Tuesday, June 21, 2011

Cerita Cuti : Canton Day 2

assalamu'alaikum...

bertangguh lagi..
tak kesah lah, apa yg penting kerjasama puanAA tetap nak berkongsi cer-citer-cer-citer..

hari ke-5 (1/6) hari ke-2 kami kat canton..
jadual kami hari ni, pagi ke plaza pakaian kekanak,
petang pulak terpaksa pilih sama ada nak ke plaza tekstil atau plaza elektronik..

pagi ni kami agak bersemangat..
maklom la, hari ni 'hari kami'..
kami memang bercadang nak beli baju2 budak..
jom layan gambor..


bergebang sambil menunggu metro

plaza pakaian kekanak ada 2.. Lihu & Fuli..
memula kami pegi Lihu Building dulu..

Lihu Building
lintas jalan pun kena amek gambor.. ekeke..

suasana luar bangunan Lihu

sebahagian daripada ratusan kedai. ni baru ground floor hokeh!

kami diperuntukkan sejam utk pusing2 dalam Lihu Building..
tapi lepas 10 minit, puanAA & tuanA tengok takde apa2 yang menarik untuk dibeli kat situ.. 
jadi kami putuskan untuk terus pegi ke plaza kedua (Fuli) tanpa tunggu yg lain.. 
lepas bgtau, kami menonong mencari Fuli.. 
dalam hati riso jugak kalo salah jalan.. tu la gatai sangat nak pegi dulu.. 
akhirnya kami nampak jugak bangunan yang dicari.. 

Fuli

masuk2 je, kami tak tau nak mula dari mana..
kami cadang nak survey2 dulu..
kengkonon nak banding harga, lepas tu baru beli..
makin lama kami ronda, masa makin suntuk..
tapi satu barang pun tak beli lagi..
maka sepantas kilat kami buat keputusan untuk beli je apa yang ada sebab kebanyakan barang yang kami nak tu, masih tak jumpa lagi..
kami masuk kedai yang jual busha, legging & yang seangkatan dengannya..
pilih punya pilih, 2 plastik besar kami borong..
agak berat jugak, memang jenuh nak usung..
then baru kami terserempak dengan geng2 lain..
ada yang dah beli troli untuk angkut barang2 yang diorang dah beli..
maka, kami tumpang letak satu plastik barang kami kat troli akhmal&niza..
lepas tu kami pilih kasut pulak..
dah selesai pilih, skali tokey tu kata takde stok, esok baru amek..
hadoi, esok ada agenda lain.. so, terpaksa 'lari' kejap la untuk amek kasut..

selesai kat Fuli, kitorang terpaksa berpecah..
sama ada nak pegi plaza tekstil atau plaza elektronik..
disebabkan kami memang dah planned nak juai kain sikit, maka kami amek keputusan utk ke plaza tekstil..
6 orang je yang pegi plaza tekstil & tuanA sorang je lelaki.. ehehe..
9 orang pegi plaza elektronik & 2 orang lagi sangkut kat Fuli sbb depa nak fokus kat situ je..

untuk ke plaza tekstil, kami naik metro sekerat jalan..
then kena amek teksi..
disebabkan kami naik 2 teksi (6 org), satu teksi salah lorong, sampai ke tempat lain..
agak lama jugak untuk kami jumpa satu sama lain..
mujur la ada tuanA yang gagah perkasa boleh tawaf kawasan tu..
ini lah plaza tekstilnya..
ada banyak plaza tekstil kat sini sebenarnya..
tapi kami sempat masuk yang ini sahaja..



plaza tekstil kat sini jual kain sutera china, kain langsir, cadar dll..
kita boleh jugak tempah untuk jahit langsir terus.. dalam 2 hari je dah siap..
kat sini, kami beli 11 pasang kain sutera china..
yang bes nye, tokey kedai tu fasih cakap melayu..
memang dia belajor BM menengokkan orang melayu yang banyak memborong kat situ..
so, urusan kami tersangatlah mudah kat situ..

set cadar tu bukan kami punya. hehe. plastik kecik & troli-baru-beli tu je kami punya

selesai plaza tekstil, kami balik semula ke hotel..
macam biasa, pukul 8 malam, time untuk makan..

eksaited nak mamam
malam ni kami ke restoran abdullah..
sampai2 je, berselisih dengan satu grup dari malaysia yg datang memborong jugak..
diorang dah setel mamam..



sebahagian menu malam ni..



licin....
ini bukan buku ke kitab ye.. ini adalah tisu.. 
 

bergambo kenang2an

hari kedua kat canton, ini lah barang yang kami beli..

ekceli, baaaaaaanyak lagi barang yang kami nak beli tapi belum ketemu..
dua plaza kekanak dah kami pusing tapi tak jumpa..
diorang yang lain pun cakap macam tu..
abeh tu, nak cari kat mana lagi?
semua risau, nanti balik tak bawak apa2..

ok, ini cerita hari kedua..
hari ketiga, next entry..


wallahu'alam.....


0 ULASAN: