sedang pnAA melayari internet, tiba-tiba teringat akan rancangan al-kuliyyah topik talkin beberapa bulan yg lalu.. penceramah jemputan ialah ustaz badlishah alauddin, salah seorang penceramah kegemaran pnAA..
topik tersebut telah membuatkan pnAA betul-betul tersentuh apabila penceramah bercerita tentang talkin sebelum mati..
talkin sebelum mati ialah lafaz syahadah yg kita bisikkan di telinga seseorang yg sedang nazak (pnAA bahasakan di sini sebagai 'pesakit' utk memudahkan pemahaman)..
menurut penceramah, bukan semua pesakit akan mengikut lafaz syahadah yg dibisikkan.. ini kerana, pesakit itu hanya akan mengikut syahadah yg dibisikkan oleh org2 yg disayanginya sahaja.. jadi janganlah terkejut sekiranya berlaku di depan mata kita yg pesakit tidak membuka mulut apabila syahadah dibisikkan di telinganya..
disebabkan itu, adalah dinasihatkan ketika pesakit sedang nazak, seharusnya beliau dikelilingi oleh org2 yg disayanginya.. tetapi amatlah malang sekiranya tiada sesiapa di sisi pesakit terutama yg disayanginya..
jadi, sama-samalah kita menilai diri kita.. dimanakah kedudukan kita.. adakah talkin kita akan diikuti oleh org2 kesayangan kita terutamanya kedua orang tua kita?? maka, sayangilah mereka selagi mereka masih bernyawa, janganlah dilukakan hati & perasaan mereka dan moga kita menjadi salah seorang anak yg disayangi oleh mereka supaya talkin kita didengari & diikuti olehnya..
0 ULASAN:
Post a Comment