Saturday, June 9, 2012

Hari-hari di Wad

assalamu'alaikum..

lama tak update blog..
hati mmg meronta nak kongsi2 story..
tapi banyak bebenor halangannye..
alasan fevret, "takde masa"..
maklom la, skrg kan puanAA dah kojer.. maner ader mase..
tambah pulak, skrg ni terpaksa berebut laptop..
ader yg nk tgk fesbuk, ader yg nk tgk dora the explorer, ader yg nk tgk upin-ipin..
maka, puanAA yg berhati mulia ni mengalah ler..
takpe, nnt puanAA simpan duit sikit2 beli laptop sendiri..

menurut tajuk di atas, dapatlah disimpulkan bahawa banyak hari iaitu berhari2 puanAA kena bermastautin dalam wad..
dan duduk dalam wad tu bukan ler satu benda yang best lagi mengebestkan hokey!!
walopun ader privacy & dapat makan free, tak cukup jugak untuk buat puanAA teruja dok dalam wad & tak cukup jugak untuk menghilangkan rindu puanAA pada anak2 kat umah..

22 APRIL - Ahad ...
ayah puanAA terpaksa datang dari tanjung malim ke miri.. urgent..
sbb along & angah muntah2 & cirit-birit sejak 2 hari sebelum tu lagi..
angah ritu sampai tak boleh minum apa langsung..
asal minum je, muntah..
tak kira la minum susu ke, ayor masak ke, teh ke, semua kuar balik..
toto, kusyen, bantal, tilam semua penuh dgn muntah angah..
tuanA pegi kursus kat kuching..
puanAA pulak bengkak sebelah mata sampai berair..
mata kiri tu mmg tertutup terus..
sbb tu puanAA tak berani nak drive bawak anak2 pegi spital..
then, ayah kata, ayah nak dtg memandangkan semuanya tak sihat..

elergik eyedrop


Kemasukan 1
23 APRIL - Isnin ...
kami semua pegi poliklinik miri..
muntah & cirit along dah kurang..
jadi doktor just bagi ubat..
puanAA, depa bagi ubat titis mata..
tapi kena follow up slps 3 hari..
dan dapat jugak MC 3 hari..
angah, doktor ckp kena masuk wad..
sebab muntah/cirit tu dah masuk 4 hari..
puanAA tanya, "kalau tak masuk wad tak boleh ke?"
depa kata better dok dlm wad sbb senang nak monitor.. akur!

mula2 angah kena pasang drip..
sedih nengok tangan kecik tu dicucuk..
tambah pulak angah menjerit2 meronta2..
apakan daya, ummi boleh tgk aje..
lps masuk 'air', depa bawak pi wad kekanak..

angah masih macam biasa, dok cirit-muntah..
tapi kecergasan dia tak macam budak2 sakit yang lain..
dia taknak dok kat katil..
satu wad dia pusing melawat kawasan..
tak larat nak ikut..
las2, puanAA tengok dari jauh je..
maklom la, puanAA masa tu pun dok tunggu hari je lagi..

24 APRIL - Selasa ...
pagi tu pakar datang cek angah..
katanya angah dah boleh discaj..
alhamdulillah.. tak payah dah nak dok dalam wad lagi..
12.30tgh waktu melawat..
ayah puanAA datang bersama-sama mak&pak mertua puanAA..
mertua puanAA pun datang mengejut bila dapat tau cucu depa masuk wad..
ekceli puanAA dah booking tiket untuk depa datang miri 28 april..
kedatangan depa tu untuk menjaga puanAA masa pantang nanti..
tapi bila dengaq2 ja yang sorang cucu tak sihat, sorang cucu masuk wad, menantu pulak sakit mata, terus depa beli tiket lain.. kiranya depa datang awai 4 hari..

lepas siap2 packing barang, kami semua balik umah..

Kemasukan 2 ...
12 MEI - Sabtu ...
pukul 5++ petang, puanAA rasa sakit macam contraction..
makin lama makin kerap..
maka, dalam pukul 6.30ptg, kami pegi spital..
masa register, sorang misi 'perasan', "ni kalau bersalin esok, sama bday dgn mak dia"..
sorang lagi misi yg tgh belek buku merah pun 'perasan, "eh, bapaknya pun bulan 5"..
puanAA pulak menambah "anak yang sulung pun bulan 5 jugak"..

setel registration, terus masuk labour room..
pasang ctg.. pasang drip..
cek jalan, baru bukak tak sampai 1/2cm..
tp contraction mmg ada..
doktor tak bagi balik.. katanya, bila2 masa boleh bersalin..
maka, dok la dalam wad lagi..
disebabkan puanAA demam, depa masuk air sampai 3 botol..
pehtu segala mak nenek ubat depa bagi ikut drip..
azabnya, tak boleh nak habaq, kata orang utara..

13 MEI - Ahad ...
hepi beday to me..
ingatkan dah boleh discaj tengahari ni..
skali doktor cakap kena tunggu sampai esok sbb puanAA demam lagi..
adoyai...
terpaksa la selebret beday dalam wad..
tp nasib baik jugak tak terberanak semalam...
kalo tak, tak dapat makan kek yang menyelerakan tu.. hehehe...

hepi beday dlm wad

sempat jugak makan kek yg sodap nih
14 MEI - Isnin ...
puanAA boleh discaj.. hooreyy..
dapat MC untuk hari ni..

KEMASUKAN 3 (selepas bersalin)
25 MEI - Jumaat ...
selepas 5 kali amek darah, kuning alang razin tak turun2..
ni bacaannya..
isnin = 11.0 (usia 4 hari)
selasa = 12.7
rabu = 13.7
khamis = 14.1
jumaat = 16.7

maka, doktor kat klinik suruh hantar kat spital, masuk wad..
wad lagi?? fobia sungguh puanAA dengan wad..
kalau setahun sekali masuk wad, ok la lagi..
ini, dalam masa tak sampai sebulan, 4 kali dah jadi penghuni tetap wad..

dalam wad, mula2 alang razin payah jugak nak duduk bawah lampu tu..
duduk 5 menet, dia merengek.. puanAA angkat bagi nenen..
bila letak balik, ader la 5-10 menet, dia bunyi balik..
asyik dok angkat je, menyebabkan kuning alang razin tak turun, malah makin naik..
sabtu = 19.2..
oleh itu, depa pasang drip kat alang razin..
masa ni memang puanAA tak bleh tahan..
ayaq mata meleleh jua.. (masa pasang drip kat angah puanAA tak nangeh)
kesian sangat tangan yg haluih tu dah kena cucuk jarum bagai..
alhamdulillah, makin lama, dia boleh 'terima' dok dalam katil bawah lampu biru..

alang Razin dalam katil bawah lampu biru

setiap petang, satu femli datang melawat..
kebetulan waktu melawat tu sama dengan waktu makan..
maka, nasik puanAA, si anak dara puanAA, along zulfa yang perabih..

haa kan puanAA dah cakap, licin!!

dah 3 hari 3 malam kami dua beranak dok dalam wad..
alhamdulillah 'berkat' menyusu & dok bawah lampu sokmo, kuning angah jadi 18.6 (ahad)..
harap2 tengahari esok (hari ke-4) dah boleh discaj..
misi kata, kalau kuning dia turun sampai 16, kompom boleh discaj..
puanAA pikir, macam mana la kuning si alang razin ni nak turun sampai jadi 16??
kalau turun 1 pun dah kira baguih..
sebab kuning alang razin, kalau naik memang banyak..
kalau turun, kosong point berapa je sehari..
bayangkan daripada 18.6 nak turun jadi at least 16.9..
berapa kena turun tu?? haa... kita buat matematik sket.. ehehe..
kena turun 1.7 hokeh!! memang ler tersangat imposibel..

28 MEI - Isnin ...
pukul 6++ pagi dokor amek darah semua baby..
sepanjang pagi tu memang berdebor-debor menunggu result..
pukul 9++ pagi doktor datang cek baby..
doktor kata, kalau takde apa2, alang boleh discaj, tapi semua depends pada result darah tu nanti..
puanAA tanya la bila boleh tau result?
doktor kata dalam 10.30++..
bila result keluar, kuning alang jadi..

.

.

.

.

.

.

.

.

16.9

yer!! 16.9 kawan2..
alhamdulillah syukur sangat time tu..
memang keajaiban Allah tunjukkan..
maka tengahari tu alang boleh discaj..

itu la citer hari-hari puanAA dok dalam wad..
dalam tempoh sebulan, 4 kali masuk wad..
mudah2an lepas ni takde la kena masuk wad lagi..
pesanan puanAA, jagalah kesihatan kita sekeluarga supaya tak perlu sampai masuk wad..
tapi sakit tu pun satu ujian daripada Allah jugak..
apa2 pun, semua ada hikmahnya..
sama-samalah kita berdoa supaya dijauhkan daripada penyakit2 berjangkit & berbahaya..
sesungguhnya semuanya 'kerja' Dia..
Dia yang mengatur & menentukan segalanya..


wallahu'alam...




0 ULASAN: