Wednesday, March 23, 2011

Kehamilan Ektopik

assalamu'alaikum..

8.00 pagi smlm pnAA dapat mesej daripada member-susah-senang kat USM dulu..
ada berita gembira & ada berita duka..
berita gembiranya ialah dia pegnen 2 bulan (anak ke-2)..
tapi malangnya disusuli pulak dengan berita duka iaitu kandungannya di luar rahim..

terkejut!! lepas baca je mesej tu, terus pnAA tipon dia untuk tau lebih lanjut..
rupanya dia akan menjalani pembedahan sekejap lagi..
tak dan bercakap lama, ada la dalam 2 minit, si firas meragam..
maka, pnAA terpaksa berhenti sembang, bagi firas nenen & tido dulu..

9.30 pagi pnAA tipon dia balik..
rupanya dia tengah tunggu masa untuk dibedah.. operation akan mula pukul 10.00 pagi..
pnAA sangkakan dia akan dibedah petang jap lagi ker..
pnAA tanya apa punca dia mengalami kehamilan luar rahim..
sempat berseloroh dia jawab "doktor kata, ikut nasib"..
dalam kepala otak pnAA berpikir, boleh pulak doktor bagi jawapan yang tak meyakinkan canggini..
tak nak mengganggu emosi member, pnAA tak cakap lama..
cuma berpesan, jangan risau & pnAA doakan dia selamat menjalani pembedahan..

pnAA memang penah dengar pasal kehamilan luar rahim ni..
tapi tak tau & tak penah nak amek tau lebih lanjut..
bila dah jadi macam ni, baru sibuk nak amek tau..
then pnAA google pasal kehamilan luar rahim @ kehamilan ektopik..

ini kesimpulan daripada apa yg pnAA dapat..
(sila jangan amek mudah lepas ni ye pnAA!!)

PUNCA / RISIKO
1. jangkitan kuman di sekitar pelvis yang akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia
2. sejarah; pernah mengalami kehamilan ektopik sebelumnya
3. pernah mengalami radang pelvis
4. pernah mendapat rawatan kesuburan
5. mengamalkan IUD
6. merokok

GEJALA
1. pendarahan kecil (yg disangkakan period). kalau pendarahan terlalu banyak, boleh sebabkan pening2, lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang, sakit belakang & boleh pengsan!
2. sakit yg teruk pada bahagian bawah perut
3. sakit pada bahu
4. boleh jugak mengalami tanda2 seperti pegnen biasa (pening, loya, muntah)

RAWATAN
1. kalau dikesan pada peringkat awal, methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya & membiarkan badan menyerapnya secara semulajadi
2. kalau kandungan dah besar, pembedahan la jawabnya & perlu dilakukan serta merta sbb boleh sebabkan kematian kalau lambat dirawat

(utk info lanjut, rajin2 la meng'google')

5.30 petang, member mesej..
pembedahan dah selesai.. alhamdulillah..
kandungan dia yang dah mempunyai kapilari darah melekat pada tiub fallopia..
maka tiub fallopia tu terpaksa dibuang..

pnAA percaya, ada hikmah disebalik apa yg Allah dah rancang untuk kita..
mana tau lepas ni member pnAA tu dapat anak kembor pulak ke..
atau pun kalau takde rezeki itu, maybe Dia bagi rezeki cara lain, kan?
so, jangan SEDIH2 ok!! (utk sahabatku itu)
kuatkan SEMANGAT & SABAR..


wallahu'alam...



0 ULASAN: