Monday, August 9, 2010

Cerita 9 Bulan 10 Hari

assalamu'alaikum..

tetiba hari ni dpt soklan maut drpd cik noona, "pnAA bile nak update blog?"
gguuuummmmm rasa cam kilat tusuk2 jantung.. btui2 rasa bersalah la pulok..
maklom la, on9 tetiap hari tp bila on9 je, ngadap fesbuk.. blog jenguk2 gitu je.. haha..
bkn apa, malas nak buat karangan tengah2 dalam pantang ni.. alasan tak bleh blah..

ok la, update pertama citer pasal ni dulu..
seperti yg pnAA janji sebelum ni, pnAA akan citer pulak pengalaman mengandungkan firas..
sapa yg baca entri pengalaman mengandungkan zulfa, leh tau gred yg pnAA bagi utk pengalaman dulu..

pnAA buat urine test sindri kat umah lps sebulan lebih tak congo2..
masa tu ada kat umah mak mertua, cuti sekolah hujung tahun 2009..
asalnya pnAA sekeluarga akan balik ke miri semula.. tiket pun dah siap tempah lama dah..
skali dpt tau pegnan la pulok..
atas nasihat mak mertua, dia tak bg pnAA balik miri lagi.. takut jd apa2 kat kandungan.. katanya, dah 'dapat' ni, baik jaga elok2. setengah orang, nak dapat pun payah. tunggu sampai kandungan 2@3 bulan baru bulih naik belon..
hangus la tiket yg dah tempah.. tnA balik sorang..
maka berjauhan lagi la pnAA dgn tnA.. kisah PJJ pnAA dgn tnA mmg x sudah2..
februari 2010 baru pnAA & zulfa balik miri.. tp awal bulan 6 dah balik semula ke semenanjung sbb lps tu pnAA dah tak boleh naik belon..

pegnan kali ni mmg byk beza dgn yg lepas..
alahan boleh tahan dasat gak.. muntah2 stop masa bulan kelima.. nak basuh u'uk zulfa pon kena jadi cam zorro.. dekat2 nak bersalin pun ada muntah sekali dua (sbb gosok gigi)..

bab makan, selera makan mmg kurang..
kengkadang satu hari tu makan roti je.. nengok nasik pon tak lalu..
kalau dulu, pnAA mmg makan yg berkhasiat aje..
skrg, yg berkhasiat dgn yg merapu (slurpee, maggi, twisties, kfc, kopi dll) pon bedal jugak..

bab suplemen, pnAA masih makan Royal Jelly CNI utk kesihatan mak & anak sbb menengokkan kesan positif dulu..
susu Anmum coklat pon minum jugak..
ubat-ubatan yg klinik bg pon makan sampai ke sudah..
tapi kali ni badan selalu penat.. letak2 kepala je kompom lelap (pnAA ni jenih payah nak lelap)..
lagi satu (nak bgtau jugak!!), pnAA bukan orang yg kuat tido ok.. cume pnAA tido lewat, bangkit lewat, paham! (tetiba...)

bab amalan, yg ni, mmg sama macam dulu jugak..
secara ringkasnya, apa yg pnAA buat ialah khatamkan quran, bersembang dgn anak dlm perut, usap perut, berpesan2 & 'mengajor' sket2..
pegnan kali ni, pnAA tak penah mis beli pa&ma (dolu x penah beli lgsg!) & beli satu buku Penjagaan Ibu Hamil Sebelum, Semasa, Selepas & Pantang Larangnya.. byk gak info leh dpt..

bab emosi, mmg beza la..
pegnan sblm ni takde anak.. pegnan kali ni dah ada zulfa..
besa la, kengkadang ada gak marah2 anak.. tp lom sampai level tarzan lagi.. maklom la baru sorang..
mungkin bg kesan jugak kot pada anak dalam perut..
tp besanya lepas marah zulfa, pnAA akan bgtau anak dalam perut, apa kesalahan along dia, sebab apa pnAA marah & pesan pulak pada dia, jgn buat macam along dia buat..
pada zulfa pulak, tym dia tido, pnAA akan bisik bgtau yg dia akan jadi kakak, dia akan dapat adik..
nnt kena sayang adik & bgtau yg pnAA sayang dia & adik..
apa yg sama dgn pegnan dolu ialah pnAA sentiasa pikir positif & jarang mengeluh.. dan secara peribadi, pnAA rasa ini (pikir positif & jarang mengeluh) yg lebih penting daripada aspek pemakanan..

bab fizikal, kali ni kaki pnAA tak bengkak..
cuma dalam seminggu sebelum bersalin, baru kaki nampak bengkak sikit..
masuk bulan ketujuh, pnAA rasa sakit pd perut dekat2 dgn pusat..
sakitnya datang skali skala.. rasa macam kena short..
bila sakit tu datang, mmg badan tak boleh tegak..
asal gi klinik je, pnAA tanya..
asal jumpa DR je, pnAA tanya..
macam2 jawapan ada.. tp takde satu pun jawapan yg pnAA pueh ati..
maka sampai ke sudah tak tau apa benda sakitnya & sebab musababnya..

secara keseluruhan, drpd semua bab2 yang ada dalam perjalanan 9bulan 10hari kali ni, pnAA bagi gred B+..
sbb bercampor2 yg elok dgn tidak & yg positif dgn yg negatif..

detik, saat, tika, waktu melahirkan firas, pnAA stori dlm n3 lps ni.. nak mamam jap..



wallahu'alam.....

2 ULASAN:

Sitisifir10 said...

Firas :) apa maknanya ye makcik AA :) bagus boleh kawal sebelum jadik tarzan yg berjaya hukhuk

Puan AA said...

firas = celik akal