assalamu'alaikum...
hoho.. tajuk dah macam tragedi 11/9 la pulok..
tapi tragedi yg ni tragedi yg baik & menggembirakan..
bagi yg tak tau, 27/7 ritu pnAA telah selamat melahirkan seorang hero..
& hari ni dah masuk 24 hari..
kalau ikut EDD, memang pnAA dijangka bersalin pada 27/7..
kali ni, pnAA dah plan nak bersalin kat aloq staq & pantang sepenuhnya kat umah mertua..
maka, 16/7 pnAA dah bertolak ke umah mertua..
sepanjang kat umah mertua, memang takde apa2 tanda nak bersalin..
sampai la pagi 26/7..
lepas solat subuh, pnAA tak tido, saje nak layan tenet jap..
[8.15 pagi] lepas tu rasa nak u'uk.. & ada rasa macam ala2 contraction sket..
apa lagi, trus la mandi (jarang mandi pepagi.. ehehe)..
kang tak pepasal pegi spital tak mandi..
lepas mandi, cepat2 makan nasik lemak..
kengkononnya nak bagi bertenaga bila kat labor room nanti..
kalau diikutkan tahap kesakitan, tak sakit pon lagi..
terdetik gak tanak pegi spital awal2.. kang kompom bersalin hari ni..
kalau bulih ai nak bersalin 27/7, cantik sket nomo ic anak nnt.. ehehe.. (apekah??)
tapi terpikir pulak kang kalau jadi apa2 masalah, lagi haru..
baik cegah sblm parah..
[9.30 pagi] maka terus bgtau mak, nak pegi spital dah..
mak tipon adik ipor yg ada kat tmpt keje utk balik jaga zulfa jap..
mak tipon abah yg ada kat skolah & abah bawak kami pegi spital..
otw ke spital, mesej2 dgn tnA yg diperantauan..
sepuluh minit je, kami dah sampai kat spital sultanah bahiyah..
terus pegi kat PAC.. (patient assessment center)
mak uruskan benda2 yg berkaitan kat kaunter & pnAA terus masuk dalam..
[10.15 pagi] duduk tak sampai 5menet (tym ni manusia tak ramai lg), misi suruh naik katil utk buat CTG (bb's heartbeat & kontraksi)..
tengah dok atas katil tu, datang pulak budak medic nak interview.. layankan aje la..
ctg dah setel tp
temumarah temuramah tak setel2 lagi.. sambung pulak kat sofa..
makin lama makin ramai mak2 buyung masuk..
pnAA sempat sembang dgn 2-3 org member 'senasib'..
waktu ni sakit kontraksi dah tak rasa langsung!!
terpikir jugak, false alarm kot pagi tadi tu.. hhmmm wat penat je datang..
tak lama lepas tu, DR-amoi-yg-kiut panggil pnAA utk cek bukaan..
dan2 datang seriau.. sbb masa pegnan dolu, mmg sakit waktu cek ni woo..
skali DR-amoi ni buat tak sakit langsung.. tq ye DR-amoi.. dah bukak 3cm..
DR-amoi kata, pnAA kena masuk wad dulu.. pnAA kata "ok"..
tapi kena buat ctg sekali lagi sbb bacaan jantung baby yg tadi tak berapa ok..
pnAA dah terbayang akan beranak petang ni jugak..
sbb masa zulfa dolu pon, waktu contraction lepas subuh jugak..
pegi spital, lepas cek itu ini bagai, bukaan 3cm jugak..
depa terus pecah ketuban..
lepas2 je pecah ketuban, sakit contraction memang tak boleh blah punye & serviks cepat terbukak & 3.30 petang dah bersalin..
maka pada firasat pnAA, kali ni pon camtu jugak..
tapi mungkin awai sket dalam pukul 2 gitew, sbb anak kedua..
wat tudu? terima aje ler 26/7 pon..
lepas buat 2nd ctg, DR-amoi amek darah..
[12.00 tengahari] kemudian pnAA dibawak ke wad..
misi bawak wheelchair & suruh pnAA duduk..
pnAA-yang-ketegaq kata "xpe lah, larat jalan lagi"..
misi, "haih duduk ja lah" dah ada org nak tolak.. keh3x..
mak membontoti kami kat belakang..
camane la agaknya rupa wad kelas 1 ni..
dolu tak merasa, skrg dah bawak GL, bulih la merasa..
alih2 depa bawak pegi wad kelas 3.. GL guna utk lepas ni.. "ooo"..
memandangkan spital ni spital baru, wad kelas 3 pon tak macam spital lama2 yg ada puluh2 katil berderet..
wad dibahagikan kepada banyak section kiri-kanan..
tiap section ada 4 katil aje.. tiap section ada toilet masing2..
memula pnAA tak dapat katil lagi sebab penuh, orang belum discaj..
depa bagi katil sementara..
bila mummy katil no9 dah discaj, pnAA dok kat situ..
tik tok tik tok dah sampi tengahari & pnAA sempat mamam tengahari..
tapi pnAA tak bersalin2 lg.. kalau dah pecah ketuban ni, kompom skrg tengah timang anak..
[2.30 petang] abeh waktu melawat, mak tunggu kat luor..
ada dalam setengah jam dok kat katil no9, misi suruh pindah katil no16 pulak..
depa nak khaskan section tu utk orang yg bersalin belah aje..
barang2 semua misi yg tolong bawakkan..
pnAA bawak badan je..
pukul 6.00 petang sampai pukul 7.30 mlm waktu melawat lagi.. (dan pnAA masih tak terasa kontraksi lagi sejak dari tadi)
mak, abah, adik ipor & zulfa datang jugak..
tapi budak2 tak boleh masuk wad..
pnAA mintak kat mak guard tu nak kuor jap utk jumpe zulfa..
tetiba baru 15menet, mak guard tu panggil "katil no16, masuk sat, DR nak jumpa"
DR nak cek bukaan sekali lg..
lorr, time melawat ni ler nak buat itu ini..
pnAA tak rasa ngeri dah sbb cek tengahari tadi tak sakit..
skali, ya Allah, sakit giler DR-lawa-tinggi-lampai ni buat!! baru bukak 4cm..
patutnya dah boleh tolak ke labor room..
tapi sebab penuh, kena tunggu bukaan 5cm baru depa tolak..
dah setel semua, pnAA keluor balik utk jumpa pemli..
skali zulfa dah tido la pulak..
[7.00++ malam] mak, abah & zulfa balik umah..
pnAA pun masuk wad balik..
tinggal adik ipor pulak yg tunggu kat luor.. tukor shift dgn mak yg dah tunggu dari pagi tadi..
[9.00++ malam] adik ipor mesej bgtau mak guard 'halau', tak bagi tunggu.. dia pun balik umah..
ekceli memang tak boleh & takde sapa yg tunggu kat luor wad..
waris hanya tunggu kat bilik menunggu yg ada dekat dgn labor room aje..
so, bukan lah salah mak guard tu 'menghalau'.. heheh..
sepanjang dok dalam wad, pnAA byk gebang2 dgn kak nor yang dah selamat cesar anak kedua, fauziah yg baru pegnan 4bulan ditahan wad sbb masalah kesihatan & fikah yg tak sabor2 nak bersalin walopun due lagi sebulan..
dan satu lagi aktiviti pnAA ialah bermesej2an dengan tnA..
pnAA memang banyak jalan kat dalam wad..
sesaje buat muka tak malu turun padang mengalahkan YB..
bertanya khabar itu ini dengan mak2 yang tak tido lagi..
dengan harapan boleh cepat bersalin mengaplikasikan konsep tarikan graviti..
[8.00++ malam] baru mula terasa kontraksi.. dalam selang masa 20 minit sekali..
[9.00++ malam] kontraksi 15 minit sekali..
[10.00++ malam] kontraksi 10 minit sekali..
walopun kontraksi ni bulih dikatakan kerap dah, tapi tahap kesakitannye, pnAA boleh tahan lagi..
[11.30 malam] kontraksi 8 minit sekali, baru mula terasa sakitnya..
tadi fikah suruh pnAA makan sebab dia tengok pnAA tak makan sejak pukul 6.00 petang tadi..
pnAA bukan apa, nanti makan banyak, takut kalau tetiba nak ter'buang' nanti..
fikah bagi pnAA roti-enam-kupang..
pnAA 'niat', akan makan roti ni pukul 12..
kengkononnya sebagai motivasi melawan sakit supaya dapat menjejak 27/7.. hahah..
& bila sampai waktunya, pnAA pun mamam la..
[1.00 pagi] kontraksi 6 minit sekali.. memang sakit..
tapi saje tahan tak nak cek.. ngeri sudah..
depa bertiga dah nyenyak tido.. pnAA dok tahan sakit..
tetiba datang misi cina yg buat rondaan..
dia tanya "apsal tak tido? sakit ka?" apa punya soklan la kan!
dia tanya lagi, "nak cek bawah ka? DR ada"
hmmm pnAA masa tu berbelah bagi.. sakit yang tadi pun terasa-rasa lagi..
cek je lah, mana tau dah bukak banyak..
so pegi la cek & DR-lawa-tinggi-lampai tadi jugak yg buat.. tapi kali ni tak sakit pulak.. sudah 5cm..
[1.20 pagi] maka pnAA sedia ditolak ke labor room..
geng sesection sorang pun tak sedo..
misi suruh bawak baju baby & pampers..
pnAA tanya "nk bawak GL tak?" tak payah...
sempat mesej tnA & mak sebelum pegi sbb henpon tak bulih bawak dah..
sebaik saja mak tau, abah hantor mak untuk tunggu..
sampai kat labor room terkujat jugak acik tgk bilik tu & segala kelengkapan yg ada..
maklom la, sebelum ni tak sempat bersalin kat labor room.. ehehe..
DR aniv*at <-- (wilda, tiru cara u ek), pasang drip..
pehtu dia tanya "dah buang air ke belum?"
pnAA "belum"
DR-aniv*at-yg-adik-ipor-kata-hensem "ok, kita buang air dulu"
pnAA "ok".. ingatkan pnAA akan buang air kat toilet, skali kencing guna tiub..
memang pnAA tak penah try test kencing canggini & tak tau pun ada kekdah ni..
sakit yer kawan2.. maka, pnAA nasihatkan, sebelum ke labor room, kencing la dulu..
kencing guna tiub ni sakit, sampai 1-2 hari lepas bersalin pun terasa sakitnya lagi..
kalau berhajat nak merasa pengalaman ni, silalah kensel.. tak menyumbang apa2..
[tepat 2.00 pagi] DR pecahkan ketuban..
bila dah pecah ketuban, bermula lah tahap kesakitan kontraksi yang memang tak boleh blah..
DR dibantu 2 orang misi.. tapi lepas pecahkan ketuban, semua tugas diamek alih oleh misi2 ni..
bila dah sakit yang amat sangat, misi ofer sedative..
kali ni pnAA tak mampu tolak, tak macam bersalin zulfa dulu..
[2.40 pagi] sedative diinjek pada drip.. yang ni pun sakit jugak..
rasa macam tangan mengembang nak jadi incredible hulk..
lepas tu pnAA rasa mamai & ngantuk sket.. tapi masih boleh dengor lagi misi bergosip.. haha..
[3.00 pagi] pnAA bgtau misi pnAA nak teran.. tak tau la berapa bukaan sebenor waktu tu..
tapi, tak kira! tak tahan dah woo..
pnAA teran lebih daripada sekali, sampai habeh kudrat la orang kata..
memang payah nak keluor.. kata orang, anak lelaki memang susah sikit, wallahu'alan..
[3.14 pagi] meluncurlah hero pnAA..
memang anak yang mendengor kata..
patuh pada keinginan maknya yg nak tarikh 27/7.. hehe..
then keluarkan uri pulak..
lepas tu misi jahit.. pnAA tanya pada misi "banyak ke jahit"..
sampai ke sudah misi berdolak dalih.. ampeh tul la..
tym jahit kali ni mmg sakit giler..
apsal tym zulfa dulu semuanya kurang sakit ek?
kontraksi tak berapa sakit, teran tak sakit, jahit pun tak sakit..
bg pnAA, sakit jahit kali ni lebih sakit drpd kontraksi lepas ketuban pecah..
dah abeh jahit, DR seluk pulak sekali lagi..bulih imejin dak, hadoooihh.. tak tau la untuk apa..
lepas selesai bab ngeri, pnAA ditukarkan baju & itu ini..
baby pun dibawak untuk dibersihkan, ditimbang & diukur..
[4.00 pagi] baby diberi pada pnAA untuk disusukan..
inilah detik pertama paling
romantik berharga bagi ibu & anak yang baru dilahirkan..
ibu memeluk anak sambil menghadiahkan kolostrum..
anak menikmati rezeki kurniaan Allah melalui ibunya..
tak lama lepas tu, DR cek pulak keadaan fizikal baby..
[5.30 pagi] pnAA dibawak semula ke wad, ke katil no16 tadi..
misi singgah kat bilik menunggu untuk panggil kalau2 ada waris menuggu..
mak pun keluor & membontoti..
atas stretcher, pnAA menyusukan baby sampai la ke wad..
geng sesection baru sedor yg pnAA dah bersalin..
mak baru nak bancuhkan horlicks utk pnAA, sekali kena halau dgn mak guard..
kata mak guard "pukui 6.30 kang waktu melawat"
tak bulih bertolak ansur btoi la..
bukan nak buat apa, kejap je, nak bancuh ayor minum..
sempat tipon ayah pnAA kat tgmalim, bgtau dah selamat bersalin..
lepas tu trus pnAA terlelap, nangtuk giler, kesan ubat td..
[8.00 pagi] Dokter2 buat rondaan katil ke katil & cek tiap mak & anak..
sampai turn pnAA&baby, DR kata semua ok, boleh discaj hari ni..
teramat gumbira pnAA sbb boleh balik dah..
mesej kat mak, bulih keluor pukul 1 nanti..
punya la azab nak menuggu pukul 1.. jam tu rasa macam slow je jarumnya jalan..
[1.30 tengahari] abah uruskan semua yg berkaitan..
sebelum keluor, sempat ucap TQ pd DR Aniv*at & misi2..
keluor2 je pintu wad, zulfa menjerit tgk ummi dia..
maklom la sehari tak jumpa..
otw balik umah, zulfa tak berenti2 dok sebut "baby.. baby"
justin bieber
itu lah pengalaman bersalin kali ni..
pahit getir yang berakhir dengan kegembiraan & kebahagiaan..
iker casillas pnAA selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada 27/07/10 jam 3.14 pagi dengan berat juga 3.14kg..
dan kali ni masih jugak tak merasa dok wad kelas 1..
hari kelima, baru tnA dapat balik ke semenanjung utk menyambut ahli femli baru..
wallahu'alam.....