assalamu'alaikum....
puanAA mintak maap bebanyak sebab dah lama takde khabor beghiter..
dari sehari ke sehari tak nyempat2 nak belek blog sendiri..
bukan sebab busy, tapi rasa macam amek masa lama sangat kalau nak mengarang tu..
mula2, FB pun tak dapat layan sehari..
lama2, tak bukak FB pun tak rasa apa..
maklom la, sebelum ni, kalau tak bukak FB dalam sehari, rasa macam ketinggalan zaman,
tak tau 'perkembangan' kawan2 seharian..
nampak benor dah macam cik joyah yang suka amek pot hal orang, kan? ngee..
sebab tu la sekarang ni, puanAA dah tak tau sangat hal kawan2.. mintak mahap yer geng..
kalau nak citer pasal kerja, biasa la, semua orang nak ada kerja sebab nak ada duit..
sama la macam puanAA..
lepas abeh balajar 2006, mula la mintak kerja itu ini..
tapi satu pun tak sangkut..
nak kata pointer tak ok, rasanya ramai lagi yg pointer rendah..
ada jugak member puanAA yg pointer rendah daripada puanAA yg dah jadi cikgu sekarang ni..
dalam hati puanAA, pointer canggitu pun boleh jadi cikgu ke? adoila..
nak kata puanAA tak aktif kat U, memang tak logik la jugak..
dekat desasiswa pun ada jawatan, dekat MPP pun ada jawatan..
dalam projek besar pun ada jawatan..
hhmmm, tak tau la kat mana silapnya puanAA tak dapat2 kerja jugak..
mungkin puanAA takde 'kabel' baik punyer yang boleh tolong selit2kan puanAA untuk dapat kerja..
maklom la, ini pun salah satu aset penting jugak..
2007, puanAA pernah dapat offer jadik lecturer kat cosmopoint penang..
disebabkan masa tu puanAA mengandung, maka depa cari calon lain dulu..
akhirnya puanAA tak dapat jugak..
tahun 2008, puanAA dah ada sorang anak..
puanAA masih mencari kerja lagi walaupun waktu ni tuanA tak berapa nak galakkan puanAA kerja..
katanya, lebih baik jaga anak sendiri..
awal tahun 2009, sepupu puanAA cadangkan puanAA cuba mohon jawatan kat SPP (suruhanjaya perkhidmatan pelajaran)..
semua jawatan kat situ untuk lepasan SPM..
nak mintak kerani, puanAA tak minat dgn kerja2 pengkeranian.. kena buat surat la, urus akaun la..
maka puanAA mohon jawatan pembantu makmal.. benda2 berkaitan sains atau math ni mmg puanAA suka..
memandangkan masa tu kami bercadang nak dok lama kat Miri, maka puanAA pilih la Miri sebagai pusat temuduga..
hujung tahun 2009, puanAA jadi cikgu sambilan kat sekolah tuanAA..
sempat la mengajar 2 bulan gitu..
2010 buat pertama kalinya puanAA cuba mintak KPLI & DPLI..
kalau ikutkan hati, puanAA tak berapa minat nak jadi cikgu..
sebab tu sebelum2 ni tak pernah nak mintak..
ye la, cikgu2 zaman sekarang ni bukan setakat jadi cikgu..
banyak sangat beban kerjanya..
dan Dia pun tau, puanAA takde bakat & kemahiran untuk jadi cikgu..
maka puanAA sempat pegi exam je.. dua2 tak dapat..
lepas daripada tu, puanAA memang dah takde hati nak kerja..
tambahan pulak masa tu, anak dah ada dua..
disebabkan itulah, kami cuba nak berniaga..
daripada dok rumah saja2 tak buat apa..
maka awal bulan 6 lepas, kami memborong di China..
pertengahan bulan 6 pulak, puanAA dapat surat temuduga..
jawatan tetap pembantu makmal yg puanAA pun dah lupa sebenarnya..
orang kata kalau tak pegi, akan di blacklist nama..
maka puanAA pun pergilah juga..
walaupun hati tak harap apa2..
(perghh.. dah macam syair daa....)
interviewers daripada semenanjung..
depa awal2 cakap, jawatan ni untuk orang yang takde kerja lagi..
maka puanAA ada harapan la untuk dapat..
depa cakap lagi, jawatan ni untuk lulusan SPM sahaja..
maka, puanAA tak boleh harap la nak dapat..
lega..
pertengahan bulan 7, barang2 yang kami borong dari China dah sampai..
maka terpaksa meninggalkan tuanA tercinta sorang2 kat miri..
puanAA, along zulfa & angah firas balik aloq staq..
bermulalah bisnes online kami, Almari Aulad..
pertengahan bulan 10, selepas 3 bulan puanAA & anak2 dok kat kampung,
tuanA bagitau puanAA berjaya dalam temuduga pembantu makmal ritu..
terkejut! dan seriously sikit pun takde rasa seronok..
puanAA kena lapor diri kat Kuching 20/10..
akhirnya kami amek keputusan untuk tinggalkan along & angah tersayang kat kampung dulu..
memandangkan tak tahu lagi macam mana 'keadaan' kerja puanAA nanti..
lagipun memang tak sempat nak cari nursery..
maka, puanAA pun balik miri sensorang dari aloq staq..
tiga minggu dah meninggalkan anak2..
ayaq mata, toksah cakap la..
asal teringat, meleleh..
asal bercakap dgn depa, meleleh..
azab ya amat!!
insyaAllah 21/11 ni mak & abah akan bawak anak2 terchenta tu kat sini..
tak sabor nak jumpa budak2 berdua tu.. rindu banget!!
ni gambor2 terbaru kekanak yang dirindui..
ummi rinnnnndduuu kat along & angah....
dua minggu dah bertugas sebagai pembantu makmal kat smk st.columba miri..
disebabkan dah hujung2 tahun, takde kerja yg nak dibuat pun..
dok melepak sembang2 je..
itulah perkembangan puanAA sekarang ni..
harap2 puanAA tak perlulah kerja sampai umur 56, 58, 60 tahun..
sebab puanAA lebih 'senang' jadi pengurus di rumah daripada menjadi wanita berkerjaya..
wallahu'alam.....
5 ULASAN:
Ciannyeee kt Azree...mmg paham sgt apa perasaan bila kita kena tglkan anak2...jauh seberang laut plak tu.Nani dulu masa kena tglkn Iman kt rmh PIL,tak jauh pun,1/2 jam perjalanan je.tp nangis cam apa je...he3.kuatkan semangat ye azree.
PnAA... patut la lama beno dok menyepi, teman ni rindu jugak dengan omelan mike...terubat sudah dengan entri panjang ni...sebak teman nengok gambo dua beradik tu...pandai deme bawak diri...insya-Allah pandai berdikari beso nanti, sejak kecik dah dilatih jadi kuat macam umi deme. :)ate, jadi ke g china lagi disember ni? teman nak pesan barang sikit... :)
patut la senyap je nyang..alaa siannye jauh ngn anak2..tak dapat bayangkan kalu terpaksa pisah ngn anak..sehari pun boleh meroyan haha xpe ade rezeki nnt dpt la duk same2 semua balik..all the best in kerjaya andaa hehehe
pidoih: ate macam mane teman ndak pegi china nyer? udah keghojer, sah lantikan pon belom lagi, mane nak dapat cuti..
nasib baik belom beli tiket lagi, kalo idak, nayer juge..
nani & opah: memang berjauhan dgn anak tu seksanya tuhan je yg tau..
laki outstesen, ok lagi..
tapi kalo anak2 xde depan mata, memang hujan sokmo la kat miri ni.. huhuhu..
Sedihnya Azree mendengar kisah anak kena tinggal. Takpe, bertabah tau. InsyaAllah pengorbanan ini akan ada manisnya suatu hari nanti.SEMANGAT!!
Post a Comment