Showing posts with label Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Dari Hati. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Kehamilan Ektopik

assalamu'alaikum..

8.00 pagi smlm pnAA dapat mesej daripada member-susah-senang kat USM dulu..
ada berita gembira & ada berita duka..
berita gembiranya ialah dia pegnen 2 bulan (anak ke-2)..
tapi malangnya disusuli pulak dengan berita duka iaitu kandungannya di luar rahim..

terkejut!! lepas baca je mesej tu, terus pnAA tipon dia untuk tau lebih lanjut..
rupanya dia akan menjalani pembedahan sekejap lagi..
tak dan bercakap lama, ada la dalam 2 minit, si firas meragam..
maka, pnAA terpaksa berhenti sembang, bagi firas nenen & tido dulu..

9.30 pagi pnAA tipon dia balik..
rupanya dia tengah tunggu masa untuk dibedah.. operation akan mula pukul 10.00 pagi..
pnAA sangkakan dia akan dibedah petang jap lagi ker..
pnAA tanya apa punca dia mengalami kehamilan luar rahim..
sempat berseloroh dia jawab "doktor kata, ikut nasib"..
dalam kepala otak pnAA berpikir, boleh pulak doktor bagi jawapan yang tak meyakinkan canggini..
tak nak mengganggu emosi member, pnAA tak cakap lama..
cuma berpesan, jangan risau & pnAA doakan dia selamat menjalani pembedahan..

pnAA memang penah dengar pasal kehamilan luar rahim ni..
tapi tak tau & tak penah nak amek tau lebih lanjut..
bila dah jadi macam ni, baru sibuk nak amek tau..
then pnAA google pasal kehamilan luar rahim @ kehamilan ektopik..

ini kesimpulan daripada apa yg pnAA dapat..
(sila jangan amek mudah lepas ni ye pnAA!!)

PUNCA / RISIKO
1. jangkitan kuman di sekitar pelvis yang akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia
2. sejarah; pernah mengalami kehamilan ektopik sebelumnya
3. pernah mengalami radang pelvis
4. pernah mendapat rawatan kesuburan
5. mengamalkan IUD
6. merokok

GEJALA
1. pendarahan kecil (yg disangkakan period). kalau pendarahan terlalu banyak, boleh sebabkan pening2, lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang, sakit belakang & boleh pengsan!
2. sakit yg teruk pada bahagian bawah perut
3. sakit pada bahu
4. boleh jugak mengalami tanda2 seperti pegnen biasa (pening, loya, muntah)

RAWATAN
1. kalau dikesan pada peringkat awal, methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya & membiarkan badan menyerapnya secara semulajadi
2. kalau kandungan dah besar, pembedahan la jawabnya & perlu dilakukan serta merta sbb boleh sebabkan kematian kalau lambat dirawat

(utk info lanjut, rajin2 la meng'google')

5.30 petang, member mesej..
pembedahan dah selesai.. alhamdulillah..
kandungan dia yang dah mempunyai kapilari darah melekat pada tiub fallopia..
maka tiub fallopia tu terpaksa dibuang..

pnAA percaya, ada hikmah disebalik apa yg Allah dah rancang untuk kita..
mana tau lepas ni member pnAA tu dapat anak kembor pulak ke..
atau pun kalau takde rezeki itu, maybe Dia bagi rezeki cara lain, kan?
so, jangan SEDIH2 ok!! (utk sahabatku itu)
kuatkan SEMANGAT & SABAR..


wallahu'alam...



Saturday, August 28, 2010

Al-Hafiz

assalamu'alaikum..

baru2 ni sorang member pnAA tepek gambo dia & suami bergambo dengan adik Muhammad Ahmad Zahid..
ala.. adik muhammad yg menang naib johan akademi al-quran tu..
adik muhammad yg 'bang' kat tv9 tu..
nona (tv3) ntah berapa minggu lepas pon ada kuor citer pasal dia..
ayah adik muhammad ni kata, dia berharap ada seorang ulama' dalam keluarga depa..

pnAA memang tabik amat la kat adik sorang ni..
dah la hafal al-quran, terer pulak qiraat, taranum bagai..
sekolah rendah lagi dah jadi imam solat tarawih kat masjid..
sejuk perut mak dia.. bertuah.. bertuah..

ok, abeh bab adik muhammad..
ekceli pnAA nak share pasal maahad/pusat tahfiz..
tempat di mana penghafaz2 al-quran diproduksikan..
rasa2nya, dolu orang pandang lekeh @ tak berapa nak pandang sekolah2 tahfiz ni.. kan? kan?
kengkononnya, belajor kat sekolah tahfiz, masa depan tak ke mana..

pnAA ada 2 orang kaum kerabat yang belajor kat sekolah tahfiz..
sorang belajor kat dalam negara..
dah la bab2 agama sukses dengan warna-warni yg berterbangan with flying colours..
spm pon dapat 9A..
science stream yer kalian!!
tercekik pnAA masa mula2 dapat tau..
memang superb!!

yang sorang lagi masuk sekolah tahfiz kat timur tengah nun..
masuk sejak umor 13 tahun lagi..
balik2 mesia, kena amek spm balik..
dah la takde basic apa2..
kena belajor dari mula..
bukan belajor 5 tahun yer, 1 tahun aje..
& alhamdulillah yang ni pun power jugak, dapat 8A..

hhmmm camane la depa ni bulih buat..
aper la rahsia nya..
mungkin ramai lagi budak2 pusat tahfiz yang sukses mcm depa..
so, pada yang pandang bebudak tahfiz @ pusat tahfiz ni sebelah mata, ubah lah persepsi anda..
mereka ni lah generasi yg 'berguna'..



wallahu'alam.....

Wednesday, August 25, 2010

Masam Manis Ramadhan

assalamu'alaikum...

sapa tgk citer ni angkat kening!!!
pnAA tgk citer ni baru 3 episod..
sbb tak tau akan kewujudannya..
kira, byk episod jugak yg pnAA missed soru..

1st time tgk pun sebab 'ter'tengok..
biasanya siang2 hari, pnAA dok layan tenet..
nak jadi citer, hari tu, 'ter'bukak tv.. maka, layankan aje..

citernya biasa2 aje.. macam drama2 lain jugak..
citer pasal kehidupan..
tentang famili, bukan pasal korporat bisnes juta2..
citer yg logik, bukan ngarut2..
tapi yang bess nya, yg pnAA suka, citer ni 2 in 1, menggabungkan drama & masakan..
lain daripada yg lain..
skrg ni pnAA gigih menengok balik episod2 lepas kat TV3..

ni pulak ada satu lagi citer.. Ular Emas..
citer ni bersiaran sebelum citer Masam Manis Ramadhan..
pnAA tak tengok pon..
tgk kat ujung2 mentara tunggu Masam Manis Ramadhan..
tapi pnAA tersuka pulak kat lagu tema citer nih..
jom layan & hayati..

KUASA ILAHI by SULIS



wallahu'alam.....

Tuesday, July 20, 2010

I'm Back!!

assalamu'alaikum...
pnAA sudah kembali..
sebulan tak jenguk FB & blog, banyak yg ketinggalan..

blog kengkawan pon baru nak lompat satu-satu..
tapi ada dua blog yg buat pnAA geram..
satu, blog diyaluna..
baru je nak baca, dia auto refresh..
baru sampai 3 baris, dia auto refresh balik..
sampai ke sudah canggitu.. hangin giler!
makanya tak dapatla pnAA baca dah.. uwwaaaa...

lagi satu, blog tokey ubat sorang ni..
baru nak bukak entry dia, blog tu dah tutup..
rupanya dah ada blog baru pulak, yg entah ke berapa..
konon-kononnya ada krisis identiti..
nasihat pnAA, kalau dah ada blog baru, jangan la tutup blog lama yg pnAA tak dan baca lg..
kalau pnAA dah abeh baca semua skali, baru cheq tutup no..
lepaih tu, tolong la carik kat kedai cheq tu ubat mujarab untuk penyakit cheq tu..
nak kata pemalu atau penakut, takkan dulu selamba & berani jahit langsir kat belakang kelas time cikgu ngajor kat depan, kan? kan? opppsss...


Saturday, January 2, 2010

2010 vs 1431

baru 2 hari kita melangkah ke tahun 2010..
dan sudah 16 hari kita berada di permulaan tahun hijrah..

seperti yg pnAA tuleh pd status dlm FB,
"2010 lebih dialu-alukan drpd 1431"

tiap kali nak masuk tahun baru,
ramai drpd kita pasang azam.. azam baru..
azam nak kurus, azam nak rajin, azam nak kaya dan macam2 azam lg lah..

opp.. opp.. pnAA xde masalah dgn azam di tahun baru..
berazam tu satu perkara yg bagus..

pnAA sedikit kesal dgn cara kita menyambut tahun baru..
walaupun jarak antara tahun baru hijrah & tahun baru masihi lbh kurang 2 minggu shj,
tapi cara sambutannya amat berbeza..

kalau kita tengok berita di TV,
sambutan tahun baru 2010 disambut di merata-rata tempat..
kat dataran merdeka shj, hampir 20000 manusia yg dtg..
dan percayalah, majoriti pengunjung adalah melayu..
sambutan diselitkan pula dgn konsert2 itu ini..

kebetulan pd tgh malam yg sama,
berlaku fenomena gerhana bulan..
dan masjid negara telah mengatur program2 bersempena fenomena yg jarang2 berlaku ni..
berapa ramaikah yg hadir? hanya 1500..

sebenarnya kalian, ini lah yg yahudi mahu..
supaya orang melayu hilang kemelayuannya..
supaya orang islam terhakis keislamannya..

begitu juga dengan sambutan maal hijrah..
anak2 muda mahupun org2 tua tidak 'terasa' akan kedatangannya..
alhamdulillah & syukur, pnAA masih 'ingat' lg pd doa akhir tahun & doa awal tahun..

jd, dikesempatan ini,
sama2 lah kita beringat..
agenda yahudi tidak dtg terang-terangan..
dan sama2 lah kita menjaga sedikit 'budaya' yg ada dalam islam..
semoga 1432 akan dtg kita imarahkan dengan sebaiknya..


Thursday, December 31, 2009

Selamat Pengantin Baru

rasanya belum terlambat lagi utk ucapkan selamat pengantin baru..
jadi dikesempatan ni, pnAA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yg mengingati & sudi menjemput pnAA sekeluarga ke majlis bersejarah kalian..

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU kepada..
  • Nurul Alyani & pasangan (USM)
  • Amrul Fazle & pasangan (member baik tnA)
  • Mohd. Ahzar & Hamidah (sepupu pnAA)
  • Maisaroh & pasangan (Chung Hua Miri)
  • Noriana & pasangan (Chung Hua Miri)
  • Nuhairiah & pasangan (Chung Hua Miri)
  • Sharifah & pasangan (Chung Hua Miri)
  • Firdaus Bt Tahir & pasangan (Ta'ayah)
  • Norharlinawati & pasangan (Ta'ayah)
  • Nor Zameera & pasangan (Ta'ayah)
  • Zaihasra & pasangan (Ta'ayah)
  • Jamaliah & pasangan (DPLI UTM)
  • Azua & pasangan (kawan main kecik2)

mana yg sempat kami pergi, kami pergi..

mana yg kami x sempat pergi, mintak maap byk2, kami susun sepuluh jari..

kami doakan kalian berbahagia dengan ikatan yg dibina & berkekalan hingga hujung nyawa hendaknya, insyaAllah.. selamat menempuh alam baru..

Monday, November 16, 2009

saya akan update blog

mentang2 ler blog pnAA ni dh bersawang & berhabuk..
trus en zura mengomen..

buat en zura yg rindu pd sy..
yg bertanye2..
bile sy nk update blog..
hah ni sy akan mule publish entry balik..
jgn muntah2 sudah..


Wednesday, September 30, 2009

Kelas Kek & Coklat

entry ni amnya utk sesapa saje..
dan khasnya utk kakikecil...
kot2 la berminat nak pegi..

byk kelas2 kek & coklat yg ade di luar sana..
& ade yg buat kelas hias kek shj..
& ade yg buat kelas coklat shj..

tp ni list web/blog kelas2 yg pnAA suke..
sbb depa ade buat dua2 kelas yg pnAA nak (kek&coklat)
pnAA suka kelas yg x ramai org.. dlm 5-6org ok la..

1. jalan bukit keramat, KL
2. bandar baru bangi
3. perda, bukit mertajam
4. selayang

5. batu caves
yg ni pnAA suke jugak sbb macam2 ada (tp kelas coklat xde) & rega kelas yg sangat la murah dibandingkan dgn kelas2 org len..

Tuesday, July 21, 2009

Di Mana Dia?

lama x dengar berita pasal dia..
amat lama x jumpa dia..
ke mana agaknya menghilangnya dia??

suhana binti masni..
mula2 kenal masa matrik kuala pilah.. rakan sebilik..
lebih dikenali dengan panggilan 'wok'..

jodoh kami panjang, kami jumpa lg kat 'u'..
kebetulan jumpa kat R&R Juru masa hari pendaftaran usm..

masa kat 'u' wok rajin 'bermalam' kat bilik pnAA.. yg m'jadikan kami lebih rapat..
kengkononnye mintak tunjuk ajar ttg programming.. yg pnAA pun bukan reti sgt sbnrnya..
sambil2 tu menge'pow' mntk belanja itu ini..

masa kat 'u' wok tak pakai handphone.. sampai la dia grad..
sbb tu mmg susah nak saling mengontek..
akhirnya terus los kontek mcm tu je..

pnAA hanya ada alamat rumah wok shj.. rumah wok kat hutan melintang..
masa pnAA nk kawen, pnAA hntr kad dgn harapan wok masih tinggal kat rumah yg sama & boleh la jumpa.. tapi tak dapat apa2 berita jugak..

mcm2 berita yg pnAA dpt drpd kengkawan yg kenal wok..
ada yg kata, wok kerja kat jusco melaka..
ada yg kata, wok dah kawin dgn lelaki yg lebih berusia..
wallahu'alam..
yg pasti, semua org tertanya2 pasal wok.. dan tak seorg pn tau pasal wok..

pnAA berharap sgt dpt jumpa wok..
kalau2 ada sesiapa yg kenal dgn wok atau tahu apa2 berita ttg wok, harap dpt hubungi pnAA..