Friday, May 20, 2011

Kepulangan Orang Jauh

assalamu'alaikum...

hari selasa lepas (17052011) pak sedara & sepupu puanAA balik kampung yakni datang ke Malaysia..
depa ni dok kat Liverpool, England.. memang uncle (tetiba tukor bahasa..hahah) puanAA ni dah lama dok kat sana.. dah jadi warganegara sana rasanya..
Liverpool ni tempat asal usul the beatles kan? (kalo tak silap la)..
ni logo bola depa..


pak sedara yang puanAA panggil Jinjang ni ialah adik arwah emak..
menurut cerita, Jinjang ni paling rapat dengan arwah emak puanAA..
maybe sebab arwah emak yg no5, Jinjang no6 kot, sebab tu diorang rapat..
Jinjang dulu keje dgn kampeni perkapalan.. dalam tahun 70an gitu la..
disebabkan selalu berlayar ikut kapal tu, akhirnya dia 'sangkut' tak balik2 Malaysia..

Jinjang pernah kawin dengan orang Jepun, ada 2 orang anak, nama Ali & Fatima..
yg bes nye, bini Jinjang tu anak tokey Mitsubishi.. iyer kalian, kampeni bessaarr punye tu..
kalo di'google', Mitsubishi ni dulu asalnya mmg kampeni perkapalan..
agaknya dari situ kot depa bertemu jodoh..
anak2 Jinjang ni katanya kalo nak jumpa bapak depa (Jinjang) kat england tu, naik jet peribadi je..
agak2 kalo puanAA mintak Lancer sebijik dapat tak?
puanAA pun kalo diikutkan ada gak bau2 bacang dengan kerabat Mitsubishi kan? kan? tolonglah angguk kepala..

merata Jinjang 'singgah'..
sampai la dia menetap kat Liverpool..
kat sini dia kawin lagi & ada anak sepasang jugak.. Gemma & Sean..
eh, kiranya puanAA ada sepupu mat/minah saleh la kan?
tapi diana danielle yg bapaknya omputeh maknya melayu, kita panggil mat saleh celup pulak..
ate macam sepupu puanAA ni yg maknya omputeh bapaknya melayu, kira celup ke idak??
haisshh tak kesah la celup ke cat ke, yg penting puanAA ada sepupu berbilang bangsa.. kome ader?? hahaha ayat giler riak tak hengat..

Jinjang ada hantar poskad kat arwah mak..
mula2 tuleh bahasa kita.. lama-kelamaan, terus tuleh omputeh.. dan lama-kelamaan terus takde khabor berita..
masa arwah opah & arwah tok (mak ayah Jinjang) meninggal pun, tak dapat nak bagi tau..
pernah masa rancangan Jejak Kasih TV3 tengah hot dulu2, arwah emak puanAA nak cari Jinjang..
tapi tak berhasil.. sebab tak banyak maklumat..
tak lama lepas tu, sorang sepupu puanAA sambung study kat sana..
entah macam mana, kebetulan sepupu tu terberkenalan dgn orang yang kenal Jinjang..
maka di situlah tali persaudaraan ini kembali bertaut (perghh.. ayat x bleh blah)..

Jinjang pernah plan nak balik Malaysia tahun 1998, tapi tak jadi..
akhirnya Jinjang balik jugak (tak ingat tahun brp)..
itulah kali pertama puanAA jumpa Jinjang..
mula2 dia, ofkos la cakap omputeh, tapi lepas 2-3 hari, dia ingat balik bahasa kita sikit2..

dan lepas2 tu, banyak kali jugak Jinjang balik kampung..
pernah jugak dia bawak anak yang pompuan (gemma) sama..
kali ni, Jinjang bawak Sean pulak melawat kampung halaman bapak dia..
tapi sayangnya, puanAA tak dapat nak jumpa depa..

inilah sepupu puanAA.. ntah bila la puanAA boleh berkenal-kenalan dengan depa..
oppsss gambo ni puanAA 'curik' dlm FB depa.. jgn mara aa..

Gemma & Sean

wallahu'alam....



Wednesday, May 11, 2011

Mainan Along

assalamu'alaikum...

hari ni 11 mei, genap umur anak dara sulung puanAA, zulfa 3 tahun..


along sayang,
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3..
ummi berdoa & berharap...
along menjadi muslimah solehah yang betaqwa,
along menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia,
along menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa, agama & negara.
ummi doakan agar along dikurniakan
kesihatan, kebahagiaan & keberkatan sepanjang usia.
semoga along bertemu jodoh dengan hero hensem ;-)
yang boleh membimbing along ke jalan yang diredha
& bersama-sama beriringan ke syurga..
amin, insyaAllah...

sempena hari kelahiran along ni, puanAA nak buat satu entry pasal permainan dia..
kadang2 bila puanAA peratikan dia main,
rasa nak tergelak pun ada,
kadang2 rasa hiba pun ada..
pernah jugak bergenang ayor mate teman, bila menengokkan 'gajet' permainan dia..

memang puanAA akui, kami memang jarang beli mainan yang mahal2 ratus2 kat anak2..
bukan tak pernah, pernah (kang kata puanAA kedekut pulak).. cuma jarang2..
tak semestinya yang murah tu tak bersifat educational, kan??
kebanyakkan mainan yang kami beli, konon2nya utk bagi depa belajar sesuatu daripada mainan tu..
tapi malangnya, dua2 anak kami jenis 'tak pandang' mainan yang dibeli..
rasanya kebanyakan budak camni kot.. ayat penyedap hati.. hihi
contohnya, depa (anak2 puanAA) lebih suka duduk dalam kotak kengkononnya kereta la..
ataupun susun bantal buat cam kubu, main nyuruks2 dgn si adik.. macam2 lagi lah!!
kesimpulannya, bermain dengan benda bukan mainan yang dikreatifkan menjadi mainan..

pernah kami beli satu mainan yang 'ikan' dok pusing2 dalam 'kolam',
then kita kena tangkap guna magnet yang ada pada 'kail'..
(mainan ni puanAA pun penah ada masa kecik2 dolu)
reganya murah je, RM 12 ..
kengkononnya nak bagi zulfa fokus untuk menangkap ikan tu..
alhamdulillah, memang dia dapat tangkap & fokus..
tapi kemudiannya, ikan2 tu semuanya 'disiang'..
kan ikan tu boleh nganga2 kan.. haaa.. dicabutnya badan ikan tu menjadi 2 bahagian..
banyak lagi mainan yang jahanam akibat sifat ingin tahu & kekreatifan kekanak ini..

ok, ni puanAA share mainan terbaru zulfa..
puanAA kata pada tuanA, "sedih nengok mainan along"
tuanA cakap, "nak buat macam mana, dah dia suka.."
apa yang puanAA peratikan, sekarang ni along suka bermain dengan 'beg'..
semua mainan dia, dimasukkan ke dalam beg..
jom layan gajet2 along.....

ni beg free yg amat la banyak kat umah..
maklom la cikgu cikgi bila jadi hakim, dapat la beg ni..


ni pun beg free, along buat kengkononnya beg sekolah dia..

ni paling bess.. beg plastik..
leh matching dgn byk baju.. haha..

beg CD angah..

tangan yg enteprem tu tgn angah firas

ok, tu je utk kali ni..
ada gajet terbaru nnt, puanAA update.. hahaha...

wallahu'alam...




Sunday, May 1, 2011

Bulan Jatuh ke Riba



assalamu'alaikum.....

hari ni 1 mei.. hari pekerja..
selamat bercuti & selamat hari pekerja buat semua yg bekerja.. hari ini adalah hari anda..
surirumah macam puanAA takde 'hari'.. sebab hari2 surirumah cuti.. ngee..

jika hari ini 1 mei, maka ini lah masanya "bulan jatuh ke riba" = bulan yang ditunggu2 sudah tiba..
bulan ini bulan yang puanAA suka tetiap tahun..
tapi tahun ni, lebih sikit agendanya & lebih mendebarkan..

bermula dengan.....

11hb : ulangtahun kelahiran anakanda Azhan Zulfa An-Najla yang ke-3...

13hb : ulangtahun kelahiran puanAA yang ke-20 sembilan ...
huni, wishlist ritu dh tgk kan? redi kan cecepat ek.. haha..

21hb : hari pernikahan adik ipor puanAA iaitu Amzar dengan pasangannya Asnurrul Farahdela ...
sori ek tak dapat nak join, kami tak balik kampung lagi.. err, untuk makluman, memang depa saje pilih bukan cuti sekolah untuk menikah untuk mengalakkan kesesakan lalu lintas di dalam masjid..
takpe, kenuri 5hb june kami akan kasi gegarrr taman manggis tu.. ehehe...

22hb : ulangtahun kelahiran kanda tuanA yang ke-29 ...
ye, memang beza kami 9 tahun hari aje..
err, hadiah tahun ni kasi qado' tahun depan boleh kan??

25hb : keputusan egTukar akan keluar.. haisshh berdebor2 teman aihh..
mintak2 permohonan kali pertama ni berjaya utk dipindahkan ke kedah..
wahai tuan2 yg menguruskan pertukaran, sila tempatkan suami puanAA di alor star ye..
kalo boleh nak sekolah dekat2 dgn rumah yg boleh pegi jalan kaki aje utk jimatkan duit petrol & boleh balik rumah makan2 masa rehat.. ngee...

27hb : yeehaaa.. balik kampung!!!

31hb : berlepas ke negara tembok besar..
orang lain dah keliling dunia, puanAA baru yang ketiga kali ke luar negara selepas singapore & brunei..
mmg puanAA tak sabar & sangat la teruja..
maka puanAA tak dapat ler nak join reunion ex-Ta'ayah yg dibuat kat seri kembangan tu kerana puanAA hanya akan balik pada 4 june..

haa.. nampak tak betapa banyak program penting lagi bersejarah di bulan mei ini?? ngee..
aktiviti harian memangkah kalendar akan bermula..


wallahu'alam...