Saturday, April 23, 2011

Jurufoto Yang Saya Kagumi

assalamu'alaikum...

tak tau macam mana nak bukak citer..
stret aje la ek..
puanAA nak citer pasal jurufoto yg membuatkan puanAA kagum..
orangnya tak jauh hubungannya dengan puanAA..

sedikit tentang profil beliau..
pada awal kemunculannya,
beliau lebih minat pada dunia masak memasak..
kisahnya boleh dibaca di sini..

kemudian, lama-kelamaan,
minat anak jati Perak ini mula berputik untuk berimaginasi dengan kamera..
beliau juga pernah merosakkan sebuah kamera milik bapanya kerana masih belum benar2 mendalami ilmu berkenaan fotografi lebih2 lagi tentang kamera yang diguna..
akibat terlalu asyik mengambil gambar, berbekalkan pula ilmu yang tiada, maka rosaklah kamera bapanya itu..

ini antara hasil gambar beliau yang puanAA kagumi..
byk sebenarnya.. puanAA cuma paparkan sedikit dahulu..

err sebenornye, jurufoto yang dimaksudkan ialah cik zulfa kesayangan kami.. ehehe..
kami memang tak pernah bagi kamera pada dia..
kamera yang lama tu pun rosak pasal dia la..
sebab tu ler, laaaamma puanAA tak update gambar2..
berbulan-bulan simpan duit utk beli kamera baru..
bila dah beli, takkan senang2 je nak bagi dia rosakkan lagi kan??
sindri mau ingat laa..

mungkin kebetulan kami lupa nak simpan kamera baru2 ni,
jadi zulfa tak lepaskan peluang utk amek & guna..
yang puanAA & tuanA hairan, gambar2 yang zulfa amek,
kebayakkannya sharp!! (bagi pandangan mata kami laa)..
rasanya puanAA pun belum tentu boleh amek gambar macam dia..
tu pun jenuh setting bagai..

gambar2 ni zulfa amek masa ummi & walid dia tengah tido..
bermakna kami tak tahu & kami tak suruh..
dia yg pandai2 amek sindri gambar apa yg berkenan di hati..

sarung pen manik

tv

bil2 yg dah direnyukkan oleh adiknya terlebih dahulu

imej dari tv yg blur tp membuatkannya 'ber'shadow..

yang ni lagi la buat puanAA heran, imej ni akan kuor masa iklan kat astro ceria..
kalau kita betul2 stand by pun, rasanya belum tentu dapat snap imej yg kuor 1 saat ni..


disebabkan menengok minat si zulfa bermain dengan kamera..
ditambah pulak dengan 'kejayaan' dia mengambil gambar2 yang menarik..
kami putuskan untuk membeli kamera khas untuk dia, insyaAllah..
so, along sayang, tungguuuuu.....


wallahu'alam.....



Thursday, April 21, 2011

Pencuri Licik @ Plastik?

assalamu'alaikum...

baru2 ni puanAA ada tengok satu video kat fesbuk..
video tiga orang pompuan mencuri tudung..
ekceli puanAA dah pernah tengok video 'gaya' macam ni..
mencuri dalam kuantiti yang banyak, masuk dalam baju, letak celah kangkang..
antaranya mencuri kat Al-Ikhsan, mencuri susu & ini yang terbaru puanAA tengok..

berkemungkinan yang mencuri tudung2 tu anak bangsa kita, melayu..
sebab, macam pelik je kalau kaum lain yg usha nak beli tudung..
dan kaum yang sama jugak sebagai pelakon utama dalam dua video lain tu..

apa yang memusykilkan puanAA, memang dok tertanya2,
aksi tu memang benar2 kejadian (bukan cobaan) ke atau lakonan semata2?
jenuh puanAA pikior tak sudah2..
1) diorang letak susu celah kangkang macam mana? ada diletakkan sesuatu dalam kain ke untuk menampung tin2 susu tu? bila jalan takde pulak terkepit2..
yg sorang lagi tu, letak toto dalam kain.. rasanya semua tau kan toto besar mana saiznya.. tapi tak nampak pun macam ada toto dalam kain dia tu..
ke diorang ni ada pakai ilmu apa2?
atau pun diorang memang tak letak apa pun dalam kain, cuma nak buat kita tertipu & takjub dengan magic depa ala2 ilusi optik..
fenin.. fenin..

2) diorang mencuri di premis yang ada CCTV.. dan rasanya memang diorang tau..
dan yang satu tu, betul2 mencuri depan kaunter juruwang yg tiba2 time tu jugak la cashier nya takde..
jadi, adakah tujuan diorang untuk menyampaikan apa2 'mesej' contohnya
"akibat kos sara hidup yang tinggi, rakyat terpaksa mencuri" ataupun
"woi, ko jual barang mahal2, aku curi ribu2.. padan muka"

3) CCTV bagi video mencuri tudung tu macam bergerak2 & kejap ada kat sini kejap ada kat sana..
macam seolah-olah telah dirancang untuk dirakam..

atas 3 sebab ni la puanAA tertanya2, aksi2 ni lakonan ke realiti?

apa2 pun, atas apa alasan sekalipun, mencuri tetap salah!!
kalau diorang memang betul2 mencuri, puanAA harap moga diberi hidayah untuk insaf supaya tidak mencuri lagi & bertaubatlah..
sama ada untuk makan pakai sendiri, mahupun untuk berniaga (yg tak perlu keluar modal sesen pun),
carilah dengan cara yang halal dengan berusaha sendiri..
bukan senang nak senang!!

tapi sekiranya aksi2 tadi hanyalah lakonan..
sama ada untuk tunjuk hebat, mahupun mencari publisiti,
tunjukkan lah bakat anda dengan cara yang baik & boleh memberi tauladan atau ikutan..

kepada pengusaha2 premis, pekerja2 yang menjaga premis,
berhati2lah.. sentiasa awasi setiap orang yang masuk ke kedai anda..
bukan nak menuduh atau buruk sangka, tapi sebagai langkah berjaga2..
sebab macam2 benda boleh jadi zaman sekarang ni..


wallahu'alam.....



Saturday, April 16, 2011

Jam Tangan Omega Ditemui

assalamualaikum..

bagi sesiapa yang baca suratkhabar, yang amek tau pasal perkembangan semasa tanah air, kompem tau pasal jam tangan omega kepunyaan DS anwar ibrahim.. kononnya jam tangan ni ada kena mengena dengan video dot dot dot.. wallahu'alam..

puanAA pun bukannya amek tau sangat pasal jam tangan omega DSAI tu..
yg puanAA nak citer kat sini pasal jam tangan 'omega' anakanda kesayangan..

semenjak dua menjak ni, si zulfa gemor benor pakai jam walid dia..
tiap kali keluar umah je, mesti dipakainya jam tu..
ekceli minat pakai jam cik zulfa ni bermusim..
masa umor dia 1 tahun lebih dulu, dia ada gak main2 dengan jam..
lepas pakai kat tangan, dia suruh pakaikan jam kat kaki pulak..
sampai mandi pun dia bawak jam tu (pakai kat kaki)..
nasib baik la jam ummi dia tu dah rosak..
tak lama lepas tu, dia tak pandang dah jam tu..

sekarang ni, semenjak dia nampak jam tangan walid dia yg tak dipakai tu, dia amek pulak buat reta sindri..
jam tu tak rosak, masih dalam kondisi yg baik..
cuma tuanA pakai jam dia yg satu lagi..
disebabkan risau menengok zulfa ke hulu ke hilir pakai jam longgar tu, takut tercicir, tuanA cadangkan beli jam baru untuk dia..

maka, malam semalam, kebetulan kami ke boulevard utk soping sedikit barang dapur,
terus cari jam dia..

ni gambar sebelum keluar rumah, dgn jam walidnya..

pilih punya pilih, ni la jam yg menawan hati cik adik cilik ni..

mintak mahap, gambor sensored sikit.. ehehe..
ini kes lepas menerai (cuba try test) baju baru beli, then tak nak dah pakai baju yg dipakai sebelumnya tadi..
weh, gila mahal baju budak2..
semalam beli baju untuk anakanda nan dua orang (SEPASANG seorang)..
total hampir2 RM200.. aduyai..

wahai anakanda along zulfa & angah firas..
doakan lah bisnes ummi & bisnes walid sukses supaya tidaklah ibubapa kalian ini tidak mampu untuk membeli makan pakai kalian di kemudian hari.. nauzubillahi min zalik..


wallahu'alam.....




Wednesday, April 13, 2011

Perlukah Maharaja Lawak?

assalamu'alaikum..
pnAA skrg ni tengah gembira & ceria lebih daripada biasa..
maklom ler yeop kite udah nyumbat 4 gol..
terkejut jugak pnAA yg yeop boleh belasah 4-0..
sampai sorang mmbr pnAA kata "deme tersampuk hantu kak limah kot"
jgn marah ye ore kelate.. gurau2.. sukan kan persaingan sihat..

awok nyoghak dengan zulfa aje malam tadi..
laki awok idak minat bola2 ni.. kalo beng-beng-bom-bom perang2 askar tu, ulang nengok lapan kali pon mata idak berkedip..

lawak jugak tengok bola dgn zulfa..
ummi berdiri je, zulfa dah jerit gooolll!! walopon tak nampak bayang gol..
yang firas pulak, terkebil2 nengok umminya.. agaknya dalam hati dia ckp, "meroyan apa la ummi aku ni?"
mintak mahap la ye anak2 & jiran tetangga, pnAA ni kalo pasal bola ni, mmg fanatik separa tegar.. heheh..

hokeh, berbalik pada entry sebenar..
sapa tengok MLRT?
bukan MLRT tu.. ye laa, mmg pnAA akui, layan gak 2-3 lagu depa nih..
ni nak citer pasal ML.. Maharaja Lawak..
tajuk entry tu patutnya "perlukah melanggan pakej maharaja lawak?"
saja buat tajuk yg ala2 spekulasi sket.. ehehe..

dulu masa Raja Lawak baru nak tayang,
pnAA pikir, apa punya program reliti la ni?
boleh pulak ada pertandingan utk mencari pelawak..
ye la, biasanya kita dengar pertandingan nyanyi, pertandingan masak..
ini, pertandingan buat lawak.. mmg lawak la!

pnAA mmg tak tengok RL musim 1 & 2..
lagipun masa tu kat kampung takde astro..
1st time pnAA tengok raja lawak masa final RL2, yg nabil menang tu..
tu pun tengok secara kebetulan (bukan dirancang) kat umah pak sedara..
bila dah tengok, "oo gini rupa programnya.. hhmm best jugak.."

then, bila dah dok umah sendiri, dah ada astro,
mula je raja lawak musim 3, siap terpacak depan tv dah..
sampai la musim ke 5 ni, pnAA masih lagi folo RL..
apa yg pnAA boleh cakap, RL ni bukan la program ilmiah..
maksudnya, kita tak boleh dapat apa2 info..
RL hanya program suka2.. siaran yang boleh kita tonton sambil rileks, utk lupakan sekejap benda2 yg serabut..
kira macam terapi la jugak utk hilangkan tensen2 di sana sini.. kan kata org ketawa penawar duka.. ececeh..

sekarang ada pulak ML, Maharaja Lawak..
yg best nya, dua minggu pnAA tengok, mmg best lawak2 depa..
yg tak best nya, dua minggu je astro bagi tengok free..
nak tengok episod selebihnya kena langgan pakej mustika..
hadoi la.. umah pnAA takde astro mustika!!
kalau nak langgan, kena tambah RM 12.95 lagi dalam bil.. bil yg ada pun dah 100++..
nak dibuang HD, kompom kena tukar decoder bagai..
macam rugi la pulak kalau tak tengok ML.. uuwwaaaa...
mmg pnAA tau, kompom nanti lepas abeh finale, ada ulangan kat astro prima..
tapi kalo dapat yg fresh dari ladang (live) lagi best, kan!
hhmm... ada dua hari lagi nak pikir..
nak langgan.. takyah langgan.. nak langgan.. takyah langgan..


wallahu'alam.....