Thursday, July 22, 2010

Makcik Giant & Blood Pressure Monitor

assalamualaikum..

hari ahad lepas, pnAA, zulfa, pak & mak mertua gi giant aloq staq utk cari satu dua barang baby yg belom beli lagi..
tetiba masa pnAA nak berpusing ke section sebelah, hampir2 eksiden dgn satu troli empat roda dari arah bertentangan.. nasib baik sempat brek & mengelak.. tgk2 rupanya sorang makcik dalam 50an kot..

lepas berjalan satu dua langkah ke depan, makcik tu tegur.. "cik ni dok mana?"
heran gak pnAA.. apsal dia tanya canggitu? nak watpe dia tanya canggitu?
takut2 jugak nak jawab.. buatnya dia ada agenda nak merompak ke..
atau maybe dia penah tengok pnAA kat memana kot..

tapi nak bagi jawapan apa?
dok miri ke, tanjung malim ke atau aloq staq..
jadi, mengikut akal yang rasional, maka pnAA jawab "dok kat tanjung bendahara"

makcik tu tanya lagi "dah ada orang mengurut ka?"
lohhh.. tukang urut rupanya..
ingatkan dia nak cakap muka pnAA ni ada iras2 kate winslet ker, sofea jane ke..
pnAA: "dah ada dah"
makcik : "kita urut, kita datang sendiri ke rumah"
pnAA : "dah ada dah. mak dah cari"
makcik: "ni tak lama dah lagi ni. nampak dah turun"
pnAA: "memang tak lama dah lagi pun" (masa tu kira2 9 hari lagi nak due. dlm hati pnAA, aih tak nak la jauh sgt dari due.. sehari dua awai takpe la lagi)
lepas tu, senyum2 & dua2 blah..

hari ni, tinggal 5 hari lagi nak bersalin..
mintak2 la baby dapat lahir betoi2 tarikh yang dijangka, 27/7.. cantik no tu.. eheheh..

malam tadi ayah pnAA tipon..
dia bagitau ada parcel sampai rumah untuk pnAA..
bukak2, ada blood pressure monitor..
hohoho dapat jugak akhirnya..
benda ni pnAA redeem daripada anmum..
maklom la, masa pegnen minum anmum..
kumpul 7 pencedok anmum tu, leh dapat satu BP monitor..
alhamdulillah.. tak payah dah beli2..
tq Anmum..


3 ULASAN:

wilda said...

wahhh..blood pressure monitor bukankah mahal? kat kedai ni kalau dpt jual 1 pun dh melompat2 girang. hehehe. bagus pnAA, cara berjimat yg sangat bijak. lepas ni nk buat gitu jugak. nk masuk contest. untung2 dpt rumah ke, keta ke..:)

oh, semoga semuanya selamat. akan menunggu gmbr junior terbaru di sini. 27/7. :)

Puan AA said...

tu la strategi anmum nak tarik org beli produk depa & tu jugak cara nak hargai customer depa...

noona perasan muda said...

PuanAA bila nk update blog?