Tuesday, June 15, 2010

RFC

assalamu'alaikum..

sempena empat tahun aku terima nikahnya itu hari,
sebelah malamnya, kami selebret (bukan selebet ok) kat RFC dgn mertua kat aloq staq..
first time merasa..
tapi kami takde kad ahli HPA..
ada diskaun @ dapat point agaknya kot..


orang kata sedap..
maka pnAA pun oder la yg jenih herb..
tapi tak rasa langsung ke'herb'annya..
pnAA rasa jugak burger sambal depa..
haaa yg ni baru mabeles!!
lagi, yg sedap, sos depa & cola depa..
secara keseluruhan, dari segi rasa, pnAA bagi sederhana aje..
lain orang, lain tekak..
so, sindri rasa la yer..

nyum nyum



makan tak toleh2 dah..

zulfa sempat main kat situ



Wednesday, June 9, 2010

Empat Tahun Sudah...

assalamu'alaikum..

2 jun 2010 genaplah ulangtahun "aku terima nikahnya" kami yang ke empat..
kejap je rasanya..

02/06/2006 kami diijabkabulkan kat umah pnAA kat tanjung malim, selepas isyak..
masa tu tnA kerja kat pulau tuba, langkawi sebagai trainer, wilderness centre..
kerja ni menuntut tnA berada kat pulau tuba 5 hari seminggu..
weekend baru dapat jejak tanah langkawi..
makanya, pnAA dok dengan mertua kat aloq staq..
bermulalah episod hubungan jarak jauh kami..

10/2006 tnA dapat keje kat airfoil services, shah alam..
& diberitahu hujung tahun 2006, kilang tu akan pindah & mula beroperasi kat kota damansara..
kami putuskan untuk tempoh 2bulan, tnA dok dgn bebudak bujang dulu sampai hujung tahun & pnAA dok kat tanjung malim memandangkan payah nanti nak pindah2 banyak kali..
makanya, PJJ lagi..
kononnya, kami akan dok sama kat kota damansara nanti laa..
sekali, hujung tahun tu, kampeni kata, bahagian tnA akan pindah bulan april 2007.. pulak...
pikir punya pikir, kami cari umah sewa kat putra height untuk dok sama..
sepanjang dok kat sini, pnAA mmg boring amat..
tp yang bes nye, pertama, boleh dikatakan hari2 tak payah masak sbb tnA bawak balik makanan dari tempat keje..
makanan tu free je utk staf & selalu byk lebih..
daripada membazir, tnA bawak balik.. hihi..
ehhh ni bukan cilok tau.. mmg kampeni soh amek kalau ada lebih..
yg kedua, gaji keje kat kampeni ni waktu tu mmg bes giler la.. lebih kurang cam gaji cecikgu pedalaman sabah/s'wak..
disebabkan itulah hutang piutang kami dapat disetelkan.. alhamdulillah..

01/2007 baru tinggal sebumbung lebih kurang 1 bulan, tnA dapat pulak ofer DPLI kat UTM, skudai..
sekali lagi kami PJJ.. pnAA dok balik kat tanjung malim..
tnA balik time cuti2 sem je..

08/2007 tnA buat praktikal kat sungai mati, muar untuk 3 bulan..
kami buat keputusan untuk dok sama..
alhamdulillah, masa dok kat sini pnAA disahkan mengandung..

itulah serba sedikit kronologi perjalanan hidup kami di awal2 hidup bersama..
pejam celik pejam celik, empat tahun dah rupanya..
pnAA berdoa agar hubungan kami ini berkekalan hingga hujung nyawa..
moga hubungan kami dilimpahi mawaddah wa rahmah..
amin ya rabbal alamin...

buat suami yang dikasihi..


Balik Kampong

assalamu'alaikum...

dah seminggu lebih kat kg, umah mertua..
tapi blog tak berhapdet2..
asal nak upload gambor jer, tenet buat hal.. haisshhh..
memula tu fb pun dirasakan macam segan2 nak berfungsi..
sudahnya pnAA pun segan nak jenguk fb..

n3 kali ni nak citer pasal aktiviti sepanjang hari kami naik belon, 30 mei..
lepas subuh; basuh kain & kemas umah sket2 sblm balik.. zulfa dah jaga sejak subuh jugak..
9.00 pagi; tlg tnA marking jawapan bebudak.. ponin palo den..
10.00 pagi; membungkus segala macam barang2 yg nak di bawak balik kampong..
11.30 pagi; masak..
lps masak, siap2 mandi, solat zohor & makan..
2.15 petang; pegi airport & check in.. airport dgn umah tak sampai 10menet..
2.45 petang; dah setel check in, amek mmbr tnA kat kem & trus gi pekan, nak beli barang sket..
3.15 petang; pegi airport balik.. serahkan keta kat mmbr tnA tadi.. mmg keta selalu ditinggalkan dgn dia kalau kami balik semenanjung..
3.50 petang; masuk dalam belon.. macam besa, kami masuk dulu sbb yg berpemli diutamakan..
4.20 petang; belon naik.. on time!

ingatkan sepanjang perjalanan 2 jam lebih ni zulfa akan tido, sbb dia dah bangun awal giler pagi tadi..
skali dia segor jer, takde tanda2 nak tido..
kali ni kami request makanan budak utk zulfa.. org kata sedap..
sblm2 ni utk zulfa kami amek makanan sama yg org dewasa makan..

ni la makanan zulfa kali ni..

bun manis, butter, mufin pisang, buah, agar2, air kotak, pasta

zulfa mencincang2 agar2..

ni makanan org tua pulak..

nasik putih + ayam masak tomyam

nasik goreng ayam merah

ni pemandangan dekat2 nak landing, dlm pukul 6.10 petang..




sampai klia, sempat solat asar..
flight ke aloq staq pukul 7.55 malam..
masa mundar mandir menunggu tu, terserempak dgn eric deco deco deco yg baru kuor toilet..
pehtu terserempak pulak dgn ust. abdul hadi awang..
pukul 7.30 masuk belon & kali ni pun on time jugak..
alhamdulillah, zulfa tido jugak akhirnya, btoi2 masa take off..
hhhmm jadi la, 45 menet tido..


sampai aloq staq dlm kul 9 malam..
alhamdulillah, perjalanan kali ni zulfa tak banyak ragamnya.. sket2 je..
& pnAA pun takde masalah telinga yg teruk macam sebelum ni..
& takde jugak masalah pada perut boyot yang dikendong..


Monday, May 24, 2010

Warga MEI Menyambut Harijadi

assalamualaikum..

alhamdulillah, 22 mei ritu selesai sudah sesi potong potong potong kek..
sempena beday tnA, pnAA & zulfa..

pnAA sebnornye lebih teruja nk citer pasal kek nye..
kek ni pnAA oder dari Ma Baker..
salah satu kedai kek HALAL kat sini..
tapi kek2 kat sini mahal la sket berbanding kat semenanjung..
cthnye kalau kek kami ni, setengah kilo je RM39.. (biasa kita akan beli 1kg la kan)
kek secret recipe pun sekilo RM75..
kalau kek span biasa pulak, setengah kilo RM28..
tp takpelahkan, bukan selalu beli kek2 nih..
setahun sekali jer..

ini la kek nya..


isi dalam kek ni soft coklat (kata org kedai tu la)..
sekeliling kek ni eskrem coklat..
pagar, lingkaran yg meliuk lentok & bulat2 tu coklat perasa badam..
bulat2 kaler putih tu rasa oren..
bunga2 & 'love' tu rasa manis..
2 biji buah cermai disalut pemanis kaler kuning..
pokok & bear tak bulih makan yer..
mmg sedap giler kek nih..
berbaloi2 beli..

gambo2 lain pnAA tempek kat fesbuk..
kan dah kata nk citer pasal kek je.. hihih..

lasli, SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
buat suami tercinta Amri bin Azmi & anakanda tersayang Azhan Zulfa An-Najla..



uuppsss gambor ni agak blur, fotografer dah mintak maap atas ketidak-pro-an nya..
maap atas pemandangan yg kurang menarik, baju bergantung2 iteww..
jiran2 pun tak kesah, so yuoll pun patutnya tak kesah la kan.. hihi..
maklom la, musim hujan..

lupa nk bgtau, Tudung Ika yg pnAA pakai tu adalah hadiah spesel drpd tokey Butik Khazis..
butik ni ada juai tudung, baju kurung, kain pasang & baju pesen korea..
tq veli much cik wilda.. suka amat..
ekceli tudung tu nk pakai dgn baju satu lg yg mmg matching amat..
skali baju tu membuatkan ai nmpk lebih seksi.. awww..
maklom la mak buyung..
so, pkai dgn baju ni yg masih lg leh pakai takat ni..
tq skali lagi..


Thursday, May 20, 2010

Vaksin H1n1 : Perlu @ Tak?

assalamu'alaikum..


semalam pnAA gi klinik, rutin bulanan..
misi tu ofer vaksin h1n1..
katanya vaksin ni, setakat ini, hanya open utk staf hospital/klinik & mak2 buyung aje..
org lain tak boleh lg dapat vaksin ni..
kalau pnAA nak amek, kene isi form..
pnAA kata "nanti pikir dulu lah"

bukan apa, sebelum ni penah dgr citer..
lebih kurang gini la citer nye secara ringkas..
h1n1 ni sebenornya adalah satu agenda yg dah dirancang laaaammaaa sudah oleh barat..
virus ni dah dicipta zaman dolu2 & vaksin pun dah siap ada dolu2 jugak..
kes h1n1 yg mula tahun lepas tu adalah utk 'test'..
utk menimbulkan suasana panik seluruh dunia..
utk menunjukkan kebergantungan kita pd depa (vaksin)..
vaksin yg dicipta tu telah diletakkan microchip..
microchip tu bertujuan utk menjejak Imam Mahdi melalui DNA..
wallahu'alam..

kita org pompuan ni (pnAA la tu) jarang nak amek tau 'benda2' berat mcm ni..
cthnya pasal new world order.. freemason.. sejarah2 donia.. asal usul sebnor melayu.. citer dajjal.. dll..
tp pnAA xpe, mujor la ada tnA yg rajin folo blog2 sedemikian rupa & bercerita kpd pnAA..
at least tau la jugak sket2..
rupanya byk benda yg pnAA tak tau (yg tak amek tau).. byk benda yg tersembunyi kat dunia ni..

ok, balik pada topik,
jadi, perlu ke tak, nak amek vaksin h1n1 ni?
lps ni nak google lagi pasal vaksin ni utk jawapan muktamad..



Tuesday, May 18, 2010

Western Food

assalamu'alaikum..

tetengah syok tgk tv tgh malam, skali perut kruk-krak-kruk-krak..
bgtau kat tnA, dia kata "burger kan ada"..
maka tangah malam buta tu dapur berasap..

menunya....


1. burger ayam
    isinya pnAA boh bawang, carrot, timun, sos cili, mayo.. ni je yg ada dlm peti ais..
    kalo ada 'cis' lg sedap kan?
    rotinya tu ekceli bukan le roti burger betol.. tu bun biasa.. x jumpa roti burger kat sini.. huhu..

2. fries
3. sup ayam segera
  
set ni pnAA juai rm6.90 tak masuk gomen tax.. hihi..

p/s: menu ni tak le berapa elok diamalkan selalu..
espeseli bg mak2 buyung..
& jangan la contohi tabiat makan lewat malam ini yer..



Miri City Fan

assalamu'alaikum...

minggu lepas kami gi sevey tempat nk wat acara potong2 kek..
dijadualkan nak buat 22 mei ni yg jatuh pd hari lahir tnA..
antara tmpt2 yg disenarai pendek ialah
1. Taman Awam Miri
2. Luak Esplanade
3. Marina Bay
4. Miri City Fan

maleh nak buat kat umah..
saja nk amek angin luor..
ekceli maleh nak mengemas bg umah lawo2 seblom & selepas umah bersepah2..
tp semenjak dua menjak ni asal petang je hujan..
hmmm.. nk kene wat kat umah jugak ke?

ni gambo sekitar Miri City Fan.. 1st time kami sampai sini..
hari2 lalu tapi tak dan singgah..

ada grup yg tgh bersenamrobik

zulfa yg takut ayor


dinding yg bercerita





Miri City Fan ni tempat rekreasi @ beriadah..
lot parking keta mmg banyak..
tapi takde pondok rehat @ sekurang2nya meja..
cam tak bes pulak potong kek atas lantai @ rumput..

hmmm.. nampaknya sini tak seswai..


Friday, May 14, 2010

Import Blog

assalamu'alaikum..

awal tahun ritu pnAA set kat fesbuk utk import nota drpd blog alifkhamsa ni..
tapi bulan lepaih (april), pnAA peratikan fesbuk dah tak import n3 blog ni lagi..
sebab apa pun tak tau..
n3 terakhir yg diimpot bertajuk 'Hadiah Terbaik' ..
maka, pnAA buat repot kat fesbuk.. tp tak dapek respon papepon..

pikir punye pikir,
pnAA rasa ada satu cara paling senang.. reset balik..(bg org yg tak reti ini la ye)
pnAA delete link ke blog yg sedia ada tu, logout, login semula & letak link ke blog balik..
wah! mmg menjadi..
fesbuk import balik n3 drpd blog ni..
tp masalahnya, n3-n3 yg lama, bermula daripada n3 'hadiah terbaik' & yg sebelum2nya, tak masuk pulak..

jadi, kalau ada sesapa yg tau camne nk import sumer n3-n3 tu balik, tlg bgtau ek..
bkn apa, pnAA import blog tu pun sbb requested drpd sorg dua sedara mara..
depa nk folo blog pnAA ikut fesbuk..


Wednesday, May 12, 2010

Momen Melahirkan Along

assalamu'alaikum..

ok, ni n3 sambungan lagi..
lepas citer panjang pasal pengalaman mengandungkan zulfa, skrg nak citer pasal pengalaman melahirkan pulak..

kalau ikut kiraan manual, edd pnAA 13/05/08 (sama beday la dgn pnAA)..
kalau ikut scan pulak, edd pada 14/05..

pnAA cadang bersalin kat ipoh.. sbb kat ipoh kakak ipor leh tlg jaga..
maka pada 06/05, kak fiza (kakak ipor) datang amek pnAA & ayah..
sepanjang menunggu hari, takde rasa sakit atau tanda apa2 pun..
tanda2 dah dekat nak bersalin ada 3; air ketuban pecah, turun darah, sakit daripada pinggang dibawak ke perut seolah2 menegang..

dipendekkan citer, hari sabtu malam (10/05), pnAA tgk ANTM marathon daripada tengah malam sampai la ke pagi ahad (11/05)..
kira mmg tak tido la malam tu..
lepas solat subuh, ingat nak tido la..
skali tetiba rasa sakit perut.. dan sakitnya datang dalam selang 15 menet..
masa tu tak terpikir pun false alarm ke ape ke.. (lagipun time tu pnAA mmg tak penah tau pun pasal false alarm)
yang tau, rasa sakit!! terus bgtau kak fiza & dia terus suruh siap2 nak gi spital..
maka ayah & abang chor sume kelam kabut..
kak fiza gerak nana & anas (masa tu sorg 10thn, sorg lg 6thn), maklom la pagi lagi time tu, depa tgh sedap tido.. bgtau kitorg nak gi spital, suruh depa dok umah dulu..

sampai spital, time kuor keta ada sorg misi ofer wheelchair..
kak fiza tanya, "larat jalan tak?"
pnAA boleh jalan lg.. sbb kata kak fiza, berjalan akan buat baby senang sket kuor..
setibanya kat kaunter, pnAA bagi la kad merah tu.. & depa suruh duduk dulu..
masa tu rasa sakit tak la berapa sakit..

'bilik' kaunter tu hanya mak2 yg nak bersalin je boleh masuk.. so pemli pnAA tunggu kat luor..
dalam bilik kaunter tu ada satu sudut yang ditutup dengan langsir penghadang..
ada 2 katil kat situ, satu diisi, satu lagi kosong..
kat sebelah pnAA sorg pompuan cina dah siap pakai uniform nak bersalin..
pnAA tgk air ketuban dia dah pecah sbb bangku yang dia duduk tu memang basah..
terpikir jugak "aku tak pecah ketuban lg.. belum nak meletop lg kot"
tetiba suami pompuan cina tu datang bawak makanan nk bg kat bini dia..
skali misi cakap, tak boleh bg makanan tu, masuk2 je kat sini, takde makanan dibenarkan dibawak masuk..
laki tu bgtau yg bini dia tak makan apa lagi dari tadi.. tp misi tu cakap mmg tak boleh!
terus pnAA rasa riso.. "aku pun tak makan apa2 jugak.. dah la tak tido langsung.. larat ke nak teran nanti? macam mana ni?.. ermm takpe lah, lps ni kuor la gi kantin spital, makan dulu"
yg ada kat tangan pnAA masa tu hanya purse & henfon aje..
beg baju dll sume ada kat pemli yg tunggu kat luor..

lepas timbang berat (63kg masa tu), pnAA disuruh naik kat atas katil kosong kat 'bilik' kaunter tu..
pehtu datang sorg misi & sorg dokter muda cina yg ensem sambil cek2 laporan pnAA..
kan org kata, kalau nak anak comey, slalu la tgk org2 yg comey jugak.. tetambah time2 dah nak bersalin nih kan.. hihihi..
pehtu terpikir, tak nak aahh mcm cina, mata sepet.. huhu..

ok, balik pada citer, misi tu pasang amende ntah & lilit kat perut pnAA.. pehtu kuor la kertas panjang2 tuleh graf ape pun tak tau la..
lama jugak pnAA dok atas katil tu..
pehtu dokter cek bukaan rahim.. masa tu dah bukak 4cm..
bila dah setel urusan kat atas katil tu, misi bagi kat pnAA uniform..
pnAA boleh tanya "nak tukar skrg ke?"
misi tu pun jawab, "eh ye la.. nak bersalin dah ni.."
sori la misi, ai kan 1st timer.. huhu..
misi tunjuk toilet, kelam kabut pegi tukor baju mengenangkan ayat "nak bersalin dah ni" tadi..
sambil dalam hati, "betul ke ni? due ada 2-3 hari lagi" mmg tak pecaya.. tak jumpa pemli lg ni, camna? dah la satu apa pun takde kat pnAA..

lepas salin baju, misi bawak gi satu bilik..
bilik tu ialah bilik menunggu sebelum dibawak ke labor room..
ada 10 katil kat situ.. 5 katil mengadap 5 katil..
pnAA diberi katil no5 (mmg my lucky nomo la agaknya).. katil hujung..
katil no1(sebaris dgn pnAA) dah ada org tp 'berkandang' dgn langsir..
katil no6(berdepan dgn katil no1) ada sorg pompuan cina..
pompuan kat katil no1 tu beberapa kali mintak nak teran kat misi.. sbb tak tahan sakit..
sampaikan misi tinggi suara sket la, marah kat dia, tak boleh teran lg sbb bukaan dia baru 5cm..
dia kejap2 jerit2, sebut 'Allah'.. dll..

tetiba dtg misi bg kat pnAA beg barang & satu botol mineral..
botol tu diisi air rebusan genggam fatimah..
kata org, minum air ni, cepat rahim terbukak..
tapi genggam fatimah ni kena rebus betul2 time org tu dah nk b'salin supaya rahim tak terbukak sebelum waktunya & kena jemur sebaik shj org tu bersalin.. (wallahu'alam).. pnAA pun minum la sket2 seteguk2..
then datang 2 org doktor india laki & pompuan.. cek lg repot pnAA & pasang lagi benda lilit kat perut tu..
dokter tanya "baby kat bawah ke (normal)".. mana la pnAA tau!!
dokter tu kata xde rekod tuleh kedudukan baby pnAA dalam buku merah tu..
patutnya dah tuleh masa scan minggu ke 36 ritu.. maybe dokter yg scan dulu tu lupa nk tuleh kot..
depa kata, kena scan skali lg.. alhamdulillah, lepas scan, baby tak songsang.. berpeluang bersalin normal..
then dokter pompuan tu kata nak pecahkan ketuban pnAA.. dia pun cucuk la.. xde la sakit pun..
tapi lepas2 cucuk je, mencurah2 air kuor ala2 kencing atas katil gitu..
lepas tu bermula la kontraksi.. pnAA tak larat nak baring.. duduk kurang sket sakitnya..
dokter tadi bgtau yg jantung baby pnAA dah ok..
ooo itu la guna benda alah yg melilit kat perut tuh..
depa kata memula tadi jantung baby pnAA tak berapa ok, tu yg pasang kali kedua & alhamdulillah, bacaannya ok dah..
lepas tu mcm besa la kena cucuk drip, pakai tag segala..

pompuan kat katil no1 tu dah xde, dibawak ke labor room..
pompuan cina katil no6 tu bersembang2 dgn sorg dokter cina..
dia tunjuk2 balang air besor bawah katil dia & dokter tu seolah2 cakap "tak boleh minum byk air" kot (pd pemahaman pnAA yg tak paham bahasa depa ni, tak tau la betoi ke idak.. hihi)
hadoihh.. camne pulak ni, pnAA dah minum air genggam fatimah tu dah nk dekat abeh.. mmg x leh minum air ke time2 canggini..
org2 kat dalam bilik menunggu tu silih berganti..
dengar2, labor room penuh hari ni..
lebih kurang kul 2ptg, sorg misi india tanya pada tiap org sama ada nak cucuk ubat tahan sakit..
pnAA tanya dia, ubat tahan sakit ni tahan berapa lama? katanya, ubat ni bukan la bg hilang sakit sepenuhnya, cuma bg kita lali sket..
emmm, pnAA pikir sakit mmg sakit tp leh tahan lg, so tak payah lah..
misi tu mcm terkejot.. 2 kali dia tanya, betul ke x nak?
pnAA tanya lagi, bukaan rahim ni bukak habis (10cm) berapa lama utk anak sulung?
dia kata ikut individu, ada yg bukak 1cm sejam, ada yg sejam pun tak berganjak bukaannya..

kemudian misi bawak sorg kakak kat sebelah pnAA (katil no4)..
pnAA sembang2 dgn dia..
dia bakal melahirkan anak keenam..
dia tanya pnAA, anak keberapa? pnAA jawab la sulung..
dia kata, pnAA mcm relax je.. tak nampak muka riso.. padahal dia anak yg nomo 6 pun ada rasa takut lagi..
ingat kawan2, kita kena olweys positif.. jgn pikir sgt pasal sakit.. kdg2 semua tu mainan minda & emosi je..

dalam pukul 2.30, shift misi india tadi tu diganti dgn misi melayu..
pnAA dengar dia bgtau pd misi melayu tu yg pnAA tak amek ubat tahan sakit..
skali lagi, misi melayu tu pun terkejut siap dia tanya pnAA apsal x nak..
dalam 10-15 menet lepas tu, sakit pnAA mmg tak tertahan2 sgt dah..
trus mintak cucuk.. & lepas cucuk tu, pnAA ngantuk sampai tertido..

tgh sedap dok lena, tetiba dtg sakit yg amat.. rasa nak teran..
pnAA terus panggil misi bgtau nak teran padahal tak tau pun lg camne bukaan rahim..
misi tu terus tarik langsir penghadang katil pnAA & cek..
pnAA tak dibawak ke labor room katanya labor room penuh & org2 yg berisiko je yg akan diutamakan bersalin kat sana..dia bg satu jarum lagi, katanya utk teran..
dia kata dah nmpk kepala.. & dia suruh teran..
terus terang cakap, mmg masa tu tenaga x cukup..
kesan ubat tahan sakit tadi + tak makan apa2 seblum datang tadi..
mata mmg tak boleh bukak.. tp misi suruh teran..
pnAA cuba teran, then misi suruh mengiring utk senang baby kuor..
pnAA mengiring & teran.. bila dah kuor sikit, misi tu suruh baring elok2 balik & teran sekuat hati..
pnAA terus teran & alhamdullilah terasa 'benda' meluncur laju..
oh, anakku dah kuor rupanya.. jam 3.37 petang..
tak lama lepas tu, misi suruh teran skali lg utk kuorkan uri..
kali ni, teran tak sekuat hati mcm tadi & uri yg lengkap berjaya dikeluarkan..

lepas tu pnAA terus tanya misi "misi, laki ke pompuan?" dalam nada yg lemah+ngantuk..
misi tu kata "kejap ye" & kemudian bg baby pd pnAA..
itu la detik pnAA pegang anak sendiri.. mmg mcm tak percaya..
tgk2 gegirl.. agak kuciwa jugak time tu..
bukan sbb tak nak anak pompuan, sbb sebelum2 ni sumer org dah cakap anak pnAA ni laki, maka dah set kat minda yg anak ni laki.. maklom la, tak scan.. so, bila kuor, tu yg rasa sedikit kuciwa..
lepas tu misi teruskan kerja dia menjahit & pakaikan pad & salin kain pnAA..
sebelum jahit, kene cucuk bius sket..
sambil dia jahit, pnAA sempat borak2 tanya byk ke jahitan? bius ni tahan brp lama?
dia kata tak banyak & bius ni tahan seelok2 setel menjahit..
jahit tu tak la sakit pun, rasa mcm kena gigit semut je..
pnAA terpikir time tu, mcm ni je ke bersalin?
takde la sakit mana pun.. ni bukan ayat riak ye.. ni pengalaman pnAA..
mungkin berkat doa & selalu b'fikiran positif & tak memikirkan sgt pasal sakit..
lepas selesai sume, terus pnAA tertidor tak sedor apa sampai la kul 5++..

kul 5++ pnAA terjaga & tgk sebelah katil dah bertukar org.. pompuan india pulak kali ni..
dia kata masa pnAA bersalin td, dia dah ada kat sebelah..
dia kata yg pnAA bersalin tadi 'nampak' senang & cepat.. oh, ye ke?
pompuan cina kat katil no6 tadi masih ada lg..
yg ada kat situ cuma tiga org & betul2 1malaysia.. hihi..
tetiba pompuan cina tu tunjuk samting kat pintu.. (sbb dia menghadap pintu tu)..
pnAA tak paham apa2 sampai la 2 org misi tolak stretcher bawak ANAKKU..
alahai, dah siap dibersihkan & berbalut selimut..
depa suruh pnAA pindah daripada katil ke stretcher utk dibawak ke wad..
kebetulan time tu tnA pulak tipon..
maybe mmg dia nak jadi org pertama yg tahu anak dia dah selamat dilahirkan..
tnA tanya, "sakit tak?"
pnAA bgtau la, "sakit apenye.. bersalin dah pun, dpt baby girl"..
dia tak caya.. dia kata pnAA tipu sbb pnAA suka main2..
hot jugak time tu.. kita ckp betul2 dia tak caya pulak..
punya nak yakinkan dia, sampai misi tadi sound pnAA suruh sambung nanti..
yg perlu dibuat skrg ialah pnAA perlu mengesot ke stretcher sebelah..
depa tak tlg angkatkan ye kawan2.. kita kena move sindri.. katanya utk biasakan diri kita ala2 berdikari gitu..
sakitnya masa nak move tu tuhan je la yg tau..

rupanya sebelum tnA tipon pnAA, dia dah tipon kak fiza dulu..
kak fiza & abg chor masa tu on de way nak balik umah solat asar & mandi2..
ayah je yg tunggu kat spital time tu..
kak fiza pun bgtau la pnAA tak bersalin lagi.. sbb tiap kali lepas mak2 bersalin, nama mak akan dipaparkan kat LCD skrin.. nama pnAA lom 'naik' lagi..
lps tipon kak fiza, tu yang tnA tipon pnAA pulak..
alih2 pnAA bgtau yg pnAA dah bersalin dah.. tu yg dia kompius tuh..
lps dia tau yg pnAA dah bersalin dah, dia tipon balik kak fiza bgtau yg pnAA dah bersalin..
kak fiza & abg chor pun terkejut.. depa siap2 & bawak skali nana&anas gi spital sama..

balik pada citer, misi 2 org tu pun tolak pnAA ke wad..
depa tanya ada GL tak? pnAA bgtau ada pada pemli..
so, depa singgah jap kat ruang menunggu tu sambil jerit panggil nama pnAA utk cari pemli pnAA..
2-3 kali jugak misi tu panggil, takde sapa pun.. heran jugak pnAA waktu tu.. mana pegi my pemli?
kemudian nampak ayah datang diiringi sorg laki (tak kenal) bawak beg..
rupa2nya ayah eksaited dgr nama pnAA, trus berlari sampai lupa beg tu..hihi.. mujor la laki tu tlg bawakkan.. klu tak, tertinggal je la beg tu kat situ sampai sudah..
kemudian nampak mata ayah merah tgk anak bongsunya selamat melahirkan cucu dia yg ketiga..
depa tanya pasal GL & ayah bgtau GL tu tak boleh pakai sebab tnA belum sah jawatan.. baru gred DC..
GL gred DC tu hanya sah utk kegunaan tnA sorg je.. bila dpt DG baru sah utk sepemli..
maka pnAA ditempatkan kat wad kelas 3..

ayah iqamatkan zulfa..
tak lama lepas tu abg chor sampai..
kak fiza kata muka pnAA pucat giler.. tak nampak mcm pnAA..
habeh waktu melawat, tinggal la pnAA sorg 'belajor' menguruskan anak..
nasib baik ada mak2 lain, leh intai2.. hihi..
misi2 pun banyak membantu..
ni la bagusnya bersalin kat Hospital Rakan Bayi..
mak & baby 'diperdulikan'.. dipantau & diajor menyusukan anak (bg mak2 baru)..
Hospital Rakan Bayi mmg tak benarkan kita bawak botol susu, puting, susu formula..
hanya menggalakkan brestfeeding & kat hospital rakan bayi, mak & anak tak 'dipisahkan'..
bila zulfa start melalak, trus panik.. apa nak buat ni? camne nk bg dia stop melalak? bila pikir2 balik, lawak pun ada.. pengalaman pertama menguruskan baby.. huhu..

waktu melawat malam, pemli pnAA datang lagi..
kak fiza bancuh milo dalam flask & bg biskut empat segi..
masa tu, cicah biskut+milo kul 2-3 pagi rasa sedap yang amat.. seolah2 itu la makanan paling sedap di abad ini.. betul cakap, mmg tgh2 penat, takde selera, makanan2 canggitu je yg tekak paling suka..

kak fiza bgtau, pemli mertua pnAA on de way dari aloq staq..
depa akan tido kat hotel dekat2 spital.. hotel fairpark..
keesokan harinya, pagi2 lg sorg dokter datang cek tetiap mak & baby..
alhamdulillah, pnAA & baby sume ok, dan boleh discaj..
tengahari tu, time melawat, sume pemli datang & pnAA & zulfa pun dibawak balik ke rumah..

Azhan Zulfa An-Najla selamat dilahirkan pada 11 MEI 2008 jam 3.37 petang di Hospital Ipoh..
kebetulan, 11mei tu hari ibu..

ini la pengalaman pnAA melahirkan zulfa..
yg pd pendapat pnAA, kelahiran yg dipermudahkan olehNya..
mudah2an kelahiran anak2 yg seterusnya pun pnAA harap 'sesenang' melahirkan zulfa, amin...



Tuesday, May 11, 2010

9 Bulan Mengandungkan Along

Assalamu'alaikum..

n3 ni adalah n3 menunaikan janji (seperti mana yg dijanjikan dlm n3 sebelum ni).. huhu..
nak citer sket pengalaman mengandungkan Along..

pnAA disahkan mengandung masa kami dok kat sungai mati, muar, johor..
tnA menjalani praktikal latihan mengajor kat sana 3 bulan..
itulah kali kedua kami tinggal sebumbung utk tempoh yg lama..
sbb sebelum2 tu kami pun PJJ jugak.. kerana masalah tempat kerja..

waktu tu bulan puasa..
seminggu sebelum tu, mmg pnAA ada muntah, sekali..
tapi tak syak apa2 sbb plus cirit-birit..
so, pnAA anggap salah makan la kot..
pastu, minggu seterusnya muntah sekali lagi..
hari tu mmg penat yang amat.. badan lembik semacam je.. maybe sbb bulan posa kot..
bila tnA balik dari skolah, dia ajak pegi klinik..
akhirnya dapat tahu yg pnAA pegnan..
MA kat situ ucapla tahniah & tnA kata timekasih..
tp pnAA macam blur giler.. terkesima kat situ..
MA tu pun agaknya leh perasan yg pnAA mcm bengong2 sket.. mmg sesuatu yg tak dijangka..
daripada klinik tu, tnA ajak terus ke bazar ramadan..
tak payah masak katanya (yuuhaa!!) sbb tgk pnAA mcm tak larat je..

sepanjang 9 bulan
januari 2008 tnA dapat porting ke miri..
pnAA tak ikut sbb masa tu pnAA dah 5 bulan..
kalau pnAA ikut pun, dapat dok sama 2 bulan je sbb lepas drpd tu tak boleh naik flight balik semenanjung dah..
so, kami pikir biorlah tnA dok dgn budak2 bujang dulu sampai pnAA datang miri.. leh jugak jimat duit..
maklom la, sewa umah kat sini paling murah rm500 (bertuah kalau dapat)..
umah bujang yg tnA sewa tu rm600, dok berempat.. kan byk dah boleh jimat.. hihi..
maka, sekali lagi kami PJJ.. pnAA dok tanjung malim dgn ayah.. tq byk2 ayah sbb jaga Lee..

sepanjang mengandungkan zulfa, alhamdulillah takde yg buruk2 @ pelik2 berlaku..
muntah2 pun boleh dibilang dgn jari .. mmg takde alahan yg dasat2..
maybe sbb pnAA dah telan ubat muntah (dokter bagi) masa sahur & muntah2 ni kalau tak silap pnAA jadi dalam sebulan lebih je, itu pun bukan hari2.. syukur sgt2..

bab makan, pnAA suka makan yg pedas2..
selera makan, toksah cakap la, selalu 100%..
sbb tu membesor dgn jayanya..
pnAA byk makan sayor hijo espeseli brokoli sbb penah sekali HB dpt 11(blum bahaya lg pun)..
tp sbg langkah berjaga2, sediakan payung sblm hujan..
buah2 pulak mmg santapan wajib..
pnAA minum ovaltine tetiap ptg..
pnAA saja compare'kan nutrition info antara ovaltine, milo, vico..
bg pnAA, ovaltine mcm ok sket.. (sila jgn terpengaruh, ini adalah pandangan bukan pakar & takde tauliah pon ye)
teh, kopi, neskopi, air gas mmg x sentuh langsung!! meggi, junk foods, fast foods pun tak makan!!
tetiap mlm pulak minum anmum perisa coklat (maklom la, ai x lalu susu original)..
kira kesimpulannya, bab makan mmg tip top la..
sume yg berkhasiat & memenuhi gizi seimbang (agaknye la kot-pd pandangan pnAA)..
tq ayah utk sume sayur2an, buah2an, lauk-pauk (bahan mentah) yg ayah beli kat market.. (bukan beli makanan siap ye, masak kat umah laa..)

bab suplemen, sepanjang pegnan, pnAA makan CNI royal jelly..
kakak ipor yg sajes.. utk kesihatan mak & anak katanye..
oklah, pnAA try aje.. dan alhamdulillah maybe berkat makan royal jelly ni,
pnAA mmg olweys bertenaga.. tido siang mmg jarang la..
dan ubat2 yg dapat kat klinik mmg pnAA telan sampai ke sudah..
ada org kata, ubat klinik tu makan sampai 7@8 bulan je sbb takut nnt baby besor, payah nak bersalin nnt.. wallahu'alam..

bab amalan masa pegnan pulak, pnAA rasa, sama mcm yg mak2 lain amalkan..
khatamkan quran seberapa byk yg boleh, selalu sembang2 dgn baby & usap2 perut dan banyakkan membaca.. (maybe mak2 lain ada amalkan benda2 lain lg)..
setiap hujung minggu pnAA akan tipon tnA.. pastu letak gagang kat pewot, bg tnA cakap2 dgn baby..
bgtau kat baby yg bapak die jauh, keje.. so, baby kena berdikari.. bla bla bla..

tiap minggu bermula minggu ke 20 (sbb time tu baby dah boleh mula mendengor) pnAA akan ajor baby tentang ilmu tauhid, feqah dll..
cthnya minggu 20 citer pasal rukun islam, minggu 21 citer pasal rukun iman pertama dan seterusnya..
sepanjang minggu tu, tetiap hari citer benda yg sama..
kira skrip dah boleh hapai la..
kalau rukun iman tu ada nasyid yg bersesuaian, so nyanyikan sekali..
cthnya, utk rukun iman percaya kpd Allah, pnAA nasyidkan asma ul-husna & sifat 20..
kalau rukun iman percaya kepada malaikat, pnAA nasyidkan nama2 malaikat yg pnAA belajor masa tadika dolu..
tetiap minggu kena ajor apa yg dah pnAA rancang sampai la bercerita kisah2 tauladan/sirah, ajor ABC & ali ba ta..
pnAA tak reti nk ajor yg berat2 macam mak2 lain.. ini je yg termampu dek akal..

tetiap malam jumaat pulak, pnAA akan sampaikan pesan pnAA pd baby..
ada 5 pesanan sumenya..
1) jadi muslim yg beriman & bertaqwa. takut kpd Allah dgn melaksanakan suruhanNya & meninggaklan laranganNya
2) jadi insan yg berilmu pengetahuan luas & berkemahiran
3) jadi insan yg berakhlak mulia dgn mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w
4) suka menolong org lain yg memerlukan bantuan tak kira bantuan kewangan, tenaga, buah fikiran
5) bisnes minded
tiap satu pesanan tu akan pnAA eksplen, huraikan kebaikan & kenapa pnAA nak dia jd canggitu..
mudah2an pesanan ni akan 'didengari' olehnya & dipraktikkan bila dia besor nnt, amin....
pnAA jugak tak lupa doa yg baik2 utk baby, doa bagi mudahkan bersalin dan yg seangkatan dengannya..

ini la yg pnAA amalkan masa pegnan..
kalau mak2 lain ada cadangan amalan2 masa pegnan, kongsi2 la dgn pnAA..
mana yg boleh pnAA buat, akan pnAA praktik utk anak2 akan dtg.. (anak2 tuuu.. heheh)

masa zulfa dalam perut, kami bahasakan diri dia ALONG sejak dari mula..
mmg la dah ada simpan nama utk laki & pompuan, tp kami tak tau jantina..
pnAA mmg tak scan jantina baby dalam perut pun dulu..
makanya, skrg kami panggil dia Along..

berciter pasal jantina, ramai yg kata baby pnAA nnt laki..
kalau ikut tanda-tanda jantina anak pun, mmg byk menyebelahi lelaki..
cuma kakak ipor pnAA kata gegirl sbb pnAA rajin buat kuih..
agaknya sbb seblom2 ni pnAA jarang buat kuih, tu yg bila sesekali buat kuih dah org labelkan rajin.. hihi
tapi masa dok kat muar mmg pnAA rajin baca buku2 resepi.. siap scan lg sbb maleh menyalin..
kat taman perumahan kami dok dolu tu ada mini library..
kalau ada masa kami gi lepak sana baca2 apa yg nak baca..
tp kebanyakan yg gi library tu budak2 skolah rendah (sedih jugak, library dah dekat dgn umah, tp xde org dewasa pun yg dtg)..
selalunya mmg kami berdua je yg dewasa + adik jaga library tu.. tp ok la, sbb takde saingan utk berebut buku2 utk org tua.. heheh..

utk pengetahuan yuoll, pnAA hanya beli 2 buku ttg pegnancy..
mmg tak penah terpikir pun majalah pa&ma (apsal ek?)..
tak penah beli langsung!! besanya mak2 yg pegnan akan beli pa&ma utk rujukan, kan?..
pnAA banyak google maklumat kat tenet..
disebabkan pc kat umah tak boleh guna walopun tenet ada, terpaksa la gi cc..
cc tu kat dalam kawasan mesjid.. walopun ade beberapa je pc nya & environment tak ekslusif pun, tp pnAA selesa kat ctu..
lagipun murah & senang nak park keta..
pnAA pegi dgn ayah.. sambil pnAA layan tenet, ayah dok dlm mesjid.. besanya pnAA pegi 2 minggu sekali.. mana yg penting2 pnAA print..
nasib baik time tu lom ada lg fesbuk kan.. klu tak, mau hari2 gi cc.. hihi..

sepanjang pegnan jugak, emosi pnAA jarang tak stabil walopun berjauhan dgn tnA terchenta..
pnAA mmg byk pikir yg positif (betoi!! alhamdulillah)..
pnAA jarang marah2 (ye la, nk marah kat sapa kan?) , jarang mengeluh..
bukan apa, takut nnt bagi kesan tak elok kat baby nnt..

cuti skolah seminggu bulan 3 (pnAA 7bulan ++), tnA balik semenanjung..
tu je la time tnA tgk keadaan mak buyung..
sempat la jugak merasa baby tendang2..
time tu kaki pnAA dah mula bengkak.. mmg bengkak giler sampai sume org heran..
org kata, byk ayor..
klu duduk tgk tv, mmg letak kotak kat depan & pnAA lunjurkan kaki..
masuk 8 bulan lebih, tak boleh sembahyang berdiri, terpaksa duduk atas kerusi sbb tak boleh nak duduk tahiyyat, kaki sakit yg amat!!

kalian, sume yg pnAA citer ni adalah benar, bukan utk menunjuk2..
mmg ini yg pnAA buat, yg pnAA amalkan, yg pnAA lalui..
kesimpulannya, sepanjang 9 bulan mengandungkan zulfa, mmg pnAA puas hati dgn pemakanan seharian, keadaan emosi/mental & amalan2 yg pnAA amalkan..
pnAA tau, mak2 lain tentu ada yg jauh lebih baik tentang apa yg dilakukan sepanjang pegnan contonye bersenam ke, byk bersedekah ke, mengajor ke, gi kelas2 apa2 ke dan lain2 lagi..
tapi pada kaca mata (chewah!) pnAA, pnAA rasa dah buat yg terbaik sepanjang tempoh tu & secara peribadi, pnAA bg GRED A utk pengalaman mengandungkan zulfa..

fuhhh... panjang giler!! rasanya cam tak seswai nak sambung pengalaman melahirkan zulfa kat sini..
insyaAllah entri seterusnya pulak ek..

memandangkan sekarang pnAA tengah mengandungkan Angah, insyaAllah akan ada entri pengalaman mengandungkan Angah pulak yg pada pendapat pnAA grednya tak sebagus Along.. kenapa?
nnt pnAA citer sbb skrg kita citer pasal yg diraikan dulu, si beday girl.. maka sume citer hari ni pasal dia.. huhu..


Azhan Zulfa An-Najla 2 Tahun

Myspace Comments
Happy Birthday Comments - 2.0 Myspace Layouts




assalamu'alaikum....


hari ni, 11 MEI, genap ulangtahun ke-2 anakanda tersayang, Azhan Zulfa An-Najla..
maka, menandakan blog pnAA pun genap setahun..
sempena 1 tahun usia blog ni, rasanya rumah ni pun perlu dicat baru..
dan pnAA telah pun selesai mengecat huhu..
inilah hasilnya..
yer tau, mmg pnAA tau!! mmg byk lg layout yg cantik tertarik menarik tp, apa nk buat, ai lebih tertarik pd my pebret kaler.. jgn mara aa...

ok, 2 hari lagi ulangtahun pnAA..
11 hari lagi ulangtahun tnA pulak..
(see, alifKHAMSA...)
2 bulan setengah drpd skrg, insyaAllah akan bertambah lagi sorg ahli dlm pemli kami..
ohho.. ini paling tak sabor..

sebelum2 ni pnAA tak penah lg kongsi2 tentang pengalaman pnAA sepanjang mengandungkan dan saat2 melahirkan zulfa..
mmg takde apa yg menarik pun.. biase2 aje..
cuma, bersempena ulangtahun kedua zulfa, saja pnAA nak bercerita..
mana tahu, boleh dijadikan tauladan atau sempadan bagi sesetengah org, kan?
pnAA akan berceloteh pasal pengalaman mengandungkan zulfa dlm entri seterusnya.. promis!!

buat anakanda zulfa,
selamat ulangtahun kedua sayang..
ummi & walid sayang Along..
jadilah anak yg solehah yang akan sentiasa mentaati suruhan Allah..
semoga anak ummi menjadi anak yang bijak & cerdik..
semoga anak ummi menjadi anak yang senang diasuh & dididik..
semoga anak ummi diberikan kesihatan yang baik..
semoga anak ummi sentiasa di bawah rahmahNya & sentiasa dilindungi olehNya..

ketahuilah duhai buah hati,
membesarkan Along mengajar ummi erti sabar..
menjadikan ummi lebih kuat setiap hari..
kehadiran Along menjadikan ummi lebih berilmu..
membuatkan ummi lebih pandang kedepan..
walaupun kerenah Along KADANG2 buat ummi & walid marah dan lelah,
tapi keletah Along SANGAT2 menceriakan dan membahagiakan ummi & walid dan ummi amat bangga..
ummi & walid akan cuba memberikan yang terbaik utk Along..
ummi & walid akan cuba menjadi yang terbaik utk Along..
segala yang baik daripada ummi & walid, Along jadikan tauladan..
segala kekurangan atau yg buruk daripada ummi & walid, Along buanglah jauh2..
ummi harap Along akan amalkan apa yg ummi pesan sejak dari Along dalam kandungan lagi..
dan ummi harap along tidak akan lupa mendoakan ummi & walid bila Along besar nanti..
selamat ulangtahun sayang..
kaulah penyeri hidup kami..
kaulah anugerah & amanah Allah yg terindah..
saaaaaaaaayyyaaaaannnggg Along... muah muah..


Wednesday, May 5, 2010

Gender Predictor

assalamu'alaikum..

pnAA baru menjenguk blog FT..
bukan, bukan Faizal Tahir.. 'adik' die, Firdaus Tahir.. heheh..
FT yg ini satu skolah menengah dgn pnAA.. mak & ayah dia pun mengajor kat sekolah pnAA jugak..

tgh dok belek2 blog tu skali ternampak link utk Gender Predictor..
maklom la, FT ni pun pegnan jugak & due dia pun sama bulan dgn pnAA cuma maybe awal sket..
hmm.. ok jugak klu try gender predictor ni.. bukan apa, saja suka2..

maka pnAA pun isi la form kat web tu & ini hasilnya..

Your Pregnancy Overview

Based On: Last Menstrual Period (October 20th, 2009)

You are 28 weeks and 1 day pregnant.

Only 11 weeks and 6 days left until your baby is born.

You are at your 3rd trimester.

183 days have passed from your LMP and 83 days are left until your due date (July 27th, 2010).

69% of your pregnancy is completed.

We have also calculated the Gender of Your Baby. Click Here to find out!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


skali kene bayor USD $ 19.95 daa.. huhu..
tunggu & lihat aje lah nnt..
tak pun nnt cuba try test google gender predictor yg FOC.. huhu
sekian..



Monday, May 3, 2010

Ayam 3 Rasa

assalamu'alaikum..

lama dah tak share menu.. huhu..
dalam erti kata lain mmg dah lama tak update blog.. ngeh ngeh..
ni menu semalam.. very de simple..
klu ikutkan bukannya 3 rasa..
ada 4 rasa.. manis, masam, masin, pedas..
tapi klu kat kedai2 @ restoren2, depa boh nama 3 rasa..
so, ikut je la nama glemer tu kan..

bahan2nya:
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • sos cili
  • sos tomato
  • isi ayam (dipotong dadu @ kecik2)
  • sayur campur (lobak merah, jagung, kacang pis)
  • garam
cara2nya:
  • tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau
  • masukkan sos cili & sos tomato ikut sukak berapa banyak mau
  • masukkan isi ayam
  • masukkan sayur campur
  • bila ayam dah masak & sayur dah lembut, masukkan garam secukup rasa


Sunday, May 2, 2010

Raise Your Child's Self-Esteem (Part II)

assalamualaikum...

sekali lg lama pnAA menyepi..
lama jugak gap antara part I dgn part II.. selama iron man 1 & iron man 2.. ehehe..
mmg mengalahkan author nye.. agak2nye, author ni abehkan menuleh satu buku ni pun tak selama gap yg pnAA buat.. huhu..
tp xpe, yg penting, ada sambungannya kan? (ayat pujuk hati sindri)

ok, kita sambung balik topik pengajian kita..

  • create a crystal ball collage. let your child fill it with pictures and stories about what he hopes his future will be
  • pull out a photo album filled with your child's baby pictures. tell him stories about when he was a baby. kan ke seronok mengimbau detik2 nostalgia bersama2..
  • talk out about your disagreements with your child. if you give her the silent treatment now, she's liable to give it back to you later. baru padan muka.. ehehe..
  • don't let your child go to bed angry with you @ thinking that you are angry with him
  • teach your child that all people are entitle to their points of view. depa punya point of view pun kita kena respect jugak
  • keep your child's secret kecuali kalau secret tu tak elok dari apa2 segi
  • always say "good bye" before you leave. jgn blah camtu je, nnt depa kecik hati
  • let your child cry if he needs to. depa kan budak2 lg
  • buat "I CAN" can. tiap kali anak masters a new skill, tuleh atas kertas & bubuh dlm can tu. lepas tu cek kandungan can tu dari semasa ke semasa. so, anak akan tau apa yg dia dah belajar
  • make a feelings chart. tiap hari, suruh  anak tanda apa perasaan depa & tanya kenapa
  • try not to bring your work home with you
  • carry a wallet-sized snapshot wherever you go
  • go for a walk and write a poem about your neighborhood
  • let your child push the button in the elevator
  • let your child tie your shoes @ zip your jacket dll
  • send care package to sleep-away camp. letak sekali special note
  • take a day off to go along on your child's class field trip
  • let your child have an extra dessert once in a while
  • listen to your child's favourite CD & try to like the music
  • have the sleepover at your house sometimes
ok, takat ni dulu.. to be continued..


 

Friday, April 2, 2010

Hadiah Terbaik

assalamu'alaikum...
pnAA terasa nak share petikan drpd emel yg pnAA dpt..
tentang hadiah terbaik..

HADIAH TERBAIK
kepada KAWAN ialah KESETIAAN
kepada MUSUH ialah KEMAAFAN
kepada MAJIKAN ialah KHIDMAT
kepada YANG MUDA ialah CONTOH/TAULADAN TERBAIK
kepada YANG TUA ialah HARGAI BUDI MEREKA
kepada PASANGAN ialah CINTA dan KEJUJURAN
kepada MANUSIA ialah KEBEBASAN


Wallahu'alam...

Friday, March 26, 2010

Raise Your Child's Self-Esteem! (Part 1)

assalamualaikum..
huhh lama dah tak berblog..
ada yang kata, zaman berblog dah berlalu, skrg zaman berfb..
atas alasan itulah pnAA dah lama tak update blog.. ehehe.. boleh terima tak?

pnAA skrg sedang gigih baca satu buku ni..
buku yang kecik-dan-dah-lama-beli ni tak dibaca2 pun..
buku ni datang dengan set2 yg kami beli drpd pakej Grolier..

pnAA tak sempat baca habeh lg..
maklom la bizi itu ini..
maka, pnAA copy share sket2 dulu yer.. pastu sindri elaborate & pikir la ek..
buku ni seswai utk mak2, bakal mak..
kenapa mak? sbb biasanya bapak2 x minat,x de masa byk tanggungjawab lain lg..
jadi, marilah kita bersama2 m'jadi mak2 yang 'berilmu' utk anak2 kita jugak..

tajuk: raise your child's self-esteem; 99 easy things to do
author: nancy krulik

" take the time to show your children how wonderful, unique, and special they are. be there for them through the good and the bad. be their cheerleader, teacher, and confidante. and show them that there is nothing you would rather do than be with them"

" if children only receive negative reinforcement, they won't think much of themselves. but if they get praise and encouragement often enough, they begin to develop a sense of pride in themselves that will sustain them for the rest of their lives"

  1. tell your child you love him at least once a day
  2. take your child's feelings seriously
  3. let your child know it's okay to make mistakes. macam la kite pun tak penah buat, kan..
  4. make a board game about your child's life (mark an accomplishment your child has made since he was born e.g; 1st time dia gelak, 1st time melukis conteng dinding etc)
  5. laugh at your child's jokes, walaupun kite tak paham papepun
  6. praise your child's effort, tak kesah la resultnye camne
  7. take your child's picture tym hari pertama sekolah tiap2 tahun
  8. encourage your child to ask questions & research the answers together yg kdg2 kite pun mmg tak tau jawapannye
  9. teach your child that "can't" is not forever. with a little hard work, your child will learn a new skill, and turn "i can't" into "i can"
  10. resist the urge to say "i told you so"
  11. pay attention to your child's random acts of kindness, and be sure to thank her for them
  12. play a memory game with your child
  13. don't treat all of your children exactly alike. each one has different needs
takat ni je yg sempat..
insyaAllah akan disambung lagi mudah2an..

selamat beramal..


Wallahu'alam...

Friday, February 26, 2010

Bihun Sup

entri ni sepatutnye di publish sebulan lepas, 26 januari..
tp disebabkan gambor ada dlm hp adik ipor, agak lambat sket nak 'proses'..
di tambah faktor kesibukan trafik a.k.a kemalasan.. ya ampuun..

menu ni pnAA buat kat umah mertua..
sempena 'kawan' adik nak dtg umah 'kenal2'..
mak mintak pnAA bertindak sebagai chef-yg-xde-pembantu pd hari tu memandangkan mak ada appointment kat spital & adik sibuk nak amek 'jemputan'..

dari pagi, buat julung2 kalinya pnAA pegi pasar kat simpang kuala..
beli segala macam bahan yg nak digunakan..
sbb abah x boleh nak pi beli brg2 pagi tu, ada urusan kat skolah..
riso jugak nak masak dalam skala org-jual-kat-pasar-malam ni..
besa kan buat utk makan2 senirik aje..


bahan2:-

Bahan A (Bihun)

  • rendam bihun sampai agak2 lembut. kemudian celur.

Bahan B (Sup)

  • Ayam (bhgn isi); rebus ayam sampai empuk & ketepikan.
  • 1 labu bawang besar (dimayang); tumis bawang sampai naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam tadi.
  • 6 kiub sup bunjut; masukkan kiub sup bunjut.
  • 6 kiub pati ayam; masukkan kiub pati ayam.

Bahan C (Bahan Perencah)

  • daun bawang (dihiris)
  • daun sup (dihiris)
  • taugeh (dicelur)
  • bawang goreng (beli kat kedai je..hiks)
  • ayam yg dah direbus tadi; disiat2

Bahan D (Sambal Kicap)

  • kicap
  • cili (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

haaa.. ni ropenye bahan perencah & sambal kicap sebelum dihidang chantek2..


ni pulak sup yg dibuat dlm periuk bessaarr punyer....

dan hari ni, sebulan slps 'kejadian' hari tu,
dan sempena maulidurrasul
dan sempena esok pnAA nak berangkat pulang dah,
mak abah request pnAA buat bihun sup ni lagi..
bile org request, maknanya sedap la kan.. kehkehkeh..
maka, pnAA pun masak la lagi skali..
bezanya, x payah pegi pasar senirik..
masak dalam periuk kecik aje..


wallahu'alam...