Tuesday, August 23, 2011

Lawak Bulan Puasa



assalamu'alaikum...

entry ni sepatutnya dikongsi awal2 puasa ritu..
tapi dek kerna tak nyempat2 nak mengarang ayat, tergendala lagi buat yang kesekian kali..

maybe ramai yang dah penah nengok lawak yang puanAA nak share ni..
tapi tak kira, nak share jugak!!
sebab lawak ni telah membuatkan puanAA sengeh2 di kala kesunyian sambil menyusukan angah..


LAWAK 1

Di suatu pagi yang buta (sahur ler tu)..

Emak : Alim, bangun lim.. nak makan sahur ni..
Alim : (masih menarik selimut sambil bertanya kpd emaknya) Mak buat HO HO HO HOrlick yer?
Emak : HO HO HO HOtak engkau.. bangun cepat!!

hehehe..

moralnya:
1. bangun ler bersahur kerana makan sahur membezakan antara puasa orang islam dengan puasa orang yahudi-nasrani..
2. bersahur memberi tenaga..
3. pada sahur, ada keberkatannya..


LAWAK 2

lawak yang ni puanAA kopipes daripada kesah benar member, azwa sharif..
tapi puanAA olah sket2 kununs2 penyedap cerita..
(azwa, pinjam lawak ek)
keluarga azwa ni puanAA tak sure either keturunan mendailing atau satu lagi tu (tak ingat)..
bahasa depa ni ala2 orang nogori sket2..

Di sebuah rumah, dua orang cucu sedang memerhati kuih di dalam loyang yang baru dimasak..
tak sabar nak makan..

Opah : nak makan amek topi (kalau nak makan, amek bahagian yang tepi)
Cucu 1 : sepantas kilat berlari kemudian datang kembali dengan membawa TOPI..
Cucu 2 : (selepas merasa kuih) eh opah, sedap la TOPI ni..


ok itu je..
selamat berpuasa..
sama2 kita menghayati ramadhan yang berbaki 7 hari lagi ni..
semoga semua amalan kita diterima, insyaAllah..
dan semoga kita bertemu dengan malam alfi syahr..


wallahu'alam...





Monday, August 8, 2011

Kenangan Ramadhan

assalamu'alaikum...

alhamdulillah, selesai sudah 7 hari kita berpuasa..
mudah-mudahan semua amalan dan kebajikan kita diterima olehNya..

kome ingat tak lagi bila mula2 kome puasa?
seingat puanAA, puanAA setat puasa umur 7 tahun, sama jugak dengan solat..
puanAA 'tahu' berkenaan puasa masa tadika 6 tahun..
tapi masa tu belum belajar nak puasa lagi..
puanAA ingat lagi, ada kawan2 yg puasa & ada yg tak..
kat tadika tu, bila tiba time rehat, kami akan beratur basuh tangan sorang2..
lepas tu duduk sepanjang tikar yang dibentang, sebelah boboy sebelah gegirl..
maka bila tiba bulan puasa, yang tak puasa aje beratur untuk basuh tangan (puanAA ler tu)..
budak2 yang puasa, cikgu suruh duduk jauh2..
tapi dah namanya budak kan, bukan semua mendengar kata..
ada jugak yang menjenguk-jenguk tengok member lain makan, macam2 gelagat la..
masa tu, mana ada rasa bersalah.. kesian pun tak..
kira ayat dia macam "sapa suruh ko puasa.. padan muka" ekekeke..
sebelah malam, macam biasa arwah mak & ayah bawak pegi tarawih kat masjid..
puanAA?? kompom la main masak2 main 'emak2'.. hihi..
sorang je member puanAA masa tu, skrg dah jadi bini Dato' D*J Dav*e..
puanAA masih simpan lagi kad raya yang dia bagi..

bila masuk darjah satu, puanAA mula ikut berpuasa..
puanAA pun tak ingat macam mana kekdahnya & pendekatan yang arwah mak & ayah buat sampai puanAA nak puasa..
maklom la, mak ayah puanAA bukan golongan educated..
lahir zaman2 perang jepun, sekolah pun takat darjah berapa..
nak men'saiko' kompom la tak reti..
hanya Allah saja yang dapat berikan mereka 'award' atas didikan awal ini..
pertama kali puasa ni, puanAA ponteng 2 hari.. ok la kan? heheh..
bila pegi tarawih, kurang dah main masak2..
lebih banyak jadi makmum sebab kena marah dengan arwah mak.. kekeke..
lama-kelamaan, puanAA semakin 'senang' dengan solat tarawih..
bila tiap kali puasa, rasa tarawih tu sebahagian daripada 'kewajipan'..

bermula darjah 5, arwah mak & ayah mula berbuka puasa kat masjid..
dalam hati puanAA, memang tak boleh terima..
yang pertama sebab tak biasa..
yang kedua sebab ofkos la bukak puasa kat rumah lebih selesa & meriah (walopon penghuninya 3 org aje)
tapi, ikutkan aje..
ibuk2 (puanAA je sorang budak) yang berbuka kat masjid biasanya tak ramai..
ada la dalam 4-5 orang.. semuanya pun kawan2 arwah mak..
setiap sorang akan bawak sedikit juadah, kira potluck la plus lauk pauk dari pihak masjid..
oh lupa nak bgtau, arwah mak puanAA memang 'letak' 2-3 jenis kuih kat kedai member dia kat pasar ramadhan..
biasanya arwah akan buat kuih yang jarang2 orang 'jumpa' (dulu la) atau yang orang malas nak buat..
macam kuih cara berlauk, popia basah, roti jala, singapopai..
ni rupa singapopai godek dari tenet..
konon2 nama dlm buku resepi, singapore pie
keluarga puanAA memang tak dididik membeli juadah kat pasar ramadan..
daripada lauk-pauk & kuih-muih, arwah mampu buat sendiri..
sebab tu sampai sekarang puanAA kurang 'rasa' nak ke pasar ramadhan..
walaupun banyak kali ke sana slps ketiadaan arwah, nafsu nak membeli tu seolah-olah tertutup..
bukan tak pernah beli, pernah.. beli pun bersebab..

bila dekat2 nak raya, arwah mak buat pulak kuih raya yang orang order..
biskut buah, mazola, semperit, tart nenas.. (skrg mesti dah tukar kepada nama2 canggih)
bahulu pun menimbun2..
ayah pulak tukang 'jaga api' & tukang tumbuk kacang utk dibuat putu kacang..
orang kata, putu kacang buatan arwah mak sedap..
sebab tak guna mesin.. semua ditumbuk guna lesung tumbuk..
sehari sebelum raya pulak, masak lemang yang orang order..
lemang kami spesel sebab rebus dulu guna tin minyak, lepas tu baru bakar..
sebab tu lemang tak keras & kompom masak..
kira, lemang, putu kacang & bahulu memang killer produk air tangan arwah laa..
dalam dok buat kuih raya, arwah mak sempat jugak menjahit baju raya kami..
kadang2 baju dia sendiri pun tak sempat nak dijahit..
pagi raya pakai baju yang lehernya tak siap jahit (kan terselindung dibalik tudung),
kain yang tak sempat bubuh getah, kenalah pakai tali pinggang ayah.. heheh..
macam tu la pengorbanan seorang emak..
hal/barang dia, tak jadi keutamaan, di akhir2 baru nak difikir/disiapkan..

masuk sekolah menengah, lain pulak ceritanya..
bersahur dikejutkan dengan siren..
bebudak junior & yang rajin2, akan ke dewan makan..
yang senior & yang malas2, makan megi & biskut cicah milo..
puanAA dolu kategori rajin.. ehehe..
tambah pulak arwah mak dah siap jahit 2 helai maxi bunga2 yang elok tersimpan sampai hari ni..
maka, sarung aje maxi tu utk ke dewan makan..
masa tu pemakaian jubah belum 'komersil' lagi..
hanya kakak2 STA & bebudak 'alim' je yang pakai jubah..
kalau yang lain pakai jubah, kengkononnye 'lain macam' je..
lama-kelamaan, jubah dah mula dipakai bila2..
espeseli nak ke dewan makan hari sabtu ahad atau ke ruang tamu (ruang tamu = tempat melepak bertemu ahli keluarga di hari2 coti)..
okeh, berbalik kesah puasa di ta'ayah..
yang paling seronok, ramadhan memang diisi dengan aktiviti menambah pahala (mudah2an)..
tetiap petang lepas zohor, ada tadarrus ramai2 yang dibahagikan kepada kumpulan2 kecil..
penuh & riuh lah surau dengan ayat2 suci Al-Quran..
sementara nak tunggu waktu berbuka, sekali lagi ayat2 suci Al-Quran atau nasyid2 akan memenuhi ruang angkasa..
memang sangat2 syahdu & menusuk kalbu waktu petang2 gini..
berbuka pulak ada aturannya..
lower form akan berbuka ikut kelas kat dewan makan..
meja kat dewan makan tu akan ditulis susunan kelas2 dengan kapur oleh 'tudung biru' (prefect)..
yang upper form berbuka ikut geng2 sedorm kat bilik TV..
masuk waktu berbuka, si tudung biru akan baca doa..
tengah orang senyap dok makan (sbb masa tu azan masih berkumandang), sekali satu kerusi ditolak..
semua mata kompom mencari sapakah gerangannya..
pergghh!! laju giler dia makan..
macam ada award pulak kalau orang tu makan cepat..
di zaman puanAA, orangnya tak lain tak bukan kak aziyati..
lepas berbuka, solat fardhu & solat tarawih pulak..
memang besss pengalaman puasa kat ta'ayah..

beralih ke zaman matrix pulak..
kat sini, pengalaman puasa yang paling besss bagi puanAA & the gang, keluar pegi sopping kat pasar ramadhan..
kami share duit utk beli lauk spesel & air 'luar biasa' yg tak juai kat cafe..
bila sahur, kalau rajin kami turun cafe, kalau tak, sahur dalam bilik aje..

kenangan & pengalaman puasa kat usm pun tak boleh lupa jugak..
masa 1st year, puanAA yang memperkenalkan pada kakak roommates yang dah tiga tahun kat usm, ajak berbuka kat masjid usm..
tiap2 hari, desasiswa akan bergilir2 ditugaskan buat persiapan untuk memasak kat masjid..
tapi, biasa la, penghuni satu2 desasiswa beratus2, tapi yang datang tolong siang ikan potong bawang bagai, boleh dikira dengan jari..
alhamdulillah, puanAA pernah (walaupun sekali dua je.. ngee) menolong staf2 usm menyediakan juadah berbuka puasa ni..
berbuka puasa kat masjid waktu ni dah jadi perkara yang paling besss..
makan ramai2, kenal ramai lagi kawan..
mungkin ini hikmahnya arwah mak bawak puanAA berbuka kat masjid dulu tu..

kemudian puasa berdua..
puanAA kawen pertengahan 2006..
waktu ni tuanA kerja kat langkawi & puanAA urus travel agency kat sana..
walaupun tak selalu jumpa, kadang2 kami berbuka sama2..
2007 puanAA puasa dengan ayah kat kampung, tanjung malim terchenta..
waktu ni tuanA tengah sambung belajor kat skudai..
ramadhan paling istimewa ialah pada 2008..
waktu ni tuanA praktikal kat muor 3bulan++..
inilah kali pertama kami tinggal 'betul2' sebagai suami isteri..
sebelum ni, asik PJJ je.. huhu..
kami sempat puasa sebulan kat sana..
yg istimewanya ialah, puanAA disahkan mengandung anak sulung (along zulfa)..

2008 & 2009 puasa kat miri..
tahun pertama berpuasa kat miri, banyak kali jugak kami beli kat pasar ramadhan..
kebanyakkannya kuih-muih tradisi orang sarawak.. maklom la, nak merasa..
atau kuih2 yang renyah nak dibuat..
lauk-pauk, memang jarang beli.. biasanya homemade..
bukannya terer pun & bukannya sedap pun, tapi nak jimat kos punya pasal..
waktu ni, zulfa belum sampai 6 bulan..
bila dah ada anak, memang tarawih berlubang2.. hehehe..
tak mampu nak istiqomah..

2010, berpantang dibulan puasa..
salah 'timing' nih.. hehehe..

sekarang, puanAA & anak2 ada kat umah mertua..
tuanA masih kat miri belum dapat tukar2..
mudah2an ini la tahun terakhir suami di miri.. amin..
puasa, biasa2 aja..
tapi yang sedihnya, tak dapat nak berpuasa dengan ayah kat tanjung malim..
masalah pengangkutan..
sedih jugak mengenangkan ayah yang sorang2 'mengisi' ramadhan kat sana..

untuk ramadhan 2011, apa yang puanAA harapkan,
mudah2an puanAA dapat memanfaatkan ramadhan kali ini sebaiknya, sekaligus berjaya mencapai target peribadi..
semoga segala amalan diterima, segala doa dimakbulkan olehNya..
dan puanAA berharap, mudah2an ini bukan ramadhan terakhir bagi diri puanAA..

sama-sama kita berusaha melipatgandakan amalan & mengumpul saham akhirat sempena bulan barakah ini..
selamat berpuasa..


wallahu'alam.....