumpa femli dia..
bertambah lagi dup dap dup dap pnAA.. apa niat pakcik ni?? buatnya kami dicolek??
pnAA tgk en zura kontrol cool.. walopon dalam hati dia sebnornya dup dap dup dap jugak..

akhirnya sampai la kami kat umah pakcik baha.. kami diperkenalkan dgn adik ipar pakcik baha.. wife dia xde sbb keja.. kemudian pakcik baha antor kami balik..

mcm tu la kesahnya kami dapat femli angkat..
lepas dari hari tu, kalau kami nak ke mana2, kami akan kontek pakcik baha.. mintak tlg hantor'n..
seminggu kemudian, pakcik baha datang hantar sebesen buah rambutan pd kami..
lepas tu dtg lagi & lagi, bg brg2 makanan lain dan lain2 lagi lah..
senorok giler bila dpt mcm2 benda time2 diperantauan ni & dpt buat geng lain jeles.. ehehe..

hari raya haji, pnAA & en zura x balik kg.. ini hari raya pertama yg pnAA tak sambut raya dgn femli.. kami tak balik kg sbb cuti pendek sgt.. malas nak balik.. so, kami pun beraya dgn femli pakcik baha..

sblm meninggal'n kmns, masa femli pnAA dtg nk angkut brg2, pnAA bawak femli ke rumah pakcik baha.. tp malangnya pakcik baha sekeluarga ikut rombongan ke kelantan.. maka x dpt lah femli pnAA berkenal2an dgn femli pakcik baha..

apalah agaknya khabar pakcik baha sekeluarga skrg ni?? mudah2an semuanya sehat..


KMNS; Takde Ayor

tengah dok mengelamun, tibe2 satu per satu peristiwa/pengalaman/kenangan masa kat matrik di flash back.. pastu dengan tak sengaje, gelak sensorg..

kalau x silap, kejadian xde ayor(dlm blok asrama) kat matrik jadi 2 kali sepanjang pnAA belajo kat sana..

1st time xde ayor, pnAA mandi & basuh kain kat toilet bawah dewan kuliah..
xde la teruk sgt.. sbb mase skolah pn dh amat biase dgn kes xde ayor nih..

yg pnAA nk citer nih ttg kejadian kali kedua..
bile dh tau xde ayor, petang tu geng2 pnAA bercadang nk mandi manda kat umah pemli angkat pnAA.. senang la sket, xyah nk sesak2 kat toilet.. umah depa x berapa jauh drp matrik.. jln kaki je..

so petang tu kami pn jalan la pelan2 menuju ke pondok jaga..
salah sorg drp kami, puan O (bukan nama sebenar), jalan sambil pegang ranting kayu yg pendek & kurus..
kemudian, puan W (bukan nama sebenar), menanyakan kpd puan O kenape die bawak 'kayu' tu..
then puan O menjawab dgn penuh konfiden yg mama die pesan suruh bawak kayu ke ape ke kengkononnye sebagai senjata kalau2 terserempak dgn anjing ke binatang buas ke mase dlm perjalanan nanti..

kami pn ape lagi, bantai gelak la..
ade ke patut ranting kayu jd senjate..
buat lawak btol la..


org lain mgkin rase xde bende yg lawak pn..
geng kami je yg phm situasi tu..


tapi..
misi kami utk mandi manda kat luar x berhasil..
sblm smpi kat pondok jaga, kami ditahan oleh cikgu ape ntah (x ingat dah) yg kecik2, yg garang tu..
puas gak memujuk rayu.. tp cikgu ni mmg x kasik can langsung.. kengkononnye nk berlaku adil kat sume org..

so kami pn patah la balik ke blok dgn perasaan kecewa & malu la jugak..


Wednesday, July 29, 2009

Jangan Lupa Lirik

pnAA nak mintak tlg pd kwn2 espeseli x-taayah atau sesiapa shj yg mengetahui tentang lirik lagu(nasyid) ini.. semasa mengandungkan anak pertama lg pnAA tercari-cari lirik lagu ni.. kengkononnye utk dodoikan si anak.. tp xde sapa yg tau..

tajuk; x tau. lbh kurang ttg prinsip.. taat perintah Allah, hormat mak bapak, cinta kecemerlangan dll.. nasyid ni kita nyanyi masa dlm surau sementara tunggu waktu maghrib..
ingat x lg, kita akan buat halaqah ikut dorm.. RPBA, RPBB, RPBC, RPBD(dorm pnAA)..
lepas tu kita wirid, nyanyi nasyid dll.. lawan bilik mane paling 'kuat'.. eheheh..

lagu die, yg pnAA ingat, lebih kurang camni..

dengarlah dengarlah teman2 semua
pesanan dari kami hamba yg hina
sbg panduan kehidupan di dunia

prinsip pertama kita ...... x ingat dh

jd, pd sesapa yg tau @ masih ingat lg lagu ni, mntk jasa baik kongsi'n dgn pnAA..
tqvm..