Friday, July 3, 2009

Bersihkan Hati...


baru sahaja pnAA lihat iklan di tv tentang kempen membaca.. baguslah kempen membaca ini diadakan.. malah pnAA berharap kempen & promosi sebegini lebih giat dijalankan..

teringat pnAA akan peristiwa semasa balik kampung lebih kurang 2 minggu lepas.. pnAA, tnA, & adik ipar berdiskusi tentang menuntut ilmu.. intipatinya; tak ramai org yg membaca bahan ilmiah berunsur keagamaan(islam)..

daripada semua penduduk di negara kita, hanya setengah daripadanya sahaja yg benar2 gemar membaca.. dan daripada setengah itu sudah tentu bukan semua beragama islam (andaikan hanya yg beragama islam m'baca buku2 islamik).. jadi, berapa kerat sangatlah yang minat akan buku2 islamik? ramai yg lebih berminat dengan bahan ilmiah berunsur kesihatan, kecantikan, perniagaan, kekeluargaan dsb.. bukan bermaksud pnAA berkata tidak bagus, memang bagus selagi ia memberi informasi.. tetapi berilah ruang & sedikit masa untuk membaca bahan islamik..

pnAA juga pada mulanya bukanlah seorang yg gemar membaca.. tetapi minat membaca buku2 motivasi & buku berkaitan dunia perniagaan berputik semasa di tahun2 akhir pengajian..

berbalik kepada peristiwa balik kampung.. lantas pnAA tersedar..
mmg pnAA juga salah seorang yg sudah lama tidak membaca buku2 islamik..
sudah lah majlis2 ilmu mahupun ceramah2 agama sudah lama tidak dihadiri..
seingat pnAA, jika lebih daripada 3 hari tidak m'hadiri majlis ilmu, maka gelaplah hati..
mengharapkan siaran al-kuliyyah yg ada seminggu sekali, cukupkah?
maka, salah satu cara terbaik adalah sekurang-kurangnya dengan membaca buku2 islamik untuk santapan rohani..

atas kesedaran ini, pnAA akan mula membaca semula buku "50 wasiat Rasulullah S.A.W utk wanita" & kongsikan di sini.. buku ini sudah lama pnAA beli secara pos.. tetapi belum khatam2..

diharap pnAA & sesiapa yg sudi m'baca blog ini m'dpt manfaat drpdnya.. & bersama-samalah kita berkongsi ilmu..

0 ULASAN: