Thursday, June 28, 2012

Kenduri Kesyukuran (Alang Razin)

assalamu'alaikum...

mengikut perancangan, puanAA akan menghabiskan tempoh berpantang kat Miri..
maka, awal2 lagi masa mengandung, puanAA dah mintak mak&pak mertua datang jaga puanAA & anak2 kat sini..
oleh sebab tu, kami dah tempah tiket untuk depa, pegi-balik awai2 lagi..

kalau nak diikutkan, mak&abah (mertua) akan balik aloq staq 16 julai nanti..
tapi lepas bersalin, mak ajak puanAA & anak2 balik kampung..
senang nak buat apa2 atau cari apa2 barang kat kampung berbanding Miri, katanya..

kebetulan dengan cuti sekolah, maka, puanAA pun tempah tiket balik ke aloq staq untuk semua sekali termasuk tuanA..
dan 'hangus' ler tiket yang dah kami tempah awai2 untuk mak abah balik bulan julai tu..

jom layan gambar balik kampung dulu..

Miri - KL

Alang Razin berusia 16 hari

bukan senang nak bagi budak bulat ni dok diam canggini

kesana kumari x penah lekat kat kerusi

LCCT

@ food court, jumpa buat pertama kali, saudara jauh yg tuanA 'jejak' melalui FB

Angah Firas tak berenggang dengan Paksu. maklom la, lama tak jumpa

KL - AS


cekelat yg Along Zulfa nak sampai nangeh2

giler mahal cekelat ni hokeh! lebih 10 hengget! boleh beli  nasik makan 2org

alhamdulillah, Alang Razin tak meragam langsung dalam flight..
kami selamat sampai kat aloq staq dalam pukul 9.30++ malam..
adik ipor puanAA dah siap tunggu kat sana..

okeh, sekarang kita citer bab yang sepatutnya (sila tengok tajuk)..
mak bercadang nak buat kenuri kecik..
kenuri kesyukuran & doa selamat..
syukur sebab puanAA dah selamat bersalin..
syukur Alang Razin sihat walafiat..
maka, khamis, 7 jun, satu kenuri kecil2an dibuat kat umah..
sekali dengan cukur kepala Alang Razin..

jom layan gambar lagi untuk memendekkan citer (ayat cover malas nak taip panjang2.. ngee..)

sebelum botak


meragam tak dapat pegang kamera

sebahagian juadah

makan time

bersedia utk cukur rambut

proses bermula

sambil cukur, sambil menyusu



taraa... botak sudah

alhamdulillah, majlis selesai sudah..
tinggal puanAA nak menghabiskan hari2 terakhir berpantang je lagi..

sekian untuk n3 ini..


wallahu'alam...

Monday, June 11, 2012

Kelahiran Ekspres

assalamu'alaikum...

tak ramai yang tau puanAA mengandung ritu..
bila dah bersalin, ramai yang terkejut..
bukan apa, puanAA rasa, kalau anak sulung atau kedua, mungkin orang teruja nak tau..
dah masuk anak ketiga, tak payah la nak kecoh2..

alhamdulillah, 18 MEI 2012, jam 2.58pagi,
puanAA selamat melahirkan sorang lagi putera..
sekali lagi bersalin sama dengan EDD..
sekali lagi anak bulan MEI..

alkesahnya begini..

17 mei (jumaat)..
puanAA pegi & balik keje macam biasa..
tapi petang tu ada rasa lain macam sket..
maka, puanAA segera menyampaikan amanat2 penting kat kengkawan kat opis..
malam, ada rasa sakit sikit2..
tapi tahan, nak tunggu sampai betul2 sakit..
takut jadi macam sebelum ni, false alarm..

tidor macam biasa walopon terasa sakit2..
tapi dalam pukul 1 pagi, puanAA terjaga sebab sakit sangat2..
memang tak boleh tahan dah..
masuk2 barang dalam keta, dalam pukul 1.30, terus pegi spital..
sampai spital 1.45 pagi.. tak larat jalan sangat2 dah..
mak (mak mertua) berlari nak dapatkan 'wilcha'..
terus adik guard bawak pi labour room..

selesai register, cek bukaan dah 5cm..
memang betul2 nak bersalin rupanya..
patut ler sakit tak tertahan2 lagi..
misi suruh salin baju..
akhirnya, 2.58 pagi, lahirlah alang Razin..

bersalin kali ni memang ekspres..
1.30 pagi pegi spital..
2.00 pagi masuk labour room..
2.58 pagi bersalin..
4.00 pagi diusung masuk wad..

alhamdulillah, sakit yang tak lama..

9.00 pagi doktor datang cek..
semuanya ok, tengahari tu jugak kami discaj..
nasib baik tak duduk lama dalam wad lagi..

anakanda ketiga ini diberi nama AHNAF RAZIN AL-HAMEEZ..

DAY 2


Sunday, June 10, 2012

Sambutan Harijadi Along Ke-4

assalamu'alaikum...

ini sepatutnya n3 sebulan lepas..
sebab beday Along 11 Mei..
tapi, macam yang puanAA bgtau sebelum ni, masa tak mengizinkan untuk mengarang panjang2..

sempena beday Along yang ke-4, puanAA memang niat nak buat sambutan kat tadika dia..
saje nak seronok2, bagi Along hepi sambut beday dengan kengkawan..
cuma, puanAA harap, puanAA tak terbersalin awal..
almaklum la, EDD puanAA 18/5..
tak jauh jaraknya dengan 11/5..
lagipun, bab2 bersalin beranak ni, bukan boleh kita jangka, kan??

barang2 untuk goodie bags dah siap beli awal2 lagi..
tapi, sehari sebelum sambutan tu, baru ler puanAA packing..
dalam goodie bag tu ada..
satu air kotak laici

sebungkus blueberry swiss roll

sebungkus keropok tam tam
2 batang lollipop

jangan marra aa.. memang ini bukan ler senarai makanan yang sihat lagi menyihatkan..
tapi, budak2 dan mak budak jugak kan suka cikedis canggini.. hehehe..

goodie bags untuk kekanak ribena

beday Along tahun ni jatuh pada hari jumaat..
nasib tak berapa baik, hari khamis Along demam..
pagi jumaat tu, puanAA bgtau pada Along, tak payah sekolah ler..
tapi dia nak pegi jugak..
Along memang jarang nak ponteng sekolah..
sebab dia seronok main2 dengan kengkawan..
tambah pulak dia tahu yang hari tu ada 'something' yang ummi dia nak buat..
lagi ler dia meronta2 nak pegi sekolah..

pukul 9++, puanAA pegi tadika Along..
puanAA bawak salah satu beg besar yang berisi goodie bags, sekali, tak sampai 2 meter berjalan, belum pun masuk pagar tadika, habis semuanya terburai..
tali beg tu putus & beg tu koyak..
nasib baik barang2 tu tak masuk dalam longkang..
kebetulan ada sorang mak budak tadika tu yang baru nak balik, dia la yang tolong puanAA angkat barang..
disusuli dengan cikgu2 tadika yang tolong angkat barang jugak..
bila puanAA bawak jer kotak kek, semua bebudak menjerit..
riuh-rendah satu sekolah..

puanAA masuk kelas Along, puanAA tengok Along still tak bermaya..
rupanya baru lepas muntah..
sian anak ummi..
demam di harijadi..

kita layan gambar2 sambutan kat tadika Along..

kek oren (Along peminat tegar Dora)

semua tak sabor nakkan goodie bag

budak 2 org tepi Along tu dah berkali2 'dihalau' ke tepi oleh cikgu, tp dtg balik..

budak baju biru tu tiup satu lilin

makin lama budak tu makin dekat

dgn sebahagian cikgu Along (budak tu enteprem jugak)

goodie bags diagihkan

beday girl tak bermaya

sempena hari guru 16 mei, puanAA dah siapkan cenderahati untuk cikgu2 Along..
puanAA bgtau cikgu, Along terpaksa bagi hadiah kat cikgu awal sbb takut ummi dia terbersalin awal, sebelum hari guru..

mug yg ditampal mutiara kata & dlmnya ada coklat2

ini ler sambutan harijadi ala kadar untuk anakanda tersayang..
moga along menjadi muslim yang solehah..
jangan nakal2..
dengar cakap walid & ummi, okey..
moga along menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat..
ummi doakan along sentiasa sihat, ceria & bahagia di bawah limpah rahmat dan kasihNya..
moga perjalanan hidup along dipermudahkan & diberkati oleh Allah S.W.T.. amin...


wallahu'alam.....


Saturday, June 9, 2012

Hari-hari di Wad

assalamu'alaikum..

lama tak update blog..
hati mmg meronta nak kongsi2 story..
tapi banyak bebenor halangannye..
alasan fevret, "takde masa"..
maklom la, skrg kan puanAA dah kojer.. maner ader mase..
tambah pulak, skrg ni terpaksa berebut laptop..
ader yg nk tgk fesbuk, ader yg nk tgk dora the explorer, ader yg nk tgk upin-ipin..
maka, puanAA yg berhati mulia ni mengalah ler..
takpe, nnt puanAA simpan duit sikit2 beli laptop sendiri..

menurut tajuk di atas, dapatlah disimpulkan bahawa banyak hari iaitu berhari2 puanAA kena bermastautin dalam wad..
dan duduk dalam wad tu bukan ler satu benda yang best lagi mengebestkan hokey!!
walopun ader privacy & dapat makan free, tak cukup jugak untuk buat puanAA teruja dok dalam wad & tak cukup jugak untuk menghilangkan rindu puanAA pada anak2 kat umah..

22 APRIL - Ahad ...
ayah puanAA terpaksa datang dari tanjung malim ke miri.. urgent..
sbb along & angah muntah2 & cirit-birit sejak 2 hari sebelum tu lagi..
angah ritu sampai tak boleh minum apa langsung..
asal minum je, muntah..
tak kira la minum susu ke, ayor masak ke, teh ke, semua kuar balik..
toto, kusyen, bantal, tilam semua penuh dgn muntah angah..
tuanA pegi kursus kat kuching..
puanAA pulak bengkak sebelah mata sampai berair..
mata kiri tu mmg tertutup terus..
sbb tu puanAA tak berani nak drive bawak anak2 pegi spital..
then, ayah kata, ayah nak dtg memandangkan semuanya tak sihat..

elergik eyedrop


Kemasukan 1
23 APRIL - Isnin ...
kami semua pegi poliklinik miri..
muntah & cirit along dah kurang..
jadi doktor just bagi ubat..
puanAA, depa bagi ubat titis mata..
tapi kena follow up slps 3 hari..
dan dapat jugak MC 3 hari..
angah, doktor ckp kena masuk wad..
sebab muntah/cirit tu dah masuk 4 hari..
puanAA tanya, "kalau tak masuk wad tak boleh ke?"
depa kata better dok dlm wad sbb senang nak monitor.. akur!

mula2 angah kena pasang drip..
sedih nengok tangan kecik tu dicucuk..
tambah pulak angah menjerit2 meronta2..
apakan daya, ummi boleh tgk aje..
lps masuk 'air', depa bawak pi wad kekanak..

angah masih macam biasa, dok cirit-muntah..
tapi kecergasan dia tak macam budak2 sakit yang lain..
dia taknak dok kat katil..
satu wad dia pusing melawat kawasan..
tak larat nak ikut..
las2, puanAA tengok dari jauh je..
maklom la, puanAA masa tu pun dok tunggu hari je lagi..

24 APRIL - Selasa ...
pagi tu pakar datang cek angah..
katanya angah dah boleh discaj..
alhamdulillah.. tak payah dah nak dok dalam wad lagi..
12.30tgh waktu melawat..
ayah puanAA datang bersama-sama mak&pak mertua puanAA..
mertua puanAA pun datang mengejut bila dapat tau cucu depa masuk wad..
ekceli puanAA dah booking tiket untuk depa datang miri 28 april..
kedatangan depa tu untuk menjaga puanAA masa pantang nanti..
tapi bila dengaq2 ja yang sorang cucu tak sihat, sorang cucu masuk wad, menantu pulak sakit mata, terus depa beli tiket lain.. kiranya depa datang awai 4 hari..

lepas siap2 packing barang, kami semua balik umah..

Kemasukan 2 ...
12 MEI - Sabtu ...
pukul 5++ petang, puanAA rasa sakit macam contraction..
makin lama makin kerap..
maka, dalam pukul 6.30ptg, kami pegi spital..
masa register, sorang misi 'perasan', "ni kalau bersalin esok, sama bday dgn mak dia"..
sorang lagi misi yg tgh belek buku merah pun 'perasan, "eh, bapaknya pun bulan 5"..
puanAA pulak menambah "anak yang sulung pun bulan 5 jugak"..

setel registration, terus masuk labour room..
pasang ctg.. pasang drip..
cek jalan, baru bukak tak sampai 1/2cm..
tp contraction mmg ada..
doktor tak bagi balik.. katanya, bila2 masa boleh bersalin..
maka, dok la dalam wad lagi..
disebabkan puanAA demam, depa masuk air sampai 3 botol..
pehtu segala mak nenek ubat depa bagi ikut drip..
azabnya, tak boleh nak habaq, kata orang utara..

13 MEI - Ahad ...
hepi beday to me..
ingatkan dah boleh discaj tengahari ni..
skali doktor cakap kena tunggu sampai esok sbb puanAA demam lagi..
adoyai...
terpaksa la selebret beday dalam wad..
tp nasib baik jugak tak terberanak semalam...
kalo tak, tak dapat makan kek yang menyelerakan tu.. hehehe...

hepi beday dlm wad

sempat jugak makan kek yg sodap nih
14 MEI - Isnin ...
puanAA boleh discaj.. hooreyy..
dapat MC untuk hari ni..

KEMASUKAN 3 (selepas bersalin)
25 MEI - Jumaat ...
selepas 5 kali amek darah, kuning alang razin tak turun2..
ni bacaannya..
isnin = 11.0 (usia 4 hari)
selasa = 12.7
rabu = 13.7
khamis = 14.1
jumaat = 16.7

maka, doktor kat klinik suruh hantar kat spital, masuk wad..
wad lagi?? fobia sungguh puanAA dengan wad..
kalau setahun sekali masuk wad, ok la lagi..
ini, dalam masa tak sampai sebulan, 4 kali dah jadi penghuni tetap wad..

dalam wad, mula2 alang razin payah jugak nak duduk bawah lampu tu..
duduk 5 menet, dia merengek.. puanAA angkat bagi nenen..
bila letak balik, ader la 5-10 menet, dia bunyi balik..
asyik dok angkat je, menyebabkan kuning alang razin tak turun, malah makin naik..
sabtu = 19.2..
oleh itu, depa pasang drip kat alang razin..
masa ni memang puanAA tak bleh tahan..
ayaq mata meleleh jua.. (masa pasang drip kat angah puanAA tak nangeh)
kesian sangat tangan yg haluih tu dah kena cucuk jarum bagai..
alhamdulillah, makin lama, dia boleh 'terima' dok dalam katil bawah lampu biru..

alang Razin dalam katil bawah lampu biru

setiap petang, satu femli datang melawat..
kebetulan waktu melawat tu sama dengan waktu makan..
maka, nasik puanAA, si anak dara puanAA, along zulfa yang perabih..

haa kan puanAA dah cakap, licin!!

dah 3 hari 3 malam kami dua beranak dok dalam wad..
alhamdulillah 'berkat' menyusu & dok bawah lampu sokmo, kuning angah jadi 18.6 (ahad)..
harap2 tengahari esok (hari ke-4) dah boleh discaj..
misi kata, kalau kuning dia turun sampai 16, kompom boleh discaj..
puanAA pikir, macam mana la kuning si alang razin ni nak turun sampai jadi 16??
kalau turun 1 pun dah kira baguih..
sebab kuning alang razin, kalau naik memang banyak..
kalau turun, kosong point berapa je sehari..
bayangkan daripada 18.6 nak turun jadi at least 16.9..
berapa kena turun tu?? haa... kita buat matematik sket.. ehehe..
kena turun 1.7 hokeh!! memang ler tersangat imposibel..

28 MEI - Isnin ...
pukul 6++ pagi dokor amek darah semua baby..
sepanjang pagi tu memang berdebor-debor menunggu result..
pukul 9++ pagi doktor datang cek baby..
doktor kata, kalau takde apa2, alang boleh discaj, tapi semua depends pada result darah tu nanti..
puanAA tanya la bila boleh tau result?
doktor kata dalam 10.30++..
bila result keluar, kuning alang jadi..

.

.

.

.

.

.

.

.

16.9

yer!! 16.9 kawan2..
alhamdulillah syukur sangat time tu..
memang keajaiban Allah tunjukkan..
maka tengahari tu alang boleh discaj..

itu la citer hari-hari puanAA dok dalam wad..
dalam tempoh sebulan, 4 kali masuk wad..
mudah2an lepas ni takde la kena masuk wad lagi..
pesanan puanAA, jagalah kesihatan kita sekeluarga supaya tak perlu sampai masuk wad..
tapi sakit tu pun satu ujian daripada Allah jugak..
apa2 pun, semua ada hikmahnya..
sama-samalah kita berdoa supaya dijauhkan daripada penyakit2 berjangkit & berbahaya..
sesungguhnya semuanya 'kerja' Dia..
Dia yang mengatur & menentukan segalanya..


wallahu'alam...