Friday, February 26, 2010

Bihun Sup

entri ni sepatutnye di publish sebulan lepas, 26 januari..
tp disebabkan gambor ada dlm hp adik ipor, agak lambat sket nak 'proses'..
di tambah faktor kesibukan trafik a.k.a kemalasan.. ya ampuun..

menu ni pnAA buat kat umah mertua..
sempena 'kawan' adik nak dtg umah 'kenal2'..
mak mintak pnAA bertindak sebagai chef-yg-xde-pembantu pd hari tu memandangkan mak ada appointment kat spital & adik sibuk nak amek 'jemputan'..

dari pagi, buat julung2 kalinya pnAA pegi pasar kat simpang kuala..
beli segala macam bahan yg nak digunakan..
sbb abah x boleh nak pi beli brg2 pagi tu, ada urusan kat skolah..
riso jugak nak masak dalam skala org-jual-kat-pasar-malam ni..
besa kan buat utk makan2 senirik aje..


bahan2:-

Bahan A (Bihun)

  • rendam bihun sampai agak2 lembut. kemudian celur.

Bahan B (Sup)

  • Ayam (bhgn isi); rebus ayam sampai empuk & ketepikan.
  • 1 labu bawang besar (dimayang); tumis bawang sampai naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam tadi.
  • 6 kiub sup bunjut; masukkan kiub sup bunjut.
  • 6 kiub pati ayam; masukkan kiub pati ayam.

Bahan C (Bahan Perencah)

  • daun bawang (dihiris)
  • daun sup (dihiris)
  • taugeh (dicelur)
  • bawang goreng (beli kat kedai je..hiks)
  • ayam yg dah direbus tadi; disiat2

Bahan D (Sambal Kicap)

  • kicap
  • cili (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

haaa.. ni ropenye bahan perencah & sambal kicap sebelum dihidang chantek2..


ni pulak sup yg dibuat dlm periuk bessaarr punyer....

dan hari ni, sebulan slps 'kejadian' hari tu,
dan sempena maulidurrasul
dan sempena esok pnAA nak berangkat pulang dah,
mak abah request pnAA buat bihun sup ni lagi..
bile org request, maknanya sedap la kan.. kehkehkeh..
maka, pnAA pun masak la lagi skali..
bezanya, x payah pegi pasar senirik..
masak dalam periuk kecik aje..


wallahu'alam...

Wednesday, February 24, 2010

Rujukan Solat Jamak & Qasar

dalam 2 minggu ni, pnAA dok pikior
camne nak solat masa travel dgn zulfa nanti (27/2/10 ni)
sblm2 ni x jd masalah sbb ada tnA skali..
boleh gilir2 solat & gilir2 jaga zulfa..
tp kali ni terpaksa balik ber2 aje..

problemnya bermula camni..
pnAA akan berlepas dari aloq staq kul 3.20ptg..
jd, sempat le nak zohor kat umah..
sampai klia 4.30ptg..
maka, kena solat asar kat sana..
haa tu yg jd masalah nya..
sapa nak jaga zulfa klu pnAA solat..
abeh tu camno??

yg pnAA terpikior hanya satu solusi..
buat jamak taqdim kat epot aloq staq (maknanya dah kuar drpd umah)
sbb masa tu, mak, abah, adik ipor leh jaga zulfa..

tp smlm saja2 la google..
dan dapat lagi satu solusi yg mmg btul2 memudahkan & menyenangkan ati pnAA..
pnAA boleh buat jamak taqdim kat umah aje..
betapa 'mudah' nya islam dgn rukhsah2 mcm ni..
penjelasan & dalil leh tgk kat sini

blog ni boleh dijadikan salah satu rujukan utk solat jamak/qasar (ada jugak yg lain2)
selain rujukan buku2 @ pandangan yg lebih arif



Wallahu'alam...