Thursday, August 23, 2012

Bagaimana Electric Mendapat Nama?

assalamu'alaikum..

okeh, ini bukan entry berkaitan raya..
entry raya nanti kita cerita..

puanAA sesajer nak update citer pendek ni..
sementara ingat..
maybe ramai yg dah penah dengar citer ni..
bagi yang tak penah tau, silalah layanzz.....


untuk pengetahuan semua, perkataan elektric diambil daripada perkataan melayu..

alkesahnya begini..

selepas setahun Thomas Alba Edison mencipta lampu, saintis tak pernah terfikir untuk memberi nama kepada kuasa yang menyebabkan lampu tu menyala..

semasa lampu mula2 nak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu bernama Kulup Kalimantang mati2 tak percaya pada ciptaan Thomas tu..

semasa demonstrasi, Kulup pun berkata dengan kuat..
"ele... trick aje tu.. ele trick!" 

Thomas berfikir yang Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu itu menyala disebabkan 'ele trick'..

sebagai mengingati jasa Kulup yang menamakan electric, maka dicipta pulak sejenis lampu panjang yang diberi nama lampu Kalimantang..


hua hua hua
jangan mara aa..

wallahu'alam.....





Friday, August 10, 2012

Doa Ringkas Lepas Solat

assalamu'alaikum..

tiap kali lepas solat tak kira solat fardu atau solat sunat,
kita mesti berdoa..

semenjak puanAA ber-anak kecik,
memang puanAA tak sempat nak berdoa panjang2..
kadang2, tengah2 solat, yang kecik nak nenen..
yang itu terhantuk kat dinding..
berkelahi berebut itu ini..
macam2 lagi lah..

tapi macam mana sekalipun,
puanAA insyaAllah akan baca sekurang-kurangnya dua doa pendek ni..

DOA PERTAMA


ini ialah bacaan dalam solat.. 
bacaan ketika duduk antara dua sujud.. 
bermakna, sudah semestinya kita akan baca doa ni 17 kali sehari.. 


DOA KEDUA


ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada gelisah dan sedih, 
dan aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas, 
dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan kedekut, 
dan aku berlindung denganMu daripada belenggu hutang dan orang yang menindas. 


bagi puanAA, dua ayat ni, boleh dikira doa ringkas yang lengkap..
sama-samalah kita menjadikan doa ini sebahagian daripada doa harian kita..

berdoalah..
kerana Allah suka orang2 yang berdoa..


wallahu'alam.....



Monday, August 6, 2012

Kenangan Lucu Bulan Puasa

assalamu'alaikum...

puanAA nak cerita satu kesah yang pada puanAA lawak..
bila bulan puasa jer, mesti teringat citer nih..

puanAA ader sorang bespren masa sekolah rendah dulu..
kira macam BFF ler istilah orang zaman la ni..
nama panjang dia siti hawa bt arshed..

lepas abes sekolah rendah, puanAA masuk asrama..
dia pulak sekolah menengah kat kampung halaman..

tiap kali puanAA cuti, kitorang mesti jumpa punya..
tempat pertemuan tak lain tak bukan kat bawah pokok kat masjid jamek tu ha..
then kitorang merayau pusing2 pekan koboi tanjung malim nan kecik itu..

ader satu hari tu, kitorang plan nak pegi library kat oversea..
maklom la, library tu kat ulu bernam (ejaan lama), selangor..
kitorang kan orang perak..
tak ke pegi luar negeri namanya tu, kan?

sampai sana, puanAA pun baca satu majalah..
tak ingat majalah apa..
kolum jenaka yang pastinya..
puanAA tergelak baca satu citer nih..
then puanAA citer balik kat hawa..

citer nya canggini..
ada sorang lelaki ni nak pegi solat tarawih..
orang2 kat umah dia pesan suruh bawak plastik untuk tapau kueh2 moreh..
laki ni pun bawak la beberapa beg plastik, lipat2 letak dalam poket baju melayu..
tengah dok solat tarawih, plastik dia terkeluar daripada poket..
maka berterbangan ler plastik2 tu sana-sini dalam masjid ditiup angin..
lepas bagi salam, riuh rendah gak la masjid tu..
terkantoi laki tu nak rembat kuih moreh..

puanAA punya ler gelak lepas baca kesah benar tu..
kebetulan kitorang duduk dekat dengan akak librarian..
sekali akak tu cakap "budak tu adik akak"..

hallamak!! dah gelak besor dah tadi..
then kitorang gelak sama2..
daripada situ, kita pun boleh tau,
sapa sebenornyer yang 'meng-order' kuih moreh, kan?

itu ler kesah lawak yang puanAA nak citer..
jumpa lagi next entry..

salam nuzul quran..


wallahu'alam.....


Thursday, August 2, 2012

10 Langkah Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamu'alaikum..

info berkaitan breastfeeding ni puanAA dapat lama dah..
alkesahnya canggini..

masa mengandungkan Angah Firas (2010), puanAA pegi scan kat klinik Yee, Miri..
tujuan scan tu bukan utk tahu jantina baby tau..
puanAA kena scan untuk dapat surat doktor sebelum isi form utk terbang balik semenanjung (untuk bersalin)..
kalau keadaan kandungan & maknya sihat & takde masalah, baru depa bagi naik flight utk kandungan melebihi 7 bulan..

kat klinik tu lah artikel tu ditampal..
maka, puanAA copy dengan menaip pd henpon..
dari sehari ke sehari nak update dalam blog, sudahnya jadi pekasam..
sampai la henpon tu pun rosak..
kuciwa jugak sebab tak dapat nak share info tu..

nak dijadikan cerita, awal tahun lepas, tuanA demam teruk..
malas nak tunggu lama2 kalau pegi klinik gomen, dia ajak pegi klinik Yee..
untuk pengetahuan kalians, kami jarang 'melawat' klinik berbayar..
biasanya pegi spital/klinik gomen je..
dikesempatan itulah puanAA salin balik info tu..
mujur ler artikel tu ada lagi..

sorang nurse kat situ nampak puanAA menyalin..
terus dia bagi byk artikel & bahan bacaan pasal breastfeed ni..
terharu sungguh!!

okeh, berbalik pada topik asal,
kebetulan pulak, bersempena dengan minggu penyusuan susu ibu sedunia,
maka elok lah puanAA share info ni..
moga2 dapat dijadikan panduan bagi mak2 yang menyusukan atau berhajat untuk menyusukan..

10 EASY STEPS FOR SUCCESS BREASTFEEDING

B - best prenatal care to ensure your baby is healthy at birth and will not need special care

R - read all you can about breastfeeding during pregnancy

E - explain to your doctor about any breast injury, surgery or inverted nipples

A - ask to breastfeed your baby soon after delivery

S - stay in the same room as your baby

T - talk to friends who have breastfed successfully

F - feed from the breast exclusively

E - expect your milk to increase after a few days and expect to breastfeed about 8-12 times in 24 hours

E - enjoy lots of rest

D - do not give up! Give yourself and baby a chance to learn to breastfeed


wallahu'alam.....