Wednesday, March 23, 2011

Kehamilan Ektopik

assalamu'alaikum..

8.00 pagi smlm pnAA dapat mesej daripada member-susah-senang kat USM dulu..
ada berita gembira & ada berita duka..
berita gembiranya ialah dia pegnen 2 bulan (anak ke-2)..
tapi malangnya disusuli pulak dengan berita duka iaitu kandungannya di luar rahim..

terkejut!! lepas baca je mesej tu, terus pnAA tipon dia untuk tau lebih lanjut..
rupanya dia akan menjalani pembedahan sekejap lagi..
tak dan bercakap lama, ada la dalam 2 minit, si firas meragam..
maka, pnAA terpaksa berhenti sembang, bagi firas nenen & tido dulu..

9.30 pagi pnAA tipon dia balik..
rupanya dia tengah tunggu masa untuk dibedah.. operation akan mula pukul 10.00 pagi..
pnAA sangkakan dia akan dibedah petang jap lagi ker..
pnAA tanya apa punca dia mengalami kehamilan luar rahim..
sempat berseloroh dia jawab "doktor kata, ikut nasib"..
dalam kepala otak pnAA berpikir, boleh pulak doktor bagi jawapan yang tak meyakinkan canggini..
tak nak mengganggu emosi member, pnAA tak cakap lama..
cuma berpesan, jangan risau & pnAA doakan dia selamat menjalani pembedahan..

pnAA memang penah dengar pasal kehamilan luar rahim ni..
tapi tak tau & tak penah nak amek tau lebih lanjut..
bila dah jadi macam ni, baru sibuk nak amek tau..
then pnAA google pasal kehamilan luar rahim @ kehamilan ektopik..

ini kesimpulan daripada apa yg pnAA dapat..
(sila jangan amek mudah lepas ni ye pnAA!!)

PUNCA / RISIKO
1. jangkitan kuman di sekitar pelvis yang akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia
2. sejarah; pernah mengalami kehamilan ektopik sebelumnya
3. pernah mengalami radang pelvis
4. pernah mendapat rawatan kesuburan
5. mengamalkan IUD
6. merokok

GEJALA
1. pendarahan kecil (yg disangkakan period). kalau pendarahan terlalu banyak, boleh sebabkan pening2, lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang, sakit belakang & boleh pengsan!
2. sakit yg teruk pada bahagian bawah perut
3. sakit pada bahu
4. boleh jugak mengalami tanda2 seperti pegnen biasa (pening, loya, muntah)

RAWATAN
1. kalau dikesan pada peringkat awal, methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya & membiarkan badan menyerapnya secara semulajadi
2. kalau kandungan dah besar, pembedahan la jawabnya & perlu dilakukan serta merta sbb boleh sebabkan kematian kalau lambat dirawat

(utk info lanjut, rajin2 la meng'google')

5.30 petang, member mesej..
pembedahan dah selesai.. alhamdulillah..
kandungan dia yang dah mempunyai kapilari darah melekat pada tiub fallopia..
maka tiub fallopia tu terpaksa dibuang..

pnAA percaya, ada hikmah disebalik apa yg Allah dah rancang untuk kita..
mana tau lepas ni member pnAA tu dapat anak kembor pulak ke..
atau pun kalau takde rezeki itu, maybe Dia bagi rezeki cara lain, kan?
so, jangan SEDIH2 ok!! (utk sahabatku itu)
kuatkan SEMANGAT & SABAR..


wallahu'alam...



Tuesday, March 22, 2011

Firas Berperisa Strawberi

assalamu'alaikum...

selepas 2 kali ke spital & poliklinik minggu lepas, batuk & selsema firas tak hilang2 jugak..
sebab mengikut kata doktor, memang takde ubat batuk/selsema untuk baby..
walaupun batuk & selsema firas takde la teruk sangat, tapi telah menyebabkan dia tak berapa selera nak makan..
pikir punya pikir, pnAA teringatkan vicks untuk budak..
maka, kami pun singgah beli kat farmasi..

ini la rupa balm nya..
rega asal RM 8.95, member price RM 8..

balm ni ada bau stoberi..
wangi je bila dah sapu kat firas..
sedangkan bau mashem pun sedap digomol2, inikan pulak berbau 'manis'..
setakat hari ni, lepas guna balm ni, alhamdulillah selsema & batuk dia berkurang..

so, kalau ada anak2 kecik yang batuk & selsema, boleh la ikhtiar guna balm ni..
insyaAllah mujarab (agak2 nak tak kampeni ni amek pnAA jadi jurucakap depa?).. ngee..


wallahu'alam...



Wednesday, March 16, 2011

Kali Pertama Iker Tak Sihat

assalamualaikum..

pnAA baru je balik daripada spital miri..
angah firas tak sihat.. ni first time dia tak sehat..
tapi takde la teruk sgt pun..

dari semalam lagi angah batuk2 lepas dia makan sponge pada kusyen yg koyak.. (span berjaya dikeluarkan)
pnAA sangkakan maybe ada saki baki dalam mulut, tu yang dia still batuk2..

tapi hari ni batuk dia lebih kerap.. plus berkahak sket..
kalau nangeh, siap kuar mukus2 jernih dari hidung..
tapi badan dia tak panas.. tahap ligat pun maintain macam biasa..
cuma dia tak lalu makan.. hari ni makan 2 suap je..
smlm dah la makan sekali..
nasib la susu badan dia mau..

risau pulak pnAA..
maka, lepas maghrib tadi, kami tiga beranak terhencot2 pegi spital..
pnAA tak penah lagi drive memalam dgn firas & zulfa..
sebabnya kami takde car seat, sbb mmg tak diperlukan pun..
maklom la, biasanya tnA yang drive, pnAA pegang firas..
ooo lupa nak khabo..
tnA takde.. dari sabtu lepas dia pegi kapit (9 jam dari miri)..
bawak budak2 KRS bercamping..
cikgu lain seronok berehat2 dgn femli cuti seminggu, dia semangat masuk hutan seminggu..
esok malam baru sampai umah..

dah cek kondisi firas, takde apa2.. alhamdulillah..
panas badan pun tak, lelah pun tak..
MA just bagi ubat yang hanya makan kalo2 badan firas panas..

pnAA berpikir2, apa la nak bg firas mamam nih? seharian tak mamam..
biasanya dia mamam bubur nasik..
pnAA teringatkan RUSK..
bukan apa, firas kan tengah galak dok masuk apa-sahaja-barang-yg-dijumpai ke dalam mulut..
maka, kami terus pegi Merdeka Mall, cari barang & pulang (cantik tak pantun tak lengkap nih.. ngeh ngeh)

sampai umah, bagi la firas pegang rusk tu..
ni pun first time dia makan benda ni..
guess what??
hhhmmm..
habeh di mamam sampai menjilat siku..
ok la, habeh jugak..
dia mamam jugak samting hari ni..
ummi & zulfa mamam apa pulak??
malam ni kami mamam....
homemade western food.. hi hi..

wallahu'alam


Tuesday, March 15, 2011

BF & Best Friend

assalamualaikum..

dah 6 bulan lebih tak update blog..
blog kengkawan pun tak dan nak singgah..
sejak beranak 2 ni, payah nak fokus dok berjam2 dpn laptop mengarang entry..
macam mana la agaknya kak sitisifir boleh berblog walopon beranak 5?
pnAA boleh ngadap laptop bila tnA pegi sekolah aje..
dan dia balik umah, mmg takde chan la walopon nak klik Ctrl, Alt, Shift sekalipun..
makanya, siang2 hari je la time yang boleh layan tenet..
masa tu jugak la nak suruh mesin membasuh kain, sapu rumah yang tetiap hari bersepah, jadi chef..
masa tu jugak la anak yang kecik merengek, yang besor mengemas baju2 dalam almari, membedakkan tv, macam2 lagi lah..
dah la zon depa tak sama.. sorang malam, sorang siang..
memang tak sempat pnAA nak 'mengayat'..
jadi, kepada semua member2 yang sudi membaca tulisan pnAA ni, ampun maap dipinta..

okeh, berbalik pada tajuk..
sekali tgk, macam entry kpd blog anak dara..
yang benarnya...

setelah 7 bulan setengah menyusukan angah@firas@iker,
pagi tadi, time nak solat subuh, 'best friend' pnAA datang dari congo (ngee.. budak taayah klu tak phm, mmg nak kena luku)..
perasaan time tu, macam terkujat pun ado..
maklom la, dekat2 setahun setengah mmbr ni tak datang melawat..
pnAA sebenornya dalam marathon untuk menutup lubang 30 hari..
kalau sempat sampai maghrib, hari ni hari yang ke24..
maka, marathon terhenti sbb lampu merah..

sebelum ni pnAA tertanya2 jugak, "bila la mmbr ni nak dtg?"
kalo mengikut apa yg pnAA tau,
best friend kaum hawa ni akan berehat at least 6 bulan bagi mak2 yang menyusukan anak sepenuhnya..
& ada jugak mmbr pnAA yang 'bersih' lebih daripada setahun (krn menyusukan)..
mmg terbaek punya family planning kan!!

oklah, pnAA stop dulu..
ada time, boleh mengayat lagi..

wassalam...