assalamu'alaikum...
baru2 ni puanAA ada tengok satu video kat fesbuk..
video tiga orang pompuan mencuri tudung..
ekceli puanAA dah pernah tengok video 'gaya' macam ni..
mencuri dalam kuantiti yang banyak, masuk dalam baju, letak celah kangkang..
antaranya mencuri kat Al-Ikhsan, mencuri susu & ini yang terbaru puanAA tengok..
berkemungkinan yang mencuri tudung2 tu anak bangsa kita, melayu..
sebab, macam pelik je kalau kaum lain yg usha nak beli tudung..
dan kaum yang sama jugak sebagai pelakon utama dalam dua video lain tu..
apa yang memusykilkan puanAA, memang dok tertanya2,
aksi tu memang benar2 kejadian (bukan cobaan) ke atau lakonan semata2?
jenuh puanAA pikior tak sudah2..
1) diorang letak susu celah kangkang macam mana? ada diletakkan sesuatu dalam kain ke untuk menampung tin2 susu tu? bila jalan takde pulak terkepit2..
yg sorang lagi tu, letak toto dalam kain.. rasanya semua tau kan toto besar mana saiznya.. tapi tak nampak pun macam ada toto dalam kain dia tu..
ke diorang ni ada pakai ilmu apa2?
atau pun diorang memang tak letak apa pun dalam kain, cuma nak buat kita tertipu & takjub dengan magic depa ala2 ilusi optik..
fenin.. fenin..
2) diorang mencuri di premis yang ada CCTV.. dan rasanya memang diorang tau..
dan yang satu tu, betul2 mencuri depan kaunter juruwang yg tiba2 time tu jugak la cashier nya takde..
jadi, adakah tujuan diorang untuk menyampaikan apa2 'mesej' contohnya
"akibat kos sara hidup yang tinggi, rakyat terpaksa mencuri" ataupun
"woi, ko jual barang mahal2, aku curi ribu2.. padan muka"
3) CCTV bagi video mencuri tudung tu macam bergerak2 & kejap ada kat sini kejap ada kat sana..
macam seolah-olah telah dirancang untuk dirakam..
atas 3 sebab ni la puanAA tertanya2, aksi2 ni lakonan ke realiti?
apa2 pun, atas apa alasan sekalipun, mencuri tetap salah!!
kalau diorang memang betul2 mencuri, puanAA harap moga diberi hidayah untuk insaf supaya tidak mencuri lagi & bertaubatlah..
sama ada untuk makan pakai sendiri, mahupun untuk berniaga (yg tak perlu keluar modal sesen pun),
carilah dengan cara yang halal dengan berusaha sendiri..
bukan senang nak senang!!
tapi sekiranya aksi2 tadi hanyalah lakonan..
sama ada untuk tunjuk hebat, mahupun mencari publisiti,
tunjukkan lah bakat anda dengan cara yang baik & boleh memberi tauladan atau ikutan..
kepada pengusaha2 premis, pekerja2 yang menjaga premis,
berhati2lah.. sentiasa awasi setiap orang yang masuk ke kedai anda..
bukan nak menuduh atau buruk sangka, tapi sebagai langkah berjaga2..
sebab macam2 benda boleh jadi zaman sekarang ni..
wallahu'alam.....
0 ULASAN:
Post a Comment