cerita cuti kami belum habis lagi..
tak sempat2 nak update..
ok, kita sambung balik..
hari ke-11 (7/6) lepas solat asar, puanAA sekeluarga, ayah puanAA & pasangan pengantin baru bertolak dari aloq staq..
ekceli tujuan kami adalah untuk ke putrajaya..
nak buat rayuan pertukaran tuanA..
kata orang, kalau turun putrajaya sendiri, peluang nak dapat pindah tu lebih cerah..
kami singgah tido kat umah ayah puanAA kat tanjung malim..
hari ke-12 (8/6) lepas zohor, kami bertolak ke shah alam..
kami akan bermalam kat umah paksu-maksu kat section 13..
paksu-maksu pun bertolak daripada aloq staq hari ni jugak, selepas balik kampung menghadiri kenuri kawen adik ipaq puanAA hari tu..
memandangkan paksu-maksu sekeluarga masih belum sampai kat umah, alang2 dah sampai shah alam, kami pegi ronda2 i-city..
kalau tak balik semenanjung, ntah bila la kami dapat pegi i-city ni..
sewa boot rm10/pair |
masuk2 je, angah dah lena |
gambo yg di amek oleh org x pro |
begini sepatutnye rupa rumah ais tadi |
panjat gunung obersi la kununs |
pengantin baru |
kamera berkuap bila kuar |
along zulfa merengek2 nak naik ketapi ni |
wajah ceria dapat ronda2 RM2 |
kat luar dh mula renyai2 |
kita minum dulu! |
mkn kopok lekor x hengat |
dah ala2 guangzhou nengok lampu2 ni |
menerai spec |
disebabkan hujan, kami kuar dari situ..
paksu-maksu tak sampai lagi, kami singgah isi perut kat kedai mamak dulu..
sejam lepas tu, dpt sms yg paksu-maksu dah dekat nak sampai rumah.. maka kami pun gerak..
sesampai je kat rumah, ni la yang dihadap dulu oleh anakanda puanAA..
hari ke-13 (9/6) tuanA, adik tuanA & paksu pegi putrajaya untuk setelkan hal pertukaran..
sementara tu, kaum pompuan takkan nak dok kat umah je kan?
kami pun nak ronggeng jugak, ye tak? ehehe..
maka kami kuar jenjalan & singgah kat sacc mall..
(nisa' qaisara) kalau balik kampong, ni la geng along |
mamat yg sorg ni tau tido je |
singgah kat kk home deco |
aktiviti bebudak 2org ni, main kejor yong kejor |
masa beday syasya (nisa' qaisara) yang kedua januari lepas, paksu-maksu jemput anak2 daripada madrasah at-taqwa..
ala, madrasah yang ditimpa bencana tanah runtuh baru2 ni..
dalam gambar tu, ada yang dah kembali ke rahmatullah..
majlis syasya adalah sebelum tragedi..
maksu citer, anak2 ni very de berdisiplin..
nak masuk rumah, depa atur kasut sederet..
penjaga depa sangat la caring & sayang anak2 tu..
untuk makan, yang lebih tua akan amekkan makanan untuk yg lebih muda..
sedih puanAA bila dengar cerita maksu ritu..
Allah lebih sayangkan depa & semoga mereka ditempatkan dikalangan kekasih Allah, amin..
selesai urusan tuanA kat putrajaya, maka kami ambil keputusan untuk balik ke aloq staq malam tu jugak..
asalnya memang bercadang nak tidor se-malam lagi kat umah paksu-maksu, tapi mengingatkan kerja2 bisnes puanAA banyak lagi tak siap, terpaksa kami balik jugak supaya esok boleh buat kerja..
cerita esok akan puanAA sambung dalam next entry..
wallahu'alam...