Wednesday, May 11, 2011

Mainan Along

assalamu'alaikum...

hari ni 11 mei, genap umur anak dara sulung puanAA, zulfa 3 tahun..


along sayang,
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3..
ummi berdoa & berharap...
along menjadi muslimah solehah yang betaqwa,
along menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia,
along menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa, agama & negara.
ummi doakan agar along dikurniakan
kesihatan, kebahagiaan & keberkatan sepanjang usia.
semoga along bertemu jodoh dengan hero hensem ;-)
yang boleh membimbing along ke jalan yang diredha
& bersama-sama beriringan ke syurga..
amin, insyaAllah...

sempena hari kelahiran along ni, puanAA nak buat satu entry pasal permainan dia..
kadang2 bila puanAA peratikan dia main,
rasa nak tergelak pun ada,
kadang2 rasa hiba pun ada..
pernah jugak bergenang ayor mate teman, bila menengokkan 'gajet' permainan dia..

memang puanAA akui, kami memang jarang beli mainan yang mahal2 ratus2 kat anak2..
bukan tak pernah, pernah (kang kata puanAA kedekut pulak).. cuma jarang2..
tak semestinya yang murah tu tak bersifat educational, kan??
kebanyakkan mainan yang kami beli, konon2nya utk bagi depa belajar sesuatu daripada mainan tu..
tapi malangnya, dua2 anak kami jenis 'tak pandang' mainan yang dibeli..
rasanya kebanyakan budak camni kot.. ayat penyedap hati.. hihi
contohnya, depa (anak2 puanAA) lebih suka duduk dalam kotak kengkononnya kereta la..
ataupun susun bantal buat cam kubu, main nyuruks2 dgn si adik.. macam2 lagi lah!!
kesimpulannya, bermain dengan benda bukan mainan yang dikreatifkan menjadi mainan..

pernah kami beli satu mainan yang 'ikan' dok pusing2 dalam 'kolam',
then kita kena tangkap guna magnet yang ada pada 'kail'..
(mainan ni puanAA pun penah ada masa kecik2 dolu)
reganya murah je, RM 12 ..
kengkononnya nak bagi zulfa fokus untuk menangkap ikan tu..
alhamdulillah, memang dia dapat tangkap & fokus..
tapi kemudiannya, ikan2 tu semuanya 'disiang'..
kan ikan tu boleh nganga2 kan.. haaa.. dicabutnya badan ikan tu menjadi 2 bahagian..
banyak lagi mainan yang jahanam akibat sifat ingin tahu & kekreatifan kekanak ini..

ok, ni puanAA share mainan terbaru zulfa..
puanAA kata pada tuanA, "sedih nengok mainan along"
tuanA cakap, "nak buat macam mana, dah dia suka.."
apa yang puanAA peratikan, sekarang ni along suka bermain dengan 'beg'..
semua mainan dia, dimasukkan ke dalam beg..
jom layan gajet2 along.....

ni beg free yg amat la banyak kat umah..
maklom la cikgu cikgi bila jadi hakim, dapat la beg ni..


ni pun beg free, along buat kengkononnya beg sekolah dia..

ni paling bess.. beg plastik..
leh matching dgn byk baju.. haha..

beg CD angah..

tangan yg enteprem tu tgn angah firas

ok, tu je utk kali ni..
ada gajet terbaru nnt, puanAA update.. hahaha...

wallahu'alam...




2 ULASAN:

Mama Rayyan said...

Budak2 mmg mcm tu...cpt bosan dgn mainan dorg,memula je excited.Apa yg penting diorg akan blaja sesuatu bila main...tak kisah la main apa pun.
Happy Birthday Zulfa....

wilda said...

selamat hari lahir along! insyaAllah doa ibunya akn dimakbulkan..:) pd firasat hamba, along ni terarah pada pengurusan. mungkin bakal menjadi pakar bahagian management? atau human resource, uruskan pembahagian tugas dan pekerja. sbb suke bebeno masuk2kan brg, urus2kan brg masuk bahagian2 dan beg2 kan? hehe. tp biasela pnAA, kanak2 memang begitu, kalo dh kreatif tu, dia pandang yg 'seronok' di matanya, x kiralah mainan atau x. itu satu perkembangan positif. :)