Wednesday, June 22, 2011

Cerita Cuti : Canton Day 5

assalamu'alaikum...

hari ke-8 (4/6) hari ke-5 iaitu hari terakhir kami kat canton..
hari ni jugak, sebenornye adalah hari kenuri kawen adik ipor puanAA (adik tuanA) kat aloq staq..
sori ek kami tak dapat join pegi kenuri blah umah pompuan..

okeh, berbalik pada cerita canton..
mengikut jadual, pagi ni adalah masa untuk melawat gudang, untuk menyetelkan urusan shipping barang2 yang diborong untuk sampai di depan pintu rumah kita di malaysia..
petang pulak, aktiviti bebas..

kami diberitahu pukul 11 pagi baru orang daripada gudang akan datang hotel..
maka, seawal pagi puanAA & tuanA keluar ke Fuli..
nak amek balik barang yang tertinggal semalam..
mengikut kata bos, untuk dapatkan balik barang yang tertinggal tu, bergantung kepada peniaga..
kalau peniaga tu jujur, memang kita akan dapat balik barang kita..
jadi, kami cuba je.. dapat tak dapat belakang kira..
kalau dapat, alhamdulillah..
kalau tak dapat, bukan rezeki kami..
next time, kena beringat & hati2..

kami pegi dengan pasangan eja&sopi lagi..
sebab depa pun tak puas membeli semalam..
kami terus tuju kedai di mana barang kami tertinggal..
malangnya, tak dapat balik barang kami..
kata sales girl tu, kami dah amek bawak balik semalam..
hhhmmm takde rezeki..
tapi kami beli semula barang yang takde tu..
dan ditambah pulak dengan barang2 lain..
menjadikan nilainya sepuluh kali ganda daripada rega barang yang tertinggal semalam.. ehehe..

dah alang2 sampai sana, kami singgah ke kedai yang puanAA dah siap pilih baju2 tu, tapi tokey dia kata "takde stok" semalam tu..
biasa la, bila pegi pagi, stok memang ada punya..
alhamdulillah, bertambah lagi baju2 yang dapat dibeli..
maybe ini hikmahnya barang tertinggal tu..
tengah dok tunggu baju2 di amek dari stor, kami diberitahu yang wakil pihak gudang dah sampai hotel..
padahal masa tu baru pukul 10 pagi..
dipendekkan citer, kami sempat sampai hotel..

kerja2 mengangkut guni2 pun bermula..
tapi kerja terbantut sekejap sebab hujan..
mentara hero puanAA menolong angkut barang, puanAA sempat tidor dalam bilik.. ehehe..
jangan mara aa..
punya la banyak grup kami borong sampai lori tu terpaksa angkut dua kali..
tapi antara semua, barang kami yang paling sikit..
maklom la, baru nak mula.. bajet pun ciput.. ehehe..

petang ni, puanAA-tuanA & eja-sopi plan nak perabih duit kat plaza tekstil..
kami dah penah sampai & dah penah borong pun..
eja&sopi tak penah sampai lagi kat sini..
puanAA tambah lagi membeli 4 pasang kain & beli sepasang untuk diri sindri & anakanda zulfa..
lepas tu tokey kedai yang fasih cakap melayu tu bagi tau, hari ni ada lucky draw untuk sesapa yang beli kain..
kebetulan waktu cabutan bertuah tu pukul 2.30ptg & jam waktu tu ngam2 pukul 2.30ptg..
puanAA kena tekan button sebanyak 3 kali, maknanya akan dapat 3 benda..
ingatkan hadiahnya cikai2 je..
sekali tgk2, ada yang dapat blanket.. toto..
dan puanAA dapat satu bantal peluk yang cantik & dua sarung kotak tisu yang cantik jugak..
berbaloi2 pegi plaza ni hari ni & waktu ni.. rezeki..

pondok lucky draw
 sebelum balik hotel, kami singgah makan kat al-jazeera restaurant..
flight kami malam ni pukul 1++ pagi..
pukul 6ptg dah nak kena check out..
maka, isi perut siap2 dulu..
bila kira2 duit, cukup2 untuk order sepinggan je..
duit memang dah abeh dah..
takpe lah, asal dapat makan sikit sorang..

eja si ibu muda yg dh ada kiosk kat jitra
 beg2 sandang kami tu disponsor oleh bos..
maklom la, bos ni tokey kedai beg kat jalan TAR, kl..
puanAA punya, kaler merah tp hilang kat hotel..
yg puanAA pakai tu, tuanA punya..
lagipun tuanA memang pakai beg sandang sendiri..

tuanA & sopi : single but not available hokeh!!
 tempat kami bergambor ni berhampiran dengan restoran al-jazeera..

balik hotel, kemas2 barang.. mandi.. siap2..
pukul 6ptg kami berkumpul kat lobby..



tengah dok lepak2 ni, puanAA tergerak nak tengok itinerary..
bukan apa, kami beli tiket sendiri, tak ikut grup ni..
seelok selak je, mata puanAA terus terpandang waktu tiba kat lcct dalam pukul 12++ malam..
masa tu dok pikir, "camne bertolak pukul 1 tapi sampai pukul 12?"
tengok2 waktu berlepas sepatutnya pukul 8.50 malam..
apa lagi?? mengamuk la tuanA.. macam mana boleh tak tau balik pukul 8++..
detik cemas-kelam-kabut pun bermula..
puanAA mintak hotel tolong tipon teksi, dia kata dia bizi banyak keja..
member2 lain terpinga2 tengok puanAA angkut beg keluar hotel..
tuanA tahan teksi.. payah benor nak dapat, semua teksi berpenumpang sebab time orang balik kerja..
lepas tu baru teringat yang kami memang dah takde duit china..
muka pucat bertambah pucat..
tak bertangguh lagi, puanAA mintak pinjam duit dari bos&wife.. depa bagi RMB160..

dapat2 je teksi, suruh drebarnya bawak laju2.. giler cuak!!
dalam teksi, puanAA cuba relax..
sambil2 tu mencongak masa..
waktu tu pukul 6.15ptg, jarak ke airport dalam 30-45 minit..
andaikata jalan jem, paling lewat sampai airport pun pukul 7.15malam.. & kaunter check in ditutup pukul 8malam..
kalau betul congakkan puanAA ni, maknanya memang ada masa lagi..
terus cuak puanAA hilang sambil berdoa takde insiden2 tak diingini berlaku sepanjang jalan..
alhamdulillah, 6.50 kami dah sampai airport.. fuuuhhhhhh lega tak tau nak habaq!!!
bayar duit teksi RMB100, tinggal RMB60..

turun2 je dari teksi, ada dua orang pekerja airport datang bawak troli..
baguih betoi airport ni, tolong sediakan troli..
lepas angkat semua beg, pekerja2 tu tolong bawakkan troli2 tu.. baguih2..
sekali, sampai satu tempat, depa berenti dekat depan kaunter..
perkhidmatan tersebut bukan free ye tuan2 sekalian..
selepas dikira2, kami kena bayar RMB60..
ini bermakna duit kami dah habeh!! cuak datang balik..
doa2 lepas ni takde kena kuar duit untuk apa2 sebab sekalipun..
pekerja tu terus bawak kami ke kaunter check in yang betul..
ini yang bagusnya, sebab, kalau kami mencari sendiri, mungkin makan masa..
alhamdulillah, takde apa2 bayaran dikenakan masa check in.. syukur..

kami terus masuk tempat berlepas..
masa pemeriksaan imigresen, puanAA setel dulu..
sementara menunggu tuanA, puanAA duduk kat satu bangku..
sambil tu puanAA double checked itinerary..
bila tuanA sampai, dia bagi tau yg bangku tu tak boleh duduk, hanya untuk staf..
puanAA pun cepat2 bangun & kami terus jalan cari pintu berlepas..
sambil jalan2, sempat amek gambor..
singgah 1-2 kedai yang ada..
kemudian tuanA mintak passport puanAA..
cari2.. meraba2.. takde!!
ya Allah.. passport pulak hilang!!
punya la jauh dah berjalan, baru perasan..
puanAA syak satu tempat je, bangku yang puanAA duduk sekejap tadi..
puanAA berlari2 anak.. tuanA tak berenti membebel.. duta la, konsulat la, duit la..
puanAA tak boleh pikir apa dah.. banyak betul dugaan sebelum balik ni..
sampai kat bangku tu, ada 3-4orang pilot..
seelok puanAA sampai je, tak sempat puanAA bertanya, sorang pilot bersuara dulu..
sirius puanAA tak dengar apa yang dia tanya.. yang puanAA dengar, PASSPORT..
bila dengar je perkataan passport tu, rasa macam nak sujud kat situ..
menandakan memang passport puanAA tertinggal & dijumpai kat situ..
passport puanAA ada dalam simpanan tak tau la security ke imigresen.. alhamdulillah..

kalau mengikut rekod2 & pengalaman2 sebelum ni, puanAA ni bukanlah seorang yang cuai..
& puanAA bukan jenis orang kelam kabut..
bukan nak puji diri sindri.. tuanA pun cakap camni..
biasanya kalau nak balik kampung, puanAA akan buat list barang yang dibawak balik & bila nak balik ke rumah semula, barang2 dipastikan cukup mengikut list tu..
sangat la 'nombor' puanAA ni kan? lantak la org nak kata apa.. ehehe..
mungkin ini dugaan supaya lebih lebih lebih berhati2 daripada biasa..

alhamdulillah, kami selamat sampai kat lcct dalam pukul 1++  pagi..
next flight ke aloq staq pukul 7pagi.. bermalam lagi kat lcct..
kami sempat jumpa balik geng2 rombongan sebab flight depa sampai dalam 5++ pagi..
pukul 7pagi, kami terbang & selamat sampai kat aloq staq pukul 8.30pagi..
hari ini adalah hari kenuri kawin adik di rumah kami (rumah blah kami)..

kesimpulan puanAA tentang trip memborong di canton ni,
trip ni memang bes di bawah kendalian bezahra.. memang terbaek lah!!
terima kasih tak terhingga..
kami berharap, bisnes kami mendapat sambutan hangat & berharap kami dapat datang semula ke canton untuk memborong lagi dan lagi..

kepada tuan2 dan puan2 sekalian,
jemputlah singgah ke kedai online kami,
di facebook (Almari Aulad) atau di blogspot, http://almariaulad.blogspot.com/


wallahu'alam...




0 ULASAN: