Wednesday, May 12, 2010

Momen Melahirkan Along

assalamu'alaikum..

ok, ni n3 sambungan lagi..
lepas citer panjang pasal pengalaman mengandungkan zulfa, skrg nak citer pasal pengalaman melahirkan pulak..

kalau ikut kiraan manual, edd pnAA 13/05/08 (sama beday la dgn pnAA)..
kalau ikut scan pulak, edd pada 14/05..

pnAA cadang bersalin kat ipoh.. sbb kat ipoh kakak ipor leh tlg jaga..
maka pada 06/05, kak fiza (kakak ipor) datang amek pnAA & ayah..
sepanjang menunggu hari, takde rasa sakit atau tanda apa2 pun..
tanda2 dah dekat nak bersalin ada 3; air ketuban pecah, turun darah, sakit daripada pinggang dibawak ke perut seolah2 menegang..

dipendekkan citer, hari sabtu malam (10/05), pnAA tgk ANTM marathon daripada tengah malam sampai la ke pagi ahad (11/05)..
kira mmg tak tido la malam tu..
lepas solat subuh, ingat nak tido la..
skali tetiba rasa sakit perut.. dan sakitnya datang dalam selang 15 menet..
masa tu tak terpikir pun false alarm ke ape ke.. (lagipun time tu pnAA mmg tak penah tau pun pasal false alarm)
yang tau, rasa sakit!! terus bgtau kak fiza & dia terus suruh siap2 nak gi spital..
maka ayah & abang chor sume kelam kabut..
kak fiza gerak nana & anas (masa tu sorg 10thn, sorg lg 6thn), maklom la pagi lagi time tu, depa tgh sedap tido.. bgtau kitorg nak gi spital, suruh depa dok umah dulu..

sampai spital, time kuor keta ada sorg misi ofer wheelchair..
kak fiza tanya, "larat jalan tak?"
pnAA boleh jalan lg.. sbb kata kak fiza, berjalan akan buat baby senang sket kuor..
setibanya kat kaunter, pnAA bagi la kad merah tu.. & depa suruh duduk dulu..
masa tu rasa sakit tak la berapa sakit..

'bilik' kaunter tu hanya mak2 yg nak bersalin je boleh masuk.. so pemli pnAA tunggu kat luor..
dalam bilik kaunter tu ada satu sudut yang ditutup dengan langsir penghadang..
ada 2 katil kat situ, satu diisi, satu lagi kosong..
kat sebelah pnAA sorg pompuan cina dah siap pakai uniform nak bersalin..
pnAA tgk air ketuban dia dah pecah sbb bangku yang dia duduk tu memang basah..
terpikir jugak "aku tak pecah ketuban lg.. belum nak meletop lg kot"
tetiba suami pompuan cina tu datang bawak makanan nk bg kat bini dia..
skali misi cakap, tak boleh bg makanan tu, masuk2 je kat sini, takde makanan dibenarkan dibawak masuk..
laki tu bgtau yg bini dia tak makan apa lagi dari tadi.. tp misi tu cakap mmg tak boleh!
terus pnAA rasa riso.. "aku pun tak makan apa2 jugak.. dah la tak tido langsung.. larat ke nak teran nanti? macam mana ni?.. ermm takpe lah, lps ni kuor la gi kantin spital, makan dulu"
yg ada kat tangan pnAA masa tu hanya purse & henfon aje..
beg baju dll sume ada kat pemli yg tunggu kat luor..

lepas timbang berat (63kg masa tu), pnAA disuruh naik kat atas katil kosong kat 'bilik' kaunter tu..
pehtu datang sorg misi & sorg dokter muda cina yg ensem sambil cek2 laporan pnAA..
kan org kata, kalau nak anak comey, slalu la tgk org2 yg comey jugak.. tetambah time2 dah nak bersalin nih kan.. hihihi..
pehtu terpikir, tak nak aahh mcm cina, mata sepet.. huhu..

ok, balik pada citer, misi tu pasang amende ntah & lilit kat perut pnAA.. pehtu kuor la kertas panjang2 tuleh graf ape pun tak tau la..
lama jugak pnAA dok atas katil tu..
pehtu dokter cek bukaan rahim.. masa tu dah bukak 4cm..
bila dah setel urusan kat atas katil tu, misi bagi kat pnAA uniform..
pnAA boleh tanya "nak tukar skrg ke?"
misi tu pun jawab, "eh ye la.. nak bersalin dah ni.."
sori la misi, ai kan 1st timer.. huhu..
misi tunjuk toilet, kelam kabut pegi tukor baju mengenangkan ayat "nak bersalin dah ni" tadi..
sambil dalam hati, "betul ke ni? due ada 2-3 hari lagi" mmg tak pecaya.. tak jumpa pemli lg ni, camna? dah la satu apa pun takde kat pnAA..

lepas salin baju, misi bawak gi satu bilik..
bilik tu ialah bilik menunggu sebelum dibawak ke labor room..
ada 10 katil kat situ.. 5 katil mengadap 5 katil..
pnAA diberi katil no5 (mmg my lucky nomo la agaknya).. katil hujung..
katil no1(sebaris dgn pnAA) dah ada org tp 'berkandang' dgn langsir..
katil no6(berdepan dgn katil no1) ada sorg pompuan cina..
pompuan kat katil no1 tu beberapa kali mintak nak teran kat misi.. sbb tak tahan sakit..
sampaikan misi tinggi suara sket la, marah kat dia, tak boleh teran lg sbb bukaan dia baru 5cm..
dia kejap2 jerit2, sebut 'Allah'.. dll..

tetiba dtg misi bg kat pnAA beg barang & satu botol mineral..
botol tu diisi air rebusan genggam fatimah..
kata org, minum air ni, cepat rahim terbukak..
tapi genggam fatimah ni kena rebus betul2 time org tu dah nk b'salin supaya rahim tak terbukak sebelum waktunya & kena jemur sebaik shj org tu bersalin.. (wallahu'alam).. pnAA pun minum la sket2 seteguk2..
then datang 2 org doktor india laki & pompuan.. cek lg repot pnAA & pasang lagi benda lilit kat perut tu..
dokter tanya "baby kat bawah ke (normal)".. mana la pnAA tau!!
dokter tu kata xde rekod tuleh kedudukan baby pnAA dalam buku merah tu..
patutnya dah tuleh masa scan minggu ke 36 ritu.. maybe dokter yg scan dulu tu lupa nk tuleh kot..
depa kata, kena scan skali lg.. alhamdulillah, lepas scan, baby tak songsang.. berpeluang bersalin normal..
then dokter pompuan tu kata nak pecahkan ketuban pnAA.. dia pun cucuk la.. xde la sakit pun..
tapi lepas2 cucuk je, mencurah2 air kuor ala2 kencing atas katil gitu..
lepas tu bermula la kontraksi.. pnAA tak larat nak baring.. duduk kurang sket sakitnya..
dokter tadi bgtau yg jantung baby pnAA dah ok..
ooo itu la guna benda alah yg melilit kat perut tuh..
depa kata memula tadi jantung baby pnAA tak berapa ok, tu yg pasang kali kedua & alhamdulillah, bacaannya ok dah..
lepas tu mcm besa la kena cucuk drip, pakai tag segala..

pompuan kat katil no1 tu dah xde, dibawak ke labor room..
pompuan cina katil no6 tu bersembang2 dgn sorg dokter cina..
dia tunjuk2 balang air besor bawah katil dia & dokter tu seolah2 cakap "tak boleh minum byk air" kot (pd pemahaman pnAA yg tak paham bahasa depa ni, tak tau la betoi ke idak.. hihi)
hadoihh.. camne pulak ni, pnAA dah minum air genggam fatimah tu dah nk dekat abeh.. mmg x leh minum air ke time2 canggini..
org2 kat dalam bilik menunggu tu silih berganti..
dengar2, labor room penuh hari ni..
lebih kurang kul 2ptg, sorg misi india tanya pada tiap org sama ada nak cucuk ubat tahan sakit..
pnAA tanya dia, ubat tahan sakit ni tahan berapa lama? katanya, ubat ni bukan la bg hilang sakit sepenuhnya, cuma bg kita lali sket..
emmm, pnAA pikir sakit mmg sakit tp leh tahan lg, so tak payah lah..
misi tu mcm terkejot.. 2 kali dia tanya, betul ke x nak?
pnAA tanya lagi, bukaan rahim ni bukak habis (10cm) berapa lama utk anak sulung?
dia kata ikut individu, ada yg bukak 1cm sejam, ada yg sejam pun tak berganjak bukaannya..

kemudian misi bawak sorg kakak kat sebelah pnAA (katil no4)..
pnAA sembang2 dgn dia..
dia bakal melahirkan anak keenam..
dia tanya pnAA, anak keberapa? pnAA jawab la sulung..
dia kata, pnAA mcm relax je.. tak nampak muka riso.. padahal dia anak yg nomo 6 pun ada rasa takut lagi..
ingat kawan2, kita kena olweys positif.. jgn pikir sgt pasal sakit.. kdg2 semua tu mainan minda & emosi je..

dalam pukul 2.30, shift misi india tadi tu diganti dgn misi melayu..
pnAA dengar dia bgtau pd misi melayu tu yg pnAA tak amek ubat tahan sakit..
skali lagi, misi melayu tu pun terkejut siap dia tanya pnAA apsal x nak..
dalam 10-15 menet lepas tu, sakit pnAA mmg tak tertahan2 sgt dah..
trus mintak cucuk.. & lepas cucuk tu, pnAA ngantuk sampai tertido..

tgh sedap dok lena, tetiba dtg sakit yg amat.. rasa nak teran..
pnAA terus panggil misi bgtau nak teran padahal tak tau pun lg camne bukaan rahim..
misi tu terus tarik langsir penghadang katil pnAA & cek..
pnAA tak dibawak ke labor room katanya labor room penuh & org2 yg berisiko je yg akan diutamakan bersalin kat sana..dia bg satu jarum lagi, katanya utk teran..
dia kata dah nmpk kepala.. & dia suruh teran..
terus terang cakap, mmg masa tu tenaga x cukup..
kesan ubat tahan sakit tadi + tak makan apa2 seblum datang tadi..
mata mmg tak boleh bukak.. tp misi suruh teran..
pnAA cuba teran, then misi suruh mengiring utk senang baby kuor..
pnAA mengiring & teran.. bila dah kuor sikit, misi tu suruh baring elok2 balik & teran sekuat hati..
pnAA terus teran & alhamdullilah terasa 'benda' meluncur laju..
oh, anakku dah kuor rupanya.. jam 3.37 petang..
tak lama lepas tu, misi suruh teran skali lg utk kuorkan uri..
kali ni, teran tak sekuat hati mcm tadi & uri yg lengkap berjaya dikeluarkan..

lepas tu pnAA terus tanya misi "misi, laki ke pompuan?" dalam nada yg lemah+ngantuk..
misi tu kata "kejap ye" & kemudian bg baby pd pnAA..
itu la detik pnAA pegang anak sendiri.. mmg mcm tak percaya..
tgk2 gegirl.. agak kuciwa jugak time tu..
bukan sbb tak nak anak pompuan, sbb sebelum2 ni sumer org dah cakap anak pnAA ni laki, maka dah set kat minda yg anak ni laki.. maklom la, tak scan.. so, bila kuor, tu yg rasa sedikit kuciwa..
lepas tu misi teruskan kerja dia menjahit & pakaikan pad & salin kain pnAA..
sebelum jahit, kene cucuk bius sket..
sambil dia jahit, pnAA sempat borak2 tanya byk ke jahitan? bius ni tahan brp lama?
dia kata tak banyak & bius ni tahan seelok2 setel menjahit..
jahit tu tak la sakit pun, rasa mcm kena gigit semut je..
pnAA terpikir time tu, mcm ni je ke bersalin?
takde la sakit mana pun.. ni bukan ayat riak ye.. ni pengalaman pnAA..
mungkin berkat doa & selalu b'fikiran positif & tak memikirkan sgt pasal sakit..
lepas selesai sume, terus pnAA tertidor tak sedor apa sampai la kul 5++..

kul 5++ pnAA terjaga & tgk sebelah katil dah bertukar org.. pompuan india pulak kali ni..
dia kata masa pnAA bersalin td, dia dah ada kat sebelah..
dia kata yg pnAA bersalin tadi 'nampak' senang & cepat.. oh, ye ke?
pompuan cina kat katil no6 tadi masih ada lg..
yg ada kat situ cuma tiga org & betul2 1malaysia.. hihi..
tetiba pompuan cina tu tunjuk samting kat pintu.. (sbb dia menghadap pintu tu)..
pnAA tak paham apa2 sampai la 2 org misi tolak stretcher bawak ANAKKU..
alahai, dah siap dibersihkan & berbalut selimut..
depa suruh pnAA pindah daripada katil ke stretcher utk dibawak ke wad..
kebetulan time tu tnA pulak tipon..
maybe mmg dia nak jadi org pertama yg tahu anak dia dah selamat dilahirkan..
tnA tanya, "sakit tak?"
pnAA bgtau la, "sakit apenye.. bersalin dah pun, dpt baby girl"..
dia tak caya.. dia kata pnAA tipu sbb pnAA suka main2..
hot jugak time tu.. kita ckp betul2 dia tak caya pulak..
punya nak yakinkan dia, sampai misi tadi sound pnAA suruh sambung nanti..
yg perlu dibuat skrg ialah pnAA perlu mengesot ke stretcher sebelah..
depa tak tlg angkatkan ye kawan2.. kita kena move sindri.. katanya utk biasakan diri kita ala2 berdikari gitu..
sakitnya masa nak move tu tuhan je la yg tau..

rupanya sebelum tnA tipon pnAA, dia dah tipon kak fiza dulu..
kak fiza & abg chor masa tu on de way nak balik umah solat asar & mandi2..
ayah je yg tunggu kat spital time tu..
kak fiza pun bgtau la pnAA tak bersalin lagi.. sbb tiap kali lepas mak2 bersalin, nama mak akan dipaparkan kat LCD skrin.. nama pnAA lom 'naik' lagi..
lps tipon kak fiza, tu yang tnA tipon pnAA pulak..
alih2 pnAA bgtau yg pnAA dah bersalin dah.. tu yg dia kompius tuh..
lps dia tau yg pnAA dah bersalin dah, dia tipon balik kak fiza bgtau yg pnAA dah bersalin..
kak fiza & abg chor pun terkejut.. depa siap2 & bawak skali nana&anas gi spital sama..

balik pada citer, misi 2 org tu pun tolak pnAA ke wad..
depa tanya ada GL tak? pnAA bgtau ada pada pemli..
so, depa singgah jap kat ruang menunggu tu sambil jerit panggil nama pnAA utk cari pemli pnAA..
2-3 kali jugak misi tu panggil, takde sapa pun.. heran jugak pnAA waktu tu.. mana pegi my pemli?
kemudian nampak ayah datang diiringi sorg laki (tak kenal) bawak beg..
rupa2nya ayah eksaited dgr nama pnAA, trus berlari sampai lupa beg tu..hihi.. mujor la laki tu tlg bawakkan.. klu tak, tertinggal je la beg tu kat situ sampai sudah..
kemudian nampak mata ayah merah tgk anak bongsunya selamat melahirkan cucu dia yg ketiga..
depa tanya pasal GL & ayah bgtau GL tu tak boleh pakai sebab tnA belum sah jawatan.. baru gred DC..
GL gred DC tu hanya sah utk kegunaan tnA sorg je.. bila dpt DG baru sah utk sepemli..
maka pnAA ditempatkan kat wad kelas 3..

ayah iqamatkan zulfa..
tak lama lepas tu abg chor sampai..
kak fiza kata muka pnAA pucat giler.. tak nampak mcm pnAA..
habeh waktu melawat, tinggal la pnAA sorg 'belajor' menguruskan anak..
nasib baik ada mak2 lain, leh intai2.. hihi..
misi2 pun banyak membantu..
ni la bagusnya bersalin kat Hospital Rakan Bayi..
mak & baby 'diperdulikan'.. dipantau & diajor menyusukan anak (bg mak2 baru)..
Hospital Rakan Bayi mmg tak benarkan kita bawak botol susu, puting, susu formula..
hanya menggalakkan brestfeeding & kat hospital rakan bayi, mak & anak tak 'dipisahkan'..
bila zulfa start melalak, trus panik.. apa nak buat ni? camne nk bg dia stop melalak? bila pikir2 balik, lawak pun ada.. pengalaman pertama menguruskan baby.. huhu..

waktu melawat malam, pemli pnAA datang lagi..
kak fiza bancuh milo dalam flask & bg biskut empat segi..
masa tu, cicah biskut+milo kul 2-3 pagi rasa sedap yang amat.. seolah2 itu la makanan paling sedap di abad ini.. betul cakap, mmg tgh2 penat, takde selera, makanan2 canggitu je yg tekak paling suka..

kak fiza bgtau, pemli mertua pnAA on de way dari aloq staq..
depa akan tido kat hotel dekat2 spital.. hotel fairpark..
keesokan harinya, pagi2 lg sorg dokter datang cek tetiap mak & baby..
alhamdulillah, pnAA & baby sume ok, dan boleh discaj..
tengahari tu, time melawat, sume pemli datang & pnAA & zulfa pun dibawak balik ke rumah..

Azhan Zulfa An-Najla selamat dilahirkan pada 11 MEI 2008 jam 3.37 petang di Hospital Ipoh..
kebetulan, 11mei tu hari ibu..

ini la pengalaman pnAA melahirkan zulfa..
yg pd pendapat pnAA, kelahiran yg dipermudahkan olehNya..
mudah2an kelahiran anak2 yg seterusnya pun pnAA harap 'sesenang' melahirkan zulfa, amin...



7 ULASAN:

Nadya said...

uiii nyang..besnye kalu nk branak nnt senang cmtu..huhuhu doakan la ek selamat dan dimudahkan..nk prepare mentally la canie..xmo takut2..bes bace citer ni..rase cam senang je bersalin ni..huhu

ayu said...

SALAM.....besornyer pengorbanan seorang ibu....huhu.....kita sebagai anak,apalah yg kita tahu...especially aku yg tak beranak lagi ni....tima kasih Ama kerana entri ini....

norahayu said...

salam...ama, I nak ucapkan tima kasih kerana entri ini...I sebagai anak yg belum ada experience beranak, ini adalah macam kronologi....sgt suka ayat2 yg U gunakan...simple,sempoi dan sungguh senang paham...tak melankolik mcm I...haha

Puan AA said...

opah: tu la, besa kite dok dengor citer2 yg menggerunkan je pasal bersalin kan.. sbb tu otak kite dah set, sakit!!
doa2 la muge kite same2 dipermudahkan nnt.. amin..

ayu: pengorbanan mak ayah stat dari kite dalam perut sampai ler kite@depa takde..
ayat2 simple tu menunjukkan seolah2 tgh sembang2, sukati ape nk cakap takde pikior2.. & menandakan kompem BM hancus.. huhu..

Raje Atikah said...

Salam Azree,
kite alami pengalaman pegnant & banak almost the same.aku dpt tau pegnant pon bulan pose,mmg teruk sgt aku time tu.nasi sebutir pon xleh masuk bulan tu,cuma bersahur ngan sup & berbuka pon ngan sup sayur.berat trn sampai 3kg.pastu masuk 2nd tri, mencanak2 berat naik.bersalin alhamdulillah putrajaya hosp benarkan suami utk teman & every one given 1 room.kurang sket rase takut bile ader suami kat sblah.doktor pon ader offer epidural tp aku tolak,aku nk rase sakit bersalin tu camne.BTW,pade aku bersalin tu x sakit,teran & kuar a bb,yg sakit pade aku is the contraction.Ya Allah,kalo blh transfer sakit kontraction tu pade suami rase nk wat jer.Alhamdulillah Nazmin lahir kul 1pm, 2 jam sblm zulfa on the Mother's Day..

Puan AA said...

raje: mmg spital bg laki temankan.. tapi ape nk buat, lakiku kat miri..
esoknye 12hb baru die balik semenanjung..
tiket yg dah booked 13hb pon hanguih gitu je..tu la, zulfa kuor awai sgt.. hihi..

wilda said...

azree, barula kutahu sikit2 pasal bersalin ni..slama ni tgk kat tv je, ni first time baca yg detail. Jika Tuhan izinkan satu hari nanti aku dpt merasa jd ibu, bulehla tanya soklan2 kat hang. hehe.

bagus jugak tulis entry mcm ni, nanti buleh bg zulfa baca bila dia dh besar. :)