Bismillahirrahmanirrahim.....
assalamu'alaikum.....
dah setahun rupanya tak menulis..
dulu mula2 menulis pun sebab anak..
sekarang, teringat nak menulis balik pun sebab anak..
harapnya entry ni boleh jadi kenang-kenangan & 10 ke 20 tahun lagi, boleh tunjuk kat anak2 yang ummi depa ada
bakat menulis tentang depa..
rasanya ramai yang dah tau puanAA baru je selamat melahirkan anak keempat..
alhamdulillah, baby gegurl..
19 ogos 2013, pukul 6:08pagi, 2.51kg..
yang paling 'seronok' & terharu sebab tuanA 'terlibat' dari mula..
maklom la, sebelum2ni (
kelahiran Along,
kelahiran Angah &
kelahiran Alang) puanAA bersalin kat semenanjung ataupun tuanA ader keje..
kali ni, tuanA yang hantar kat hospital, tunggu sampai puanAA selamat bersalin, mengiqamatkan kat baby & uruskan uri..
ini ler anak pertama yang tuanA iqamatkan..
ini ler anak pertama yang buat tuanA jadi orang pertama yang tengok dia lepas2 kuar daripada labour room..
tengkiu huni.. ai lap yu lah!!
ekceli, pregnant kali ni memang 'eksiden'..
kami 'plan' nak dapat anak 2tahun sorang..
Along mei 2008, Angah julai 2010, Alang mei 2012..
kengkononnye anak yg seterusnya mei 2014 ler..
tapi Allah sebaik-baik perancang..
alkesahnye canggini..
masa umur Alang Razin 5bulan (Oktober 2012), puanAA sakit kat bahagian ari2..
puanAA suspek prolapse (rahim jatuh)..
ingat nak pegi urut..
atas nasihat kengkawan, depa suruh cek kat klinik dulu mana tau bukan prolapse..
makanya, puanAA pegi la klinik untuk scan..
memang bukan prolapse, tapi ader cyst sebesor 1.8cm..
doktor tu suruh puanAA datang cek balik lagi 2minggu..
nak tengok either cyst tu membesor atau tak..
kalau membesor, maka kena la operet..
dipendekkan citer, puanAA cuba try minum cocoa collagen power plus..
katanya boleh hilangkan cyst..
tak lama lepas tu, keluar darah berhari-hari..
sampai next appointment, puanAA pegi la klinik tu balik..
cek2, cyst tu dah takde.. alhamdulillah, syukur sesangat time tu..
sebenornyer puanAA tak sedar & tak tahu yang puanAA pregnant..
hujung tahun 2012, puanAA balik semenanjung sebab adik ipar kahwin..
puanAA hentam air berkarbonat dekat 2 botol besor..
puanAA makan jugak tapai, dan macam2 benda yang sepatutnya orang pregnant kena elak makan..
sampai la bulan 2(februari) 2013, puanAA rasa lain macam..
buat pregnancy test, rupa-rupanya positif..
masa tu memang tak percaya sangat2..
tak boleh terima pun ader..
punya la pikir, macam mana boleh pregnant? bila datang period?
last2 teringat balik kat proses buang cyst tu..
rupa2nya, ia adalah 'proses' datang bulan..
memang tak sangka sebab masa tu puanAA masih fully breastfeed si Alang yg baru 5bulan..
cepat betul datang period..
mungkin sebab minum ccpp tu kot, wallahu'alam..
sedangkan masa Angah dulu, umur dia 1tahun 2bulan baru period puanAA datang..
bila ingat2 balik, macam2 yang dah puanAA tak sepatutnya makan..
mujur la tak jadi aper2 kat kandungan tu..
maka, secara 'tidak sengaja' itulah bermulanya episod I Am Number Four ini..
perjalanan 9bulan 10hari kali ni macam biasa2 jugak..
cuma ader satu masalah sebab puanAA tak ingat tarikh datang period tu..
maklom la, kan puanAA ingat itu proses buang cyst, so takde la nak catat tarikhnyer..
sebab tu bila orang tanya "bila due?", susah puanAA nak jawab..
maka penyelesaiannya, puanAA pegi klinik tadi untuk cek tarikh..
berdasarkan rekod, mula2 puanAA pegi untuk scan, 15 oktober (dapat tau ader cyst)..
kali kedua scan, 6 november (cyst dah takde)..
maknanya dalam tempoh tu period datang..
maka, kalau ikut calculation, puanAA punya edd berkemungkinan daripada 28 julai 2013 hingga 8 ogos 2013..
tapi klinik punya scan lain pulak tarikhnya..
sampai 3 kali puanAA kena scan sebabnya tarikh lain2..
sekejap 27/8, sekejap 5/9, sekejap 13/9..
kalau ikut agakkan period pulak, hujung bulan julai atau awal bulan 8..
haa tak ke haru? mana satu yang boleh pakai?
puanAA harap biar ler baby kuar bulan 7..
at least ader gak geng dengan Angah Firas..
maklom la, Angah Firas je bulan 7, yang lelain semua bulan 5..
puanAA stand by untuk 27/7 (sama beday dengan Angah)..
tapi takde rezeki nak sama..
28/7 (ikut kemungkinan period), tak kuar jugak..
puanAA masih berharap untuk bersalin bulan julai, punya la tunggu sampai detik 12tengah malam 31/7..
pun tak keluar jugak..
habis je bulan julai, dah tak 'mengharap' dah bila tarikh dia nak kuar..
okeh, sekarang tunggu sampai edd ikut kemungkinan period (8/8-hari raya)..
pun tak keluar jugak..
sempat la sambut raya, pegi beraya, pegi open house bagai..
beruntung la jugak dapat bersalin lepas raya..
hentam makan macam2 dulu sebelum pantang nanti..
maknanya, calculation puanAA tak boleh pakai..
puanAA sebenornyer lebih 'percaya' dengan tarikh yang puanAA kira sendiri iaitu berdasarkan period puanAA, bukan scan kat klinik..
sebabnya, Angah & Alang lahir cun2 on time ikut edd period..
tapi kali ni, lain pulak..
dengan itu, puanAA kena 'percaya' dengan edd scan iaitu 27/8..
dipendekkan citer, puanAA lalui hari2 macam biasa sampailah 18/8 (ahad)..
malam tu puanAA tido kan anak
& diri sendiri awal..
kan esok isnin, hari pertama bukak sekolah lepas cuti panjang, cuti raya..
pukul 9++ abang puanAA tipon..
lepas tu terasa sakit macam contraction..
puanAA tengok henfon utk tau selang masanya..
mula2 4minit, then 5minit, 7minit..
hhmm belum nak bersalin lagi ni..
false alarm je tu..
lepas tu terus tak boleh tido..
puanAA keluar dari bilik, sembang2 dengan tuanA, sampai la hilang rasa sakit tu..
bgtau kat tuanA, "dulu Alang jadi camni gak (false alarm), seminggu lepas tu baru kuor"..
so, memang lebih kurang ler dengan edd scan klinik tu..
then dalam 11++ masuk tido balik..
jam menunjukkan pukul 3++ pagi..
kedengaran bunyi hujan amat lebat di luar membuatkan saya terjaga daripada lena..
heheh lama tak buat karangan pmr..
jaga2 terus sakit balik macam tadi..
tengok lagi henfon..
selang masa lebih kurang macam tadi jugak..
4 minit, 5minit, 6minit..
tapi sakitnya lebih sikit daripada tadi..
pikir punya pikir, puanAA decided nak pegi hospital, takut kalau2 jadi benda yang tak elok..
tengah siap2 nak ke hospital, si Angah & Alang jaga..
macam biasa la, depa nak ikut sama..
lepas peluk cium depa, terus kuar & tinggalkan depa dengan mak abah kat umah..
4.30pagi sampai hospital..
cek bukaan dah 4cm..
sempat jumpa tuanA & tuanA cakap "kata lagi seminggu?"..
hehehe, nak buat lagu mana, DIA punya kuasa..
dok lat labour room, sakit contraction biasa2 jer..
tepat 6.00pagi, doktor pecahkan ketuban..
puanAA sedia maklom, kalau lepas2 pecah ketuban je, sakitnya memang hanya Allah jer la yang tau..
& lepas pecah ketuban je, tak lama lepas tu bersalin la jawabnye..
kononnye puanAA nak mesej la kat tuanA, nak bgtau yang ketuban dah pecah..
tapi sakit yang amat sangat sampai terketor-ketor pegang henfon..
sakit tak tahan dah, terus panggil nurse..
doktor pun cek, memang kepala dah nak kuor..
doktor suruh teran..
dengan satu nafas, dengan sekali teran, keluar la Achik, anakanda keempat kami..
8 minit selepas air ketuban dipecahkan..
sejurus selepas achik kuor, puanAA sempat sms kat tuanA yang puanAA dah bersalin..
tuanA pulak tanya, "laki ke pompuan?"
masa tu depa belum 'tunjuk' baby kat puanAA, maka tak dapat reply sms tuanA tu..
lepas selesai jahit baru puanAA bgtau yg achik ni baby girl..
setakat bersalin keempat2 anak ni, melalui pengalaman puanAA,
apa yang puanAA rasa, sakit kontraksi, sakit meneran, tak boleh lawan dengan sakit masa jahit..
tapi masa Along & Angah, sakit jahit tak sesakit jahit bersalinkan Alang & Achik ni..
apa2pun, selepas sakit2 semua tu, semuanya hilang bila anak dah diletak atas dada..
momen paling bernilai yang Allah bagi pada ibu selepas melahirkan..
hadiah paling berharga yang Allah bagi kepada bayi melalui ibunya iaitu kolostrum..
dah selesai nurse jahit, puanAA tunggu untuk achik disiapkan..
dok atas stretcher sempat update kat fesbuk..
sempat mesej2 kat sedara-mara..
akhirnya, puanAA bersama-sama Achik dibawa ke wad diiringi oleh tuanA..
begitulah kisah kelahiran I Am Number Four ni..
semoga Achik membesar dengan sihat dan sempurna..
berkati, rahmati & permudahkanlah perjalanan hidupnya Ya Allah..
amin ya rabbal 'alamin..
wallahu'alam.....