Monday, June 13, 2011

Cerita Cuti : Canton Day 1

assalamu'alaikum..
tak payah muqaddimah lah ek, sambung je terus (merujuk entry sebelum ni)..

hari ke-4 (31/5) berlepas ke canton jam 5.30pagi..
cantik pulak awan2 luar negara ni.. eheheh..
tu yg puanAA sesajer amek gambo, buat kenang2an..



disebabkan lapor, puanAA beli set nasik apentah, tak ingat dah..
pakej sekali dengan coklat ni.. sedap yg amat!!

ala2 cadbury bites.. inti coklat.. SEDAP!!
pemandangan dari atas, menghampiri canton, tapi keadaan agak berkabus..



untuk pengetahuan kalians, kami ikut trip anjuran BeZahra Trading..
puanAA 'jumpa' blog depa (Borong China) pun setelah menggoogle..
kalau kat fb, kalians boleh search page Borong China..
ada beberapa sebab mengapa kami memilih untuk sertai trip depa..

1. apa yg kami tanya, depa jawab takde selindung2.. memang tak kedekut ilmu..
depa memang serius nak tolong kita.. semuanya dijawab FOC..
sesetengah kampeni tu, tanya lebih2 sikit, suruh attend kursus.. & ada jugak maklumat yg disorok2..

2. Borong China ni ada jugak buat seminar untuk memborong ke china.. & seminar anjuran depa la yg paling rendah harganya dipasaran, tak sampai pun RM100.. kampeni lain, ada yg 300++ & 500++.. padahal, benda yg sama jugak yg disampaikan..

3. survival mode.. kita akan berjalan kaki/naik metro untuk ke plaza2 borong.. bukan menaiki kenderaan yg disewa.. memang terbaek lah kekdah ni!! kalau nak pegi lagi nnt, memang senang.. lagipun boleh jimat berkali2 ganda kalau guna metro berbanding teksi..

4. pakej depa, sekali lagi yg terendah harganya di pasaran..
semua sekali termasuk penginapan, pengangkutan kat sana (metro/teksi), makan = RM2300.. berbaloi2..

hokeh, berbalik pada kisah puanAA, dalam 9.45pagi, kami selamat mendarat kat baiyun international airport..
amek gambor dulu sekeping dua..

paling kiri, berketayap tu lah bos kami, en.iznan



untuk ke hotel, bos amek van sapu..
bila semua org dh naik van, las2 tinggal kami berdua + bos&wifenya..

berkira2 nak naik satu teksi, tapi bila menengokkan beg yg besor tak celuih satu teksi, maka kami amek teksi berasingan..
haaa ini yg merisaukan puanAA..
kami dah la baru first time sampai sini, drebar teksi tak tau cakap omputeh sepatah haram pun..
mengharapkan dia paham sepatah dua penerangan bos tadi & moga2 dia paham route map yg diberi..

besi penghadang dalam teksi.. hanya perempuan & kanak2 shj yg dibenarkan duduk kat seat depan
alhamdulillah, kami selamat sampai kat hotel.. lebih mengejutkan kami sampai dulu daripada yg lain2 termasuk bos.. selesai urusan cek in, kami naik dulu, rehat2 relax2..

business room yg pd puanAA memenuhi KEPERLUAN..

1.00ptg, berkumpul kat lobby..
mula2 kami pegi isi perut dulu, then baru ke plaza borong..
jadual hari ni ialah ke plaza2 borong pakaian (lelaki&wanita), kasut (lelaki&wanita) & plaza jam tangan..
hokeh, mari kita biarkan gambar2 bercerita..

tak lekang dgn buku. utk panduan di masa depan, kan?

stesen metro yg terdekat dengan hotel
metro, semua bawah tanah
sedikit penerangan drpd bos 

bos&wife (kak aminah) menukar duit sbb metro slot hanya terima RMB 10 atau 5 shj

'token' metro







haa mcm ni la keadaan kat metro setiap masa. padat!!
plaza jam tangan
plaza jam tangan lagi
plaza pakaian
puanAA rasa, takde sapa pun yang mula memborong petang ni..
padahal ni salah satu tempat wajib sopping!!
maklom la, plaza2 baju & kasut.. mustahil taknak rembat sehelai dua..
tapi, masing2 penat + blur + kejutan budaya..
jalan penuh sesak dengan kenderaan, orang ramai giler!!
dengan panas teriknya, berjalan pulak agak jauh, semua tak nampak bersemangat..
sampai satu tempat, kami berhenti rehat jap..
semua duduk melepak kat tangga..
sekali kena tegur dengan tak tau la guard ke polis ke, tak boleh duduk kat tangga!!
waktu ni la puanAA nampak sorang mak tengah pangku baby dia menyusu, terus sebak teringat kat anak2 espeseli angah yg menyusu badan mcm baby tu.. huuuwaaaa...

kedai2 borong kat sini tutup pukul 5ptg..
maka aktiviti sopping hari2 kami terhad di siang hari aje..
malam, kami dibawak ke shangxia jiu padestrian shopping street..
kedai di kiri kanan jalan, panjang giler lebih 1 kilometer & ada lebih 300 kedai..
6 orang tak ikut malam ni.. sebab depa tak larat..
puanAA alhamdulillah masih larat lagi la nak berjalan malam tu..
cuma masalahnya dengan kaki puanAA yg melecet..

ekceli, sebelum ke canton ni, puanAA beli kasut baru..
nak pegi obersi la katakan..
puanAA beli yg bertutup, konon2nye tak payah dah nak pakai sarung kaki..
alih2, sampai lcct je dah melecet..
padahal dah gigit keliling kasut.. ehehe.. (petua org konon2nye)
nasib la hotel ada bagi selipar..
maka malam tu, puanAA pakai selipar hotel yg besor gedabak..
verangan sangat nak melawa dgn kasut baru, skali amek kau, pakai selipar!!
yg lawaknya, ingatkan puanAA sorang je yg pakai selipar hotel, tapi ramai lg yg membuat keputusan yg sama.. bijak... bijak...



peratikan apa yg mcD ni juai?? ehehe..
sebelum balik ke hotel, kami singgah kat kedai makan cina muslim ni..
kebanyakkan menu kat sini jenih2 mee/bihun.. yg best nya mee dia fresh..
kita tunjuk apa yg kita nak, kejap tu jugak dia uli tepung, tarik2 sampai jadi cam mee..
puanAA ada rakam cara dia uli-tarik tepung tu, tapi tak boleh nak upload, so tak dpt la nk sharing-maring..

ini lah hasilnya tepung yg dah ditarik2..

sedap!!

yg ni pun sedap!!

panjang sudah entry ni..
ni baru kisah sehari semalam..
alkesah hari2 berikutnya, tunggu next entry..


wallahu'alam...






1 ULASAN:

Anonymous said...

Amboi..jln sakan nmpknyer PnAA..smp ke china gitu..cm best je tmpt ni..ko nk bukak bisnes ke?..nad, tg malim